HIKAYAT PANGLIMA AGUNG: Bab 3 – Mencari Chendana

Bujang tidak sedar berapa lama dia tidur.Rasanya hanya sebentar sahaja  sekadar menghilang-kan mengantuk.Tidur-tidur ayam,kata orang.Namun,bia dia sedar,seluruh tubuhnya terasa panas.Perahunya teroleng-oleng seperti dipukul ombak.Dia terus menyingkap kain yang menutup mukanya,lantas cahaya matahari yang tegak di atas kepala menyilaukan matanya. Lekas-lekas dia bingkas bangun dan melihat sekeliling.Rupanya dia sudah berada di tengah laut.Tali perahu yang ditambat pada pelepah nipah telah terlucut dari ikatan,menyebabkan perahunya hanyut dipukul ombak jauh dari pantai. Dia membasuh muka dengan air laut yang masin itu.Agak segar sikit,walaupun matanya terasa pedih.Tekaknya terasa haus,perut-nya berkeroncong.Baru dia teringat pada bekalan yang diberikan isterinya.Dia meraba ke dalam buntil dan mengeluarkan bekalan yang berbungkus daun pisang.Bekalan itu dibuka. Dihidu dengan hidungnya. Belum basi lagi. Dia pun makan pulut itu dengan berlaukkan ikan pekasam dan serunding.Sekejap sahaja makanan itu sudah bersarang dalam perutnya. Dia terasa dahaga dan perlu membasahkan tekak. Matanya liar memerhati sekeliling kalau-kalau ada tanah daratan. Dua perkara yang menarik perhatiannya.Sebuah pulau yang sudah terlalu hampir dan sebuah kapal yang sedang belayar kemari dari utara menuju ke selatan. Kedua-duanya sama penting.Di pulau tanpa penghuni itu tentu terdapat air tawar yang boleh diminum,dibuat mandi dan sebagainya.Kapal itu pula merupakan jalan keluar dari sini. Dia pun mencapai pendayung dan segera mendayung menuju ke pulau itu. Dia agak hairan kerana kapal itu membelok seolah-olah ingin memintasnya.Namun,tidak dipedulikan kapal itu kerana keinginannya terhadap air lebih utama.Dia terus mendayung hingga ke gigi air, kemudian melompat ke atas pantai yang berpasir halus.Perahu itu ditarik sedikit ke darat supaya tidak hanyut.Melihat banyak pokok kelapa tumbuh liar di situ,dia mencari-cari pokok yang boleh dipanjatnya.Akhirnya dia ternampak sebatang pokok kelapa yang agak rendah tetapi buahnya lebat,ada banyak kelapa muda.Dia mendongak ke atas mengamati kalau-kalau ada kerengga.Setelah dipastikan selamat,dia pun mula memanjat hingga ke atas.

Ketika dia berpaut pada pelepah dan mula memulas sebiji kelapa muda,dilihatnya kapal tadi sudah berlabuh dan sebuah perahu membawa beberapa orang lelaki sedang menuju ke  pantai.Sebiji kelapa berjaya dipulasnya lalu jatuh ke atas pasir di bawah.Dia mencuba lagi. Kali ini digunakan kerambit yang diambil dari celah ikat pinggangnya.Sekali renggut,putus-lah tandan itu dan beberapa biji kelapa muda gugur ke tanah. Dia pun menggelungsur turun. Ditebuknya sebiji kelapa muda dengan kerambitnya,diminum airnya yang segar,dingin lagi manis itu.Baru terasa lega setelah tekaknya basah. Dari sudut matanya,dia melihat perahu dari kapal itu sudah sampai ke gigi air.Lima orang lelaki yang kelihatan bengis melompat turun menuju kemari.Dia pura-pura minum lagi tetapi dia bersedia menghadapai sebarang kemungkinan.

“Minta sikit air kelapa tu,”salah seorang lelaki itu berkata,suaranya agak parau kekeringan.

Tanpa sepatah kata,Bujang menuding kepada setandan kelapa yang belum diusik.Mereka berebut-rebut mendapatkan habuan percuma itu. Bujang memerhati mereka betul-betul. Ternyata mereka tidaklah sebengis yang disangka.Wajah mereka yang bermisai dan berjambang menjadikan mereka nampak bengis.

“Terima kasih,orang muda,”ketua mereka yang tinggi lampai menegur sambil memberikan kelapanya kepada rakannya pula.”Nak ke mana ni?”

“Ke Johor,”jawab Bujang sepatah sambil menyimpan kerambitnya.

“Johor tempatnya luas,”kata lelaki tinggi lampai itu.”Ke mana? Batu Sawar?”

“Ya,”Bujang mengangguk,tanpa mengetahui di mana Batu Sawar itu.

“Namaku Nakhoda  Ali,”lelaki tinggi lampai itu memperkanalkan diri.”Mereka ini awak-awak kapal.Buyung,Sedeli,Rempit dan Andika. Kami sedang belayar ke Melaka. Bolehlah tumpang kami sampai ke sana.”

“Nama hamba Bujang,”Bujang bersalam dengan Nakhoda itu.Empat orang awak-awak tidak pedulikannya kerana sibuk berebut kelapa muda.

“Tentu bujang lagi,ya?”Nakhoda Ali mengusik.

“Ya,”jawab Bujang tanpa berfikir panjang.”Hamba ingin merantau menambah ilmu di dada.”

“Kalau begitu,kau bolehlah bekerja dengan kami,”Nakhoda Ali menawarkan.”Kerja memang teruk,gaji kecil,tapi makan-minum percuma.”

“Tengoklah nanti,”Bujang belum berani membuat keputusan kerana hajatnya yang sebenar ialah berjumpa dengan isterinya Kuntum.”Berapa upah membawa hamba ke Melaka?”

“Tak perlu upah,”Nakhoda Ali berkata.”Upahnya ganti dengan perahu itu.”

“Baiklah,”Bujang terus bersetuju.

Setelah bersedia,mereka mendayung balik ke kapal.Bujang naik perahu bersama Nakhoda Ali dan seorang awak-awak bernama Andika manakala perahu mereka pula dinaiki Sedeli, Buyung dan Rempit.

“Kau boleh pilih mana-mana kurung di bawah,”Nakhoda Ali menerangkan sebaik sahaja mereka tiba di atas geladak.”Tapi kau kena berkongsi sebab kita ada ramai awak-awak dan penumpang lain.”

“Di mana boleh hamba sembahyang?”tanya Bujang sambil memerhati awak-awak yang sibuk menaikkan sauh,menurunkan layar dan memeriksa tali-temali.

“Sembahyang?”Nakhoda Ali berfikit sejenak.”Di bawah agak kotor dan sesak.Kau boleh bersembahyang di atas geladak ini.Tapi,kena guna air laut buat wuduk sebab kami kurang bekalan air tawar.”

“Khabarnya dekar sini ada perkampungan nelayan,”sahut Bujang.

“Memang ada,”akui Nakhoda Ali.”Sebenarnya ada tiga. Depan sana ialah Kuala Sungai Pinang.”

“Ada sungai tentulah ada air tawar,”Bujang mencadangkan.

“Kawasan perairan itu sangat bahaya,jadi sarang lanun,”Nakhoda Ali  menyatakan.”Semua kapal dagang ikut perairan di balik pulau. Di sana lebih selamat,tidak ada lanun,bekalan air tawar dan kayu api pun banyak.”

Bujang melihat kapal itu mula belayar menyusuri pantai pulau itu.

“Tak ketahuan pula hamba tentang lanun-lanun ini,”ujar Bujang.

“Memang banyak lanun,”Nakhoda Ali menegaskan.” Dari sini membawa ke Kerian, kemudian di sekitar Pulau Sembilan dan Pulau Sialu,memang banyak lanun.Harap-harap kita tidak terserempak dengan mereka.”

“Mereka takkan mengganggu orang Melayu,”sambut Bujang.”Setahu hamba,sasaran mereka ialah kapal-kapal dagang asing yang berniaga dengan Belanda.InsyaAllah,kita akan selamat,Tuan Nakhoda.”

“Belum tentu selamat,Bujang,”Nakhoda Ali membuka rahsia.”Kapal ini memang awak-awak dan nakhoda semua Melayu tetapi pemiliknya orang Inggeris,Tuan Jourdain.”

“Orang Inggeris?”Bujang hairan.”Bagaimana rupa mereka?”

Nakhoda Ali ketawa.”Macam orang Belanda juga,cuma bahasa mereka tak sama,”katanya memandang anak buahnya bekerja.”Bujang berihatlah dulu,berjalan-jalan di atas kapal. Kami ada banyak kerja.”

“Baiklah,Tuan Nakhoda,”balas Bujang,terhutang budi pada nakhoda yang peramah itu. Memandangkan di atas geladak agak panas dibakar cahaya matahari,Bujang turun ke bawah geladak.Ini bukan kali pertama dia naik kapal.Ketika dia menuntut di Acheh dulu,beberapa kali juga dia menumpang kapal dagang untuk berulang-alik. Kapal ini pun tidak banyak berbeza dengan kapal-kapal lain. Di bawah geladak ditempatkan bilik-bilik kecil yang dipanggil kurung,tempat tidur penumpang dan awak-awak.Buaian berjaring yang dipanggil ‘hammock’ dijadikan sebagai ganti katil.Lantai kapal biasanya kotor dengan berbagai najis yang tidak pernah dicuci.Di bawah kurung dibuat tempat memasak dan lain-lain peralatan manakala di bawah sekali ialah tempat simpanan barang-barang dagangan.Melihat sebuah kurung yang tidak diduduki orang,Bujang pun meletak buntilnya dan duduk memerhati tanah daratan menerusi tingkap bulat.Dia  membaringkan diri di atas “hammock’, membiarkan badannya terbuai-buai mengikut alunan kapal.Tidak lama kemudian,dia terdengar bunyi bising awak-awak dari atas. Dia pun turun dari ‘hammock’,mencapai buntilnya dan naik ke geladak.

Dugaannya memang tepat.Kapal itu bersedia berlabuh tidak jauh dari kawasan pantai yang berbukit-bukit,hutan rimba kelihatan menghijau.Awak-awak itu bising kerana masing-masing sibuk mengendalikan kemudi,layar,tali-temali dan sauh. Nakhoda Ali bercekak pinggang,mulutnya becuk memberi arahan. Bujang perhatikan di sepanjang pantai itu memang tidak ada perkampungan. Begitu juga di kawasan pedalaman yang kaya dengan hutan rimba. Pokok-pokok

kelapa tumbuh subur tanpa dijaga.Begitu juga dengan pokok-pokok kayu lain.Batang hidung manusia tidak kelihatan langsung. Tetapi dia tahu hutan rimba itu kaya dengan air tawar,buah-buah kayu dan binatang buas. Jin dan mambang pun tentu ramai yang berkampung di sini kerana jauh dari gangguan manusia.

Dengan tidak semena-mena Bujang terasa bulu tengkuknya meremang.Tandanya dia sedang diperhatikan orang atau sesuatu.Dia beredar ke tepi kapal,matanya meneropong segenap ceruk di daratan. Puas diperhati,dia tidak menemui sesiapa di atas pulau itu melainkan seekor kijang putih berdiri di atas busut di sebuah bukit kecil.Kijang putih itu ditenungnya lama-lama,dipusatkan pancaindera keenam yang berpadu dengan tenaga dalam. Dalam telekannya,kijang putih itu ghaib.Tempatnya diganti dengan seorang gadis yang amat cantik,berlesung pipit dan bertahi lalat di bibir persis Kuntum.Gadis itu berpakaian Melayu cara lama,berselindang kuning serta bertelekung hijau paras dada.Dari lehernya tergantung sebuah kalung dengan lambang aneh.Cara gadis itu merenungnya sungguh mendebarkan.

-(“Nama dinda Mayang Sari”)- suara halus dari gadis itu memperkenalkan diri.

“Apa yang ditenung lama-lama tu?”suara Nakhoda Ali bergema di cuping telinga.

Bujang tersentak.Gadis itu ghaib.Yang berdiri di atas busut itu hanyalah seekor kijang putih.

Dia menoleh ke sisinya.Nakhoda Ali turut sama melihat ke atas pulau itu.

“Ada orang di pulau itu?”tanya Bujang padanya.

“Sebelah balik pulau ini mana ada orang,”Nakhoda Ali merenung Bujang yang masih terkebil-kebil.”Dah bertahun-tahun kami singgah di sini,tak ada tanda perkampungan orang. Siapa yang sanggup tinggal di tempat jin bertandang ni.”

Bujang mendapati kapal sudah berlabuh dengan selamatnya, beberapa orang awak-awak turun ke perahu membawa dua buah tempayan besar untuk mengambil bekalan air tawar. Sebuah perahu lagi turut disediakan untuk memuat kayu api dari pulau itu.

“Bujang nak ikut mereka,pergilah,”pelawa Nakhoda Ali.”Kita bermalam di sini. Besok baru kita belayar semula.”

Seperti orang mengantuk disorongkan bantal,Bujang tidak menolak pelawaan itu. Dia terus turun ke perahu yang akan membawa kayu api melalui tangga tali,menyertai Andika yang baru dikenali tadi.

“Mengapa tak tinggal bungkusan tu kat kapal?”tanya Andika yang mendayung perahu.

“Tak apalah,”ujar Bujuang,merasakan lebih selamat buntilnya dibawa bersama.

“Jangan lewat sangat,”Andika beri amaran bila mereka tiba di daratan.”Sebelum malam,kita balik ke kapal.”

“Tak tidur di sini?”tanya Bujang mencari-cari busut yang dilihatnya tadi.

“Dah gila kah?”kutuk Andika.”Kau nak tidur di sini,tidurlah.Aku tak berani.”

Ketika awak-awak lain sibuk mencari kayu api dan bekalan air bersih,Bujang menghampiri sebuah kolam tadahan yang berpunca dari sebuah air terjun kecil.Dihamparnya kain basahan untuk dijadikan sejadah lalu bertinggung mengambil wuduk.Demi tersentuh sahaja air itu ke mukanya,sejuknya bukan main,terasa lega dan nyaman.Selesai berwuduk,dia bersembahyang jamak taqdim di atas hamparan kain basahan,digabungkan zohor dengan asar kerana dia dalam musafir.Tempat itu redup tidak ditembusi cahaya matahari,ditambah pula wap dingin dari air terjun berhampiran membuatkan Bujang terasa tenang dan damai.Selepas berwirid dan berdoa,dia berzikir lama-lama dengan harapan dapat memasuki alam ghaib yang dilihatnya tadi.Namun,dari tengah hari membawa ke senja,tiada apa-apa keganjilan yang dialami. Akhirnya dia mengambil keputusan untuk kembali ke kapal. Dikibas-kibasnya kain basahan itu,dilipatnya lalu disimpan di dalam buntil.

“Hah,itu pun kau,”leter seorang awak-awak tidak dikenali.”Puas kami cari merata tempat, ke mana kau pergi?”

“Hamba ada di sini dekat kolam itu,”jawab Bujang.

“Lain kali kalau nak merayau,jangan ikut kami,”marah seorang lagi awak-awak.

“Sungguh hamba tidak ke mana-mana,”Bujang menegaskan.”Hamba sembahyang di situ.”

“Di mana?”tanya Andika rakan seperahunya.

“Dekat kolam itu,”Bujang menuding ke arah kolam yang berasal dari air terjun.

“Kami tak nampak kolam pun,”awak-awak yang pertama tadi menafikan.”Kami yang buta atau kau yang buta?”

“Dahlah,Kassim,”ajak awak-awak kedua.”Mari kita balik.Dah nak senja ni.Nanti air minuman lambat,Tuan Nakhoda mengamuk.”

“Kau tak nak balik ke kapal,Andi?”tanya awak-awak lain pula pada Andika.

“Kau orang baliklah dulu,”Andika menolak.”Aku nak cari kayu api lagi.”

“Jangan sampai dicekik pontianak,”usik rakannya.

Andi tidak mempedulikan usikan rakan-rakannya itu. Setelah perahu mereka meninggalkan pantai membawa dua tempayan penuh berisi air tawar,baru dia berpaling pada Bujang.

“Di mana kolam itu,Bujang?”tanya Andika ingin tahu.

“Itu,”Bujang menuding. Andika tidak nampak pun kolam yang ditunjukkan Bujang.

“Cuba kau pergi basuh mukamu di sana,”pinta Andika.

Tanpa membantah,Bujang pun pergi ke kolam itu lalu membasuh mukanya. Dia kembali mendapatkan Andika.Andika membelek kedua-dua tangan Bujang.”Basah?”

“Tentulah,”balas Bujang,hairan dengan telatah Andika.

“Kau ni menakutkan aku,Bujang,”mata Andika meliar.”Mari kita balik sekarang.”

“Kau baliklah dulu,”Bujang menolak.”Aku ingin bermalam di sini.”

“Suka hati kaulah,”Andika tidak membantah,lalu menuju ke perahu.Tiba-tiba dia berubah fikiran.”Beginilah.Biar aku hantar kayu api ini ke kapal.Lepas itu aku datang balik.”

“Dah gila kah hendak bermalam di sini?”Bujang meniru kata-kata Andika.

Andika tersenyum.”Kau sindir aku,ya?Tak apalah,biar kita sama-sama gila.”

Andika pun menyorong perahunya yang sarat berisi kayu api itu ke laut,melompat ke atasnya dan terus berdayung ke kapal. Sepeninggalaan Andika,Bujang mandi membersihkan diri di kolam itu dengan pakaiannya sekali.Lepas itu,dia menyarungkan pakaian pendekarnya. Pakaian lama yang basah itu diperah lalu disidai pada dahan kayu berhampiran. Dia mula mencari ranting dan dahan kering untuk dibuat unggun api. Setelah agak banyak,dia pun mengambil gobek api dari buntilnya.Digunakan daun-daun kering sebagai umpan api. Tidak lama kemudian,api berjaya dihidupkan. Disusunnya ranting dan dahan itu supaya unggun api marak.Bila kawasan itu diterangi api,dia pun mengambil wuduk dan menghampar kain basahan yang belum digunakan.Dari balik bukit tiba-tiba bergema bunyi azan maghrib. Dia tidak peduli siapa yang melaungkan azan itu.Seruan azan itu dijawabnya perlahan-lahan. Tepat seperti yang dijanjikan,Andika datang semula dengan perahunya. Melihat Bujang sudah bersedia hendak mendirikan sembahyang,lekas-lekas Andika berlari ke kolam itu mengambil wuduk,kemudian tergesa-gesa mendapatkan tempat di sebelah kanan Bujang sebagi makmum.

Maghrib itu,Bujang mengimamkan Andika mengerjakan sembahyang jamak dan qasar,men- cantumkan dan meringkaskan sembahyang maghrib dengan isyak. Selesai berwirid dan berdoa,Bujang membaca surah-surah yang dipelajarinya manakala Andika menghampar tikar dan menyediakan makan malam.Akhirnya Bujang selesai membaca ayat-ayat suci.Dia bangun mengambil pakaian basahnya lalu disidai berhampiran unggun api supaya cepat kering.

“Bujang,mari,”Andika menjemputnya makan.Memang pelawaan itu ditunggu-tunggu oleh Bujang. Dia pun menghampiri Andika dan duduk bersamanya menghadapi makanan yang dihidangkan.Baunya menaikkan selera.

“Bujang,aku dah nampak apa yang kau nampak,”Andika berkata riang.”Kolam itu.”

“Kau nampak makanan ini?”Bujang bertanya pula.

“Nampak,”jawab Andika,bertambah hairan.”Tadi aku cuma bawa nasi dengan ikan gelama kering.Sekarang kau tengoklah!Ada ayam goreng,ada daging bakar,ada gulai,ada sayur.Minuman air nira pun ada! Siapa yang sediakan semua ini?”

“Pedulikan,”balas Bujang.”Maut jangan dicari,rezeki jangan ditolak.”

Mereka pun menjamah makanan lazat yang disediakan itu.

“Mujurlah aku datang balik,”Andika bersuara ketika makan.”Kalau tidak,keempunanlah tak merasa makanan yang lazat-lazat macam ini.”

“Jangan ditegur,”Bujang mengingatkan.”Anggaplah ini rezeki dari Allah yang datang dengan tidak disangka-sangka.”

Mereka tidak bercakap-cakap lagi selepas itu. Selesai makan,Bujang bangun hendak mem-balikkan pakaiannya supaya cepat kering.Alangkah terperanjatnya apabila didapati pakaian itu sudah kering seperti dijemur di bawah bahang matahari. Dia tidak berkata apa-apa melainkan melipat pakaian itu dan menyimpannya di dalam buntil.Dia menyertai Andika. Mereka duduk meneguk air nira yang disajikan sambil memandang ke arah kapal.

‘Kau dari mana,Bujang?”tanya Andika membuka perbualan.

“Dari sebuah kampung di Kedah,”Bujang menjawab ringkas.

“Aku rasa kau bukan dari kampung,”Andika membuat tekaan.”Cara kau bercakap,cara kau berpakaian,pembawaan kau,kau nampak macam biasa hidup di istana.Kalau bukan seorang pembesar pun,kau pasti seorang hulubalang.”

“Pengamatanmu cukup tajam,Andika,”Bujang memuji.”Kau juga bukan sebarang awak-awak.Kau dulu seorang hulubalang terkenal.Perawakan dan pembawaanmu menunjukkan kau dari keturunan bangsawan.”

Andika kelihatan terkejut,kemudian tersenyum.”Kau meniru kata-kata aku,ya?”

“Kata orang,ular menyusur akar takkan hilang bisanya,”sambung Bujang lagi.

“Baiklah,aku mengaku,”Andika akhirnya mengalah.”Sebenarnya aku berasal dari Makasar. Namaku yang sebenarnya ialah Daeng Andika.Memang menjadi adat kami orang Bugis suka merantau mencari pengalaman di samping menambah ilmu di dada.Dalam telekan aku, ternyata kau seorang pria yang berisi.Sayang,kau tidak membawa keris.”

Bujang diam sambil meneguk minuman,tidak membalas kenyataan itu.

“Giliran kau pula untuk memperkenalkan diri,”Andika mempelawa.

“Namaku Bujang,”Bujang bercerita ringkas.”Aku anak yatim piatu,dibesarkan di sebuah kampung di Kedah. Aku dalam perjalanan ke Johor mencari ibu-bapa angkatku yang juga mertuaku.”

‘Kau tahu,Bujang,”balas Andika sambil tersenyum.”Pertama kali kita bertemu siang tadi di Tanjung,aku sudah tertarik dengan budi-bahasamu.Aku cepat rasa mesra,seolah-olah kita sudah lama berkenalan.”

“Memang sudah tertulis sejak dari azali,”ujar Bujang.”Kalau di loh mahfuz kita sudah kenal-mengenal,di dunia pasti bertemu.”

“Itu pandangan dari orang yang  belajar tarekat,”Andika bertambah kagum dengan ketokohan Bujang.”Guruku di Tanah Bugis dari keturunan Sharif Kebongsuan.”

“Semakin terserlah ketokohanmu,bak permata di perlimbahan,”puji Bujang.

“Waduh,bahasamu sungguh halus,”Andika memuji pula.”Kalau aku seorang perawan, pasti sudah lama aku jatuh cinta padamu.”

Mereka sama-sama ketawa dengan lelucon itu.

“Kita ni asyik berborak,bila nak tidur?”usik Bujang.

“Betul katamu,Bujang,”Andika tidak membantah sambil menarik selimutnya.”Ayuh,kita tidur. Idi matindro,kata orang Bugis.”

“Bismillah…..,”Bujang mengalas kepalanya dengan buntilnya sebagai ganti bantal.

Keesokan harinya,kapal mereka pun belayar meninggalkan kawasan yang dikenali dengan nama ‘balik pulau’ itu,menuju ke laut lepas yang akan membawa ke Selat Melaka. Bujang memerhati Pulau Pinang dari atas geladak sehingga pulau itu nampak samar-samar sahaja diseliputi kabus pagi.Kemudian dia duduk di bawah naungan layar menikmati kebiruan laut dan langit serta kehijauan tanah daratan di sebelah kirinya.Andika dilihatnya sibuk dengan pekerjaannya dan tidak ada masa hendak melayaninya berbual.Lagipun,Nakhoda Ali sentiasa berada di atas geladak bagi memastikan semua awak-awaknya menjalankan tanggung-jawab dengan sepenuhnya. Walaupun hatinya sentiasa hidup dengan zikrullah, matanya sentiasa memandang untuk mempelajari sesuatu,telinganya mendengar apa yang perlu didengar dan otaknya sentiasa berfikir. Jika hatinya sudah bersatu dengan mata,maka jadilah mata hati.Jika hatinya bersatu dengan pendengaran,akan didengar apa yang orang lain tidak dengar.Jika hatinya bersatu dengan fikirannya,akan datang ilham yang tidak diduga yang dipanggil Ilmu Laduni.Inilah intisari ilmunya,diajar oleh ayah angkatnya,dihalusi di Tanah Rencong,dibuat amalan di puncak Gunung Jerai,dan sekarang dimanfaatkan kepada saudara seagama.

Tersandar pada salah satu tiang kapal,Bujang terlelap.

Bujang tidak tahu apa yang mengejutnya dari tidur.Telinganya menangkap bunyi ombak menghempas ke badan kapal,seolah-olah kapal tidak bergerak.Bunyi berkeriuk tiang dan ranting layar yang dipuput angin dan suara awak-awak tidak kedengaran.Dia terasa seperti kapal itu tidak belayar.Terbuka sahaja matanya,pertama sekali dilihatnya ialah semua layar sudah digulung seperti kebiasaannya bila berlabuh.Dia menoleh dan melihat semua awak-awak berada di atas geladak.Nakhoda Ali dan seorang lelaki barat juga berada di atas geladak. Semua berdiri seperti patung  memandang ke arah sebuah pulau tidak jauh dari situ. Bujang bangun untuk meninjau ke sana.Dapat dilihatnya dengan jelas beberapa buah perahu yang sarat dengan lelaki berpakaian serba hitam sedang didayung dengan laju menuju kemari.

Semua lelaki itu bersenjata lengkap dan bertopeng.Lanun!

Bujang menjinjing buntilnya mendekati Nakoda Ali.”Pulau apa tu,Tuan Nakhoda?”

“Pulau Sial Lalu,”jawab Nakhoda Ali setelah melihatnya.”Memang sial bagi semua kapal dagang yang lalu di sini.

The bloody pirates!”orang barat itu merungut sesuatu dalam bahasanya.

“Kenapa tidak melawan?”tanya Bujang,tidak pedulikan rungutan rakan nakhoda itu.

“Melawan?”Nakhoda Ali ketawa kecil.”Siapa yang berani lawan Panglima Hitam,ketua lanun yang kebal dan tidak mampan oleh semua senjata!Anak buahnya juga terlalu ramai bersembunyi di sekitar pulau itu.”

“Jadi,kita akan menyerah diri?”tanya Bujang sambil menjeling pada Andika.

“Ya,kita akan menyerah diri,”Nakhoda Ali membuat keputusan.”Sia-sia sahaja kita melawan.Mereka hanya mahu barang-barang berharga.Mereka takkan membunuh kalau tidak diganggu.”

Let’s welcome those scoundrels,”kata lelaki barat itu pada Nakhoda Ali.Nakhoda Ali yang memahami percakapan lelaki barat itu segera mengangkat kedua-dua tangan apabila perahu-perahu lanun sudah rapat ke kapal.Lelaki barat itu menurunkan tangga tali ke laut. Sebentar kemudian,berlompatan lanun-lanun itu naik ke geladak dengan senjata terhunus. Dengan topeng yang dipakai,mereka kelihatan ganas dan bengis.

“Baring semua!”jerit ketua mereka dengan lantang.Nakhoda Ali dan semua awak-awak segera meniarap meletak tangan di atas tengkuk tanda tidak melawan.Orang barat itu juga faham arahan itu dan terus meniarap.

“Hoi,awak pekak kah?”jerit ketua lanun itu pada Bujang bila bujang masih tercegat.

Bujang pun turut sama meniarap di sebelah Andika.

“Suaranya macam kukenal,”bisiknya pada Andika.Andika memberi isyarat supaya diam.

Lanun-lanun itu turun ke bawah geladak dan mula menggelidah mencari barang-barang berharga.Ketua lanun itu mundar-mandir di atas geladak mengawasi mereka yang sedang meniarap.”Siapa ketua kamu?”jerkah ketua lanun itu dengan garang.

“Hamba,”Nakhoda Ali mnengangkat kepalanya.”Nakhoda Ali.”

“Orang Belanda keparat itu siapa?”jerkah ketua lanun itu.

“Dia bukan orang Belanda,”beritahu Nakhoda Ali terketar-ketar.”Namanya Tuan Jourdain, orang Inggeris. Kapal ini kepunyaannya.”

“Tentu orang kaya,”balas ketua lanun itu,melihat rakan-rakannya mengusung sebuah peti besi yang berkunci.”Berikan kunci peti besi itu!”

Sir,give key,”beritahu Nakhoda Ali pada Tuan Jourdain. Tuan Jourdain hanya mengangkat kunci tinggi-tinggi tetapi tidak berani mengangkat mukanya. Ketua lanun it uterus merampas kunci tersebut lalu melontar kepada anak buahnya.Peti besi itu berjaya dibuka.Sebaik sahaja melihat apa yang terdapat dalam peti besi itu,lanun-lanun itu bersorak riang.

“Awak!”ketua lanun itu terpandang buntil Bujang.”Ada apa dalam bungkusan itu?”

“Cuma pakaian,”jawab Bujang.”Pemberian isteri hamba.”

Ketua lanun itu terdiam sejenak mendengar suara Bujang,kemudian merapati Bujang.

“Kalau nenek awak beri pun aku peduli apa!”dia mencebik sambil merampas buntil Bujang. Buntil itu dibukanya,maka ternampaklah dua bila keris milik Bujang.

“Keris siapa ini?”tanya ketua lanun itu,menunjukkan kedua-dua bilah keris itu.

“Keris itu milik hamba,”Bujang membalas dengan tenang.

“Bohong!”tengking ketua lanun itu.”Aku kenal siapa pemilik sebenar keris dua bilah ini!

Dia sudah mati 10 tahun yang lalu,dibunuh Belanda di Kuala Kedah.”

Baru suara ketua lanun itu dapat dicam oleh Bujang.

“Hamba belum mati,”tegas Bujang.”Belum ajal berpantang maut.”

Ketua lanun itu membongkok mengamati wajah Bujang.”Siapa awak sebenarnya?”

“Datuk Panglima Dermang,”Bujang bangun dengan selamba.”Tidakkah Datuk kenal lagi pada hamba anak Pak Jalil?”

“Bujang?”Panglima Dermang terkejut lalu memegang bahu Bujang.”Betulkah kau Bujang?”

“Benar,Datuk,”Bujang menghulurkan tangan.”Hamba tidak mati seperti yang disangka. Hamba diselamatkan oleh seorang nelayan dan dirawat sehingga sembuh.”

“Bujang,”Panglima Dermang terus menyambut tangan yang dihulur.”Syukur Alhamdulillah kau masih hidup.Datuk rasa seperti bulan jatuh ke riba.”

Datuk Panglima Dermang menyimpan semula kedua-dua keris itu dan memulangkan buntil itu kepada Bujang.”Kawan-kawan semua! Simpan senjatamu! Serahkan semua sekali barang-barang berharga yang kita rampas!Ini sahabat lama Datuk,namanya Panglima Agung!”

Lanun-lanun itu segera mengusung peti besi itu ke bawah geladak dan memulangkan barang-barang berharga yang telah mereka rampas.

“Ke mana kau menghilang diri selama ini,Bujang?”tanya Datuk Panglima Dermang.

“Hamba ke Gunung Jerai,”ujar Bujang ringkas.

Datuk Panglima Dermang mengangguk-angguk tanda faham.

“Tidak sia-sia ilmu yang kau tuntut,Bujang,”puji Datuk Panglima Dermang.”Datuk sudah tua.Kau akan Datuk lantik mengetuai perjuangan ini.”

“Hamba sudah pun dilantik oleh Tunku Mahmud Raja Muda Kedah,”jelas Bujang.

“Memang kau yang paling layak,Bujang,”puji Datuk Panglima Dermang lagi.”Sifatmu cukup lengkap.Kewibawaaan,ketokohan,kebijaksanaan,keilmuan,semua ada padamu.”

“Janganlah keterlaluan memuji hamba,Datuk,”mohon Bujang sambil tersenyum.

Datuk Panglima Dermang membalas senyuman itu.”Oh ya,apa khabar Sultan Kedah?”

“Ke Bawah Duli masih bersemayam di Kota Naga,”Bujang tidak menceritakan dengan panjang-lebar tentang ayahanda iparnya,termasuk tentang penyakitnya.

“Kali terakhir Datuk mendengar khabar mengenainya,baginda ke Ligor bersama Tunku Pangeran menghantar bunga emas,”melihat rakan-rakannya sudah lama menunggu,Datuk Panglima Dermang pun menepuk bahu Bujang sambil berbisik,”Kalau umur panjang,jenguk-jenguklah teratak buruk Datuk di Kuala Selangor.”

“InsyaAllah,Datuk,”balas Bujang.Mereka berpelukan.Kemudian,Datuk Panglima Dermang pun turun ke perahu,diikuti oleh anak buahnya.Sebentar kemudian,semua perahu itu didayung laju menghala ke Pulau Sialu.

Barulah Nakhoda Ali,Tuan Jourdain dan semua awak-awak berani mengangkat muka dan bangun dengan gembira.Andika terus mendapatkan Bujang.

“Sudah kuduga siapa kau,Bujang,”tegurnya dengan riang.”Pakailah kerismu.Tak perlu kau menyamar lagi.”

Belum sempat Bujang menjawab,Nakhoda Ali sudah muncul bersama Tuan Jourdain.

“Tuan Jourdain mengucapkan terima kasih pada Panglima,”kata Nakhoda Ali penuh sopan.

“Yes,lad,”sokong Tuan Jourdain dalam bahasanya.” If you want to work with me,I will give you the post of Chief of Guards. I will pay you well.”

Bujang yang tidak memahami kata-kata itu memandang pada Nakhoda Ali.

“Tuan Jourdain menawarkan kerja pada Panglima,”jelas Nakhoda Ali.

“Terima kasih,hamba sudah pun ada pekerjaan,”Bujang menolak.

Tanpa diperintah,Andika dan awak-awak lain terus menurunkan layar dan menaikkan sauh untuk meneruskan pelayaran. Bujang beredar ke buritan kapal memerhati Pulau Sialu. Tuan Jourdain kembali ke kurungnya di bawah geladak namakala Nakhoda Ali tinggal memberi arahan-arahan tertentu kepada anak buahnya.
Tidak lama kemudian,layar pun berkembang ditiup angin dan kapal itu mula bergerak makin lama semakin laju.Bujang masih tercegat di buritan kapal.Teka-teki  mengenai  Panglima Dermang sudah terjawab sedikit demi sedikit. Panglima Dermang memang mengetuai Angkatan Fisabillah sebelum ini tetapi kegiatannya hanya terhad di sini.Kejadian samun dan rompakan yang berlaku di Kedah ternyata didalangi  oleh orang lain yang tidak dikenali.Mungkin Adimala Tunggal,mungkin juga Raja Muda. Atau pun mungkin juga kumpulan Awang Kerambit yang masih rahsia itu.

Dua hari kemudian,kapal itu pun berlabuh di pengkalan Kota Melaka.Bujang bersalam-salaman dengan Nakhoda Ali,Tuan Jourdain serta semua awak-awak,terutama sekali Andika. Kemudian,dia pun melangkahi papan sekeping yang menhubungkan dengan  pengkalan. Di atas,dia tercangak-cangak seperti rusa masuk kampung,kagum dengan kepesatan pengkalan itu. Sambil berjalan menggalas buntilnya menuju ke darat,dia memerhati kapal-kapal kecil dan besar dari berbagai ceruk rantau berlabuh di sepanjang pengkalan itu.Tongkang dan sampan berulang-alik membawa barangan dan penumpang.Sepanjang pantai hingga sampai ke kuala,manusia  berbagai-bagai bentuk dan rupa berpusu-pusu membeli-belah atau berjalan-jalan.Pondok pisang sesikat,warong,gerai dan kedai dibina di merata tempat,lorong-lorong sempit yang bersimpang-siur itu penuh dengan kereta lembu yang membawa penumpang dan barang-barang.Ketika berjalan,Bujang melihat juga kalau-kalau ada barang keperluan yang berkenan di hatinya.Sebaik sahaja terpandang Kota Melaka yang tersergam di atas sebuah bukit,dia terpegun seketika. Kota daripada batu yang mempunyai empat pintu gerbang itu dilengkapkan dengan berpuluh-puluh pucuk meriam kecil serta beberapa pucuk meriam besar, semua muncung meriam itu dihala ke

laut.Di atas setiap pintu gerbang itu berkibar megah bendera Kompeni Belanda yang berbelang hijau,putih dan merah.

Dari salah satu pintu gerbang yang turut menempatkan menara kawalan,seorang pegawai berkulit sawo matang berpakaian seragam meneropong setiap kapal yang keluar-masuk pengkalan.Bila ternampak kapal yang dinaiki Bujang,dia meletak teropongnya di atas meja dan membuka sebuah buku tebal dengan kulitnya bertulis ‘Verenigde Oostindische Compagnie’ – ‘VOC’ – Dagh Register’ dengan tulisan warna emas.Jarinya mencari nama-nama kapal tersenarai dalam buku pendaftaran harian itu.Akhirnya,jarinya berhenti pada nama ‘Jourdain&de Souza’. Dia mencelupkan kalam bulu ayam ke dalam bekas dakwat. Di hujung nama itu dituliskan tarikh pada hari itu.”2 Oktober 1652,” dengan tulisan rumi yang herot-petot dan kerana dia seorang Islam,ditambah pula,”10 Zulkaidah 1062 Hijrah.” Dia tidak ingat hari itu hari apa,lalu ditinggalkan kosong pada ruang itu. Dia meneropong lagi  ke arah pengkalan,memerhati orang ramai.Perhatiannya tertumpu pada Bujang.Lama juga dia mengamati rupa paras dan pakaian Bujang.Kemudian,dia menurunkan teropongnya semula lalu menggoncang loceng kecil di atas meja beberapa kali.’

Seorang mata-mata berpakaian seragam sepertinya dengan tiga calit di lengan baju segera masuk memberi tabik hormat.

“Sahaya datang,Tuan Madulika,”kata mata-mata itu dengan kuat.

“Sarsan Lorenzo,”perintah Tuan Mandulika.”Awak nampak orang itu?”

Mata-mata yang dipanggil Sarsan Lorenzo mengikut arah yang ditunjuk oleh ketuanya.

“Orang Melayu,Tuan,”katanya.”Tapi sahaya tak nampak dia bawa senjata.”

“Pergi siasat sama dia,bodoh!”marah Tuan Mandulika.”Bawa mata-mata.Kalau dia buat kacau,tangkap.Tapi ingat,jangan beri dia nampak awak semua.Faham?”

“Faham,Tuan,”balas Sarsan Lorenzo.”Sahaya ikut perintah Tuan.”

“Pergi!”Tuan Mandulika menghalaunya dengan kasar.

Sarsan Lorenzo yang mukanya sudah tebal dengan maki-hamun pegawainya itu memberi tabik hormat,berpaling dan pergi dari situ.

Ketika Bujang berjalan-jalan melihat barang jualan,hatinya tertarik pada sebuah kampit kulit yang siap dengan tali galas.Diteliti betul-betul,yakinlah dia kulit itu kulit lembu. Muat untuk memasukkan buntilnya,tepi dijahit dengan dua saku dan tidak basah jika terkena hujan.

“Berapa harganya?”dia bertanya pada penjual berkulit gelap itu.

“Sepuluh florins,”balas penjual itu sambil tersenyum menampakkan giginya yang berkarat.

Bujang tidak tahu berapa nilai wang yang dimaksudkan itu.Dia mengeluarkan uncang wang dari buntilnya,mengira sepuluh keping wang perak,terus membayar tanpa tawar-menawar.

Dia menyimpan uncang wangnya,kemudian memasukkan buntilnya ke dalam kampit itu.

“Tunggu dulu,tambi,”penjual itu menahan.”Ini duit tarak laku.”

“Wang perak,”beritahu Bujang.”Digunakan di negeri Kedah.”

“Ini bukan Kedah,”penjual itu berkeras.”Kasi bayar sepuluh florins.”

“Wang tetap wang dan sah digunakan di mana-mana,”Bujang juga mulai berkeras.

Rupanya perselisihan faham itu menarik minat seorang perempuan muda yang berniaga nasi dan lauk-pauk selang beberapa gerai dari situ.Tambah tertarik lagi minatnya pada Bujang. Dia pun menghampiri penjual berkulit gelap itu,”Ada apa,Maideen?”

“Ini orang guna duit tarak laku,”Maideen menyerahkan wang itu.

Perempuan itu meneliti wang yang diberikan itu.” Kedah Darul-aman?”

“Benar,”Bujang mengaku.”Sepuluh tera semuanya.”

“Duit ini memangtak laku di sini,”terang perempuan itu.”Tak apalah,Maideen.Biar sahaya tolong bayar untuk pria ini.”Perempuan itu berkejar balik ke gerainya,kemudian kembali menyerahkan wang yang diminta kepada Maideen. Maideen tersengih,puas hati.

“Terima kasih,”Bujang mengucapkan.”Simpanlah wang hamba itu sebagai gantinya.”

“Kembali,”balas perempuan itu dengan mesra.”Singgahlah makan di gerai kami dulu.”

Baru Bujang teringat dia belum menjamah sarapan pada pagi itu. Dia pun mengangguk dan mengikut sahaja pelawaan perempuan muda itu.

“Encik nak makan apa?”tanya perempuan muda itu dengan ramah.

Bujang memerhati semua makanan yang dijual,kemudian menuding,”Yang itu.”

“Itu mee goreng,”balas perempuan itu.”Minum?Kopi..teh…serbat?”

“Kopi panas,”jawabnya ringkas.”Boleh hamba bayar dengan wang dari Kedah?”

“Makan dulu,bayarannya dikira kemudian,”sahut perempuan itu sambil melenggang pergi dengan gaya yang menggoda.Bujang melihat perempuan muda itu berkata sesuatu pada sepasang suami-isteri yang sedang memasak,kemudian kembali untuk melayan pelanggan lain pula.Bujang tertarik pada perempuan muda itu.Bukan sahaja kerana perempuan itu cantik dan pinggangnya ramping,tetapi telor percakapan perempuan itu juga menarik minatnya.Siapa gerangannya?Bila perempuan itu melerek padanya ketika melayan kehendak pelanggan-pelanggan lain,dia menjadi malu pada diri sendiri.Lekas-lekas dipandangnya ke arah lain.

Bila makanan yang dipesan sampai,dia terus makan tanpa mengangkat muka.

Dua orang mata-mata berpakaian seragam datang duduk di meja sebelah.

“Kartini,”jerit salah seorang mata-mata itu.”Teh cina,dua!”

“Baik,Sarsan,”balas perempuan muda itu lalu masuk memberitahu suami-isteri tadi.

Ketika menjamu selera,Bujang menyedari dirinya menjadi perhatian ramai pelanggan di situ,terutama sekali dua mata-mata di sebelah mejanya.Dia mula merasa tidak selesa. Cepat-cepat dihabiskan makanan itu kemudian minum seteguk-dua buat membasuh mulut.Belum sempat dia bangun hendak pergi,perempuan yang dipanggil Kartini itu datang membawa talam berisi tiga cawan teh cina yang masih panas.Dua cawan diberikan pada mata-mata itu manakala secawan lagi diletak di atas meja Bujang.

“Hamba tidak memesan minuman ini,”Bujang agak terkejut.

“Lihat apa di dalamnya,”bisik Kartini dan terus pergi ke meja lain pula.

Bila dilihat,Bujang ternampak cebisan kecil kain tiga warna lambang Angkatan Fisabilillah diikat rapi dan dicampur bersama daun-daun teh.Kartini memperkenalkan diri sebagai ahli. Dia perlu menjawabnya untuk mengesahkannya.Dia cuba ingat balik isyarat-isyarat yang dipelajarinya dulu.Dua bilah kerisnya dalam kampit itu tidak boleh digunakan,takut kalau-kalau disyaki orang,terutama sekali mata-mata di sebelahnya.Kalau dia tersalah balas,silap-silap dia dibunuh kerana dianggap musuh dalam selimut.Akhirnya dia mengambil sekeping wang perak,diketuk tiga kali pada cawan itu.Bila Kartini bergegas datang,dia terus menghulur wang itu dengan mengepitnya antara ibu jari dan jari telunjuk manakala jari hantu,jari manis dan jari kelingking dibiar lurus,membentuk angka 30 dalam tulisan Jawi,juga melambangkan 30 juzuk Al-Qur’an.Kartini pura-pura tidak nampak.Namun,bila dia menerima wang itu,digunakan cara yang sama.Lepas itu,dia terus membawa cawan pergi tanpa menoleh pada Bujang lagi.Bujang bangun,menyangkut kampitnya pada bahu lalu segera beredar dari situ.

Selepas melihat Bujang pergi,tukang masak berusia lewat 30an itu bertanya pada Kartini.

“Kulo pasti itu orangnya,Kartini?”dia bertanya sambil menyediakan makanan.

“Tak bersalahan lagi,Mas,”jawab Kartini sambil mencedok nasi.”Tanda-tandanya juga bertepatan dengan apa yang digambarkan.”

“Terserah pada kau,Kartini,”sampuk pula perempuan yang tua sedikit dari Kartini ketika mencedok lauk-pauk.”Akak dengan Abang Adi kau menykong sahaja asalkan semuanya berjalan lancar.Akak tak mahu luka lama berdarah kembali.”

“Mudah-mudahan,Kak Milah,”balas Kartini perlahan lalu membawa sepinggan makanan kepada seorang pelanggan yang telah memesannya.

Bujang tidak menyedari dirinya menarik minat Kartini dan menjadi tajuk perbualan.

Dia masih berkeliaran di sekitar pasar itu melihat barang-barang yang belum pernah dilihat-nya.Jauh bezanya pelabuhan Melaka dengan Kuala Kedah.Kalau di kala ini pelabuhan Melaka begini besar dan makmur,betapa halnya lebih seratus tahun lampau pada zaman puncak

kegemilangannya semasa pemerintahan kesultanan Melaka.Tidak dapat digambarkan keadaan-nya di zaman itu di mana Hang Tuah menjadi laksamananya.Kalaulah Portugis dan Belanda tidak menjajah alam Melayu ini,sudah pasti bangsa Melayu  gah di mata dunia.

Perhatian Bujang tertarik pada seorang saudagar yang membuat pertukaran berbagai jenis wang tempatan dan asing.Lalu dia mengeluarkan uncang wang yang dibawanya dari Kedah. Dilonggoknya semua wang di hadapan saudagar itu,kemudian ditunjukkan kepada wang Belanda sebagai pertukarannya.Saudagar itu faham maksud Bujang.Dia pun meghitung dengan teliti semua wang Bujang.Kemudian,dia mengeluarkan satu uncang lain,dikiranya sebentar,kemudian diserahkan uncang itu kepada Bujang.Bujang mengangguk tanda setuju dan terus memasukkan uncang itu ke dalam kampitnya.Dengan wang Belanda itu,dia boleh membeli mana-mana barang yang disukainya tanpa menimbul syak-wasangka.Tidak jauh dari situ terdapat sebuah jambatan besar yang menyeberangi Sungai Melaka yang menuju ke Kota Melaka yang tersergam itu. Dilihatnya ramai orang keluar-masuk melalui pintu gerbang utama itu.Hatinya tertarik untuk melihat apa yang ada dalam kota kukuh binaan Portugis atas runtuhan istana raja Melaka.Dia pun menuju ke sana dengan melintasi jambatan tersebut.

Dua orang soldadu berkawal di pintu gerbang itu dengan senjata api.Setiap orang yang melalui pintu gerbang itu diminta mnenunjukkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu.Bujang tidak mempunyai kertas seperti itu.Baru dia teringat pada segulung kertas yang pernah diberikan oleh Gabenor-Jeneral Belanda tempoh hari.Dia mula menyelongkar kampitnya.

Tiba-tiba salah seorang pengawal ternampak hulu keris pendeknya dalam kampit itu.Dengan segera pengawal itu menghala muncung senjata apinya ke arah Bujang.

“Awak orang Melayu?”desaknya.”Anak buah Yamtuan Muda?”

Bujang tidak kenal siapa Yamtuan Muda dan belum pernah mendengar namanya. Namun begitu,dia mengangguk sambil berkata,”Hamba anak buahnya.”

“Selamat datang ke Kota Melaka,tuan,”kata pengawal itu sambil tersenyum.”Tuan tak perlu takut,tuan pakailah keris itu.Di sini,semua anak buah Yamtuan Muda tak perlukan pas.”

“Baiklah,”ujar Bujang lalu menyisip keris pendeknya ke celah ikat pinggang manakala keris panjang dibiarkan sahaja.Sambil menggalas kampitnya di bahu,dia pun memasuki kawasan kota itu.Dia kagum melihat betapa kuat dan tebal dinding kota itu.Patutlah lebih seratus tahun Portugis berjaya menangkis setiap serangan dari luar.Meriam yang ditempatkan di sepanjang tembok menambahkan lagi kekebalannya.Di dalam kawasan kota yang dikawal rapi itu kelihatan barang-barang berharga dipamerkan untuk dijual kepada sesiapa yang mampu.Turut dijual ialah jam dan senjata api kecil berbagai jenis,cermin mata,teropong,pemetik api dan lain-lain barang yang hanya terdapat di negeri barat.Dia menunjuk dengan jarinya kepada pemetik api logam itu.Saudagar Belanda itu menunjukkan cara menggunakannya.

Sigarettenaansteker,vijf florijnen,”katanya sambil menunjukkan lima jari tangannya.

Bujang mengeluarkan uncang wangnya lalu membayar lima florins.

Dia menuding pula pada teropong kecil itu.Saudagar itu menunjukkan kegunaannya,boleh ditarik panjang atau dipendekkan.”Telescoop,”katanya,kemudian menunjukkan lima jari tangan dua kali.”Vijfenvijftig florijnen.”

Bujang pun memberikan sepuluh florins seperti yang diminta.

Nee,nee,nee. Als dit,”saudagar itu mengambil uncang wang Bujang,membilang lima-puluh lima florins dan memulangkan uncang itu.”Bedankt.”

Bujang pun memasukkan pemetik api,teropong dan baki wangnya ke dalam kampit. Dia berjalan-jalan lagi.Dia terpandang tali pinggang kulit berwarna hitam sama besar dengan bengkung merah yang biasa dipakainya.Terdapat juga saku yang dijahit di keliling,gunanya untuk menyimpan wang dan barang-barang yang kecil.Kepala tali pinggang itu diperbuat daripada tembaga putih,dipasang cangkuk pula. Jauh bezanya dengan bengkung yang terpaksa dililit beberapa kali untuk memakainya dan mudah pula longgar atau terlucut.Tali pinggang itu,jika dipakai diatas bengkung dan kain samping,tidak akan terlucut melainkan cangkuknya patah.Amat

sesuai untuk pergerakan lasak.Dia teringat kata-kata abang iparnya Raja Muda Kedah bahawa banyak perkara dari Barat yang membawa kebaikan boleh ditiru.

“Bonjour,monsieur,”tegur saudagar asing itu.”Do vous voulez quelque chose?”

Dia menuding ke arah tali pinggang hitam yang digemarinya itu.

Money ceinture,”balas saudagar berambut kuning seperti bulu jagung itu sambil menunjukkan sepuluh jari tangannya.”Dix florins,monsieur.”

Bujang mengeluarkan uncangnya dan mengira sepuluh florins. Wang dan tali pinggang bertukar tangan.

Merci,monsieur,”ucap saudagar itu sambil tersenyum lebar kerana berjaya membuat jualan.”.Avez-vous autre chose a acheter?”

Bujang mencuba tali pinggangnya di atas kain ikat pinggang.Ternyata sesuai dan selesa. Baki wangnya dimasukkan ke dalam beberapa saku pada tali pinggang itu.Saudagar asing yang mulanya peramah berubah wajahnya bila terpandang keris pendek Bujang.Wajahnya bertambah kecut bila Bujang menyisipkan pula keris panjang di celah tali pinggang itu. Dia menggalas kampitnya dan terus beredar pergi.Baru tidak sampai sepuluh langkah,tiba-tiba kedengaran beberapa das tembakan dalam kota itu,diikuti oleh suara jeritan.Suasana bertukar menjadi hingar-bingar bila orang ramai mula lari bercempera. Dalam keadaan kelam-kabut itu,Bujang ternampak sorang lelaki berpakaian serba hitam yang membawa golok lari susup-sasap di celah orang ramai itu dikejar oleh beberapa orang mata-mata yang membawa senjata api.Keadaan bertambah kecoh bila saudagar asing yang menjual tali pianggang tadi memanggil seorang mata-mata dan menuding ke arah Bujang.Bujang tidak membuang masa lagi. Dia terus berlari keluar dari kota ini.

Kartini yang masih berada di warongnya juga mendengar bunyi tembakan dan suara hiruk-pikuk orang ramai.Para pelanggan yang berada di situ bertempiaran lari meninggalkan warong.Dua orang mata-mata itu menghilangkan diri tanpa membayar harga minuman.

“Tutup warong,”jerit Adi pada Kartini dan Milah.Mereka terus menutup pintu dan tingkap.

Kartini mengintai menerusi celah dinding.Dia terkejut melihat Bujang juga turut dikejar oleh mata-mata.Segera dia membuka jendela itu sambil menjerit ke arah Bujang,”Sini!”

Tanpa berlengah,Bujang melompat gaya harimau menerusi tingkap itu.Melihat Bujang sudah berada dalam warong,lekas-lekas Kartini menutup tingkap.Kedengaran hentakan sepatu mata-mata yang mengejar Bujang.Mata-mata itu berlari terus tanpa berhenti di situ. Kartini menarik nafas lega.

“Apa yang berlaku?”tanya Kartini pada Bujang.

“Enggang lalu ranting patah,”jawab Bujang,wajahnya bersimbah peluh.Bila dilihatnya Kartini tidak faham maksudnya,dia meneruskan.”Orang lain membuat angkara di dalam kota,hamba dipersalahkan.Lain yang makan nangka,lain pula kena getahnya.”

“Oh begitu,”baru Kartini faham.”Itu abang hamba Dahari dan kakak ipar hamba Milah.”

Baru sahaja Bujang hendak mengucapkan terima kasih,tiba-tiba pintu hadapan diketuk bertalu-talu.”Mata-mata!”jerit suara dari luar.”Buka pintu ini!Lekas!!!”

“Hamba perlu bersembunyi,”Bujang merayu,matanya meliar.

“Ikut pintu belakang,”beritahu Kartini.Bujang berlari ke pintu belakang dan membukanya.

“Sudah terlambat,”balas Bujang.”Mereka turut mengepung dari belakang.”

Kartini,abangnya dan kakak iparnya mula cemas.

Bujang ternampak sebuah kawah besi yang masih berisi air panas.Kawah itu muat untuk seorang duduk di dalamnya jika berbaring mengerekot.

“Tutup kawah ini selepas hamba masuk,”pinta Bujang sambil membaca bismillah.

“Tapi…,”Kartini cuba membantah. Belum sempat Kartini berbuat apa-apa,Bujang sudah masuk ke dalam kawah besar berisi air panas yang masih menggelegak. Kartini hanya tergamam manakala Adi dan Milah cepat-cepat menutup kawah itu dengan sebuah talam besar.

Adi segera membuka pintu hadapan. Beberapa orang mata-mata yang diketuai Sarsan Lorenzo menyerbu masuk. Dari pintu belakang,lebih ramai mata-mata menyerbu dengan senjata lengkap.Kartini ternampak kampit Bujang,segera ditolak ke bawah para.

“Mana lelaki tadi?”tanya Sarsan Lorenzo dengan kasar.

“Lelaki mana?”Kartini pura-pura tidak tahu.Abang dan kakak iparnya goyang bahu.

“Lelaki Melayu yang berpakaian macam pendekar tadi,”jelas Sarsan Lorenzo.

“Tak ada siapa pun yang masuk kemari,”Adi menerangkan pada mata-mata itu.

“Betul,Tuan Sarsan,”sokong Milah pula.,”Hanya kami bertiga sahaja.”

Sarsan Lorenzo memerhati mereka bertiga,hatinya masih ragu-ragu samaada mahu percaya atau tidak kata-kata mereka itu.Akhirnya dia hilang sabar.

“Awak semua,gelidah tempat ini!”perintahnya kepada anak buahnya.Mereka mula meng-gelidah setiap tempat di dalam warong itu yang boleh dijadikan tempat bersembunyi.

Sarsan Lorenzo  ternampak kawan besar itu.”Ada apa dalam kawah ini?”

“Air panas,tuan,”Adi menjawab.”Kami rendam ayam dalam kawah ini.”

“Kenapa mesti rendam ayam?”tanya Sarsan Lorenzo yang jahil itu.

“Ayam yang dah disembelih mesti direndam dalam air panas,”Kartini pula menjelaskan.”Bila dah direndam,mudahlah kita cabut bulunya.”

“Angkat talam itu,”tiba-tiba Sarsan Lorenzo memerintah salah seorang mata-mata di situ sambil mengacu pistolnya.

“Tapi,tuan….!”Sekali lagi Kartini cuba membantah,wajahnya cemas.”Takkan orang boleh masuk ke dalam air panas tu.”

“Siapa tahu,pendekar Melayu biasanya banyak ilmu,”Sarsan Lorenzo berkeras juga.

Sebaik sahaja talam itu dibuka,Sarsan Lorenzo terus menenang pistolnya ke dalam kawah itu,siap-sedia hendak melepaskan tembakan.Adi dan Milah menggigit jari,manakala jeritan Kartini pula hilang dalam kerongkongnya sendiri.

“Kosong,hanya air panas,”Sarsan Lorenzo menurunkan pistolnya,suaranya mengandungi kehampaan.

“Kosong?”Kartini segera menghampiri kawah itu lalu menjenguk ke dalam.Yang kelihatan hanyalah air panas yang masih mengeluarkan wap.Bujang ghaib entah ke mana.

“Pendekar itu tak ada,Sarsan,”seorang mata-mata tampil membuat laporan.

“Sahaya tahu,”marahnya pada mata-mata itu.”Mari,kita cari kat luar!”

Kartini menarik nafas kelegaan apabila semua mata-mata itu bergegas keluar dari warong.

Tanpa disuruh.Adi dan Milah terus menutup kedua-dua pintu warong itu dan menguncinya dari dalam.Di luar,suara riuh-rendah dan hingar-bingar masih berterusan.Kartini terperanjat besar,dan nyaris-nyaris menjerit,bila melihat Bujang keluar dari kawah panas itu dalam keadaan basah-kuyup.Abang dan kakak iparnya turut terkejut.

“Waduh,kulo ini manusia atau dewata?”Adi sempat bertanya penuh kagum.

Bujang tidak menjawab,sebaliknya bergegas ke jendela dan mengintai ke luar.

“Mereka sudah pergi,”beritahu Kartini sambil mendekati Bujang.”Tapi keadaan belum cukup selamat.Tunggulah malam nanti.”

“Tuan berihatlah dulu,”pelawa Adi pula.”Biar sahaya pergi tengok-tengok.Kalau semua sudah beres,sahaya akan balik beritahu tuan.”

Bujang hanya mengangguk.Adi membuka pintu dan terus keluar,Milah lekas mengunci pintu itu dari dalam.Bujang ternampak kampitnya tersorok di bawah para.Dia pun pergi hendak mengambil kampit itu.Tiba-tiba kakinya terpijak kesan-kesan air panas tertumpah di tepi kawah.”Panasnya,”Bujang terlompat.”Capal hamba hilang ketika lari tadi.”

“Panas?”Kartini kehairanan.”Tadi tuan masuk ke dalam kawah,tak panas pun.”

“Tadi waktu darurat,”jawab Bujang ringkas sambil mencapai kampitnya.

“Tuan pergilah tukar pakaian yang basah itu,”pelawa Milah pula.”Kalau nak sembahyang, gunalah bilik suami sahaya.”

“Tak payahlah panggil hamba tuan,”Bujang menegur.”Nama hamba Bujang.Hamba bergelar Panglima Agung.”

“Panglima Agung?”Kartini nyaris-nyaris menjerit kesukaan.”Panglimalah yang kami tunggu-tunggu selama ini. Kami ada menerima khabar mengatakan….”

“Kartini,biarlah Panglima berihat dulu,”Milah cepat-cepat mencelah.”Panglima tentu penat.”

“Terima kasih,”ucap Bujang sambil menuju ke bilik air untuk menukar pakaiannya.

Malam itu,Kartini semakin gelisah.Abangnya belum lagi balik-balik sejak tengah hari tadi. Kakak iparnya pula sudah balik ke rumah mereka tidak jauh dari situ.Tinggal dia berdua-duaan bersama panglima dari Kedah itu.Lilin sudah dinyalakan.Air dalam kawah sudah lama sejuk.Sekejap dia duduk menunggu di atas sebuah bangku,sekejap pula dia mundar-mandir dalam warong itu tanpa tujuan.Perasaannya bercampur-aduk antara gembira dan takut. Dia gembira kerana lelaki idamannya yang dicari-cari selama ini sudah menjelma dalam hidup-nya.Diam-diam dia mengakui hatinya memang tertawan pada ketampanan dan sifat-sifat kejantanan Bujang.Tambahan pula,umur mereka lebih-kurang sama.Tetapi,dia takut kalau-kalau cintanya ditolak.Dia tidak peduli jika Bujang sudah beristeri.Pokoknya,dia rela bermadu asalkan cita-citanya tercapai.

Bujang keluar dari bilik,siap berpakaian seperti pemuda kampung,sambil menggalas kampit barunya.Kartini tersenyum simpul melihat kedatangan kekasihnya itu.

“Mana pakaian hamba yang basah tadi?”tanya Bujang sambil menyimpan kedua-dua   bilah kerisnya ke dalam kampit.

“Kakak hamba bawa pulang ke rumah kami untuk dibasuh,”Kartini mencuri-curi melihat Bujang.”Rumah kami di Pantai Kundur,tak jauh dari sini.”

“Abang cik puan belum kembali?’Bujang memandang ke arah pintu.

“Belum,”sambut Kartini.”Janganlah panggil hamba cik puan.Hamba sebatang karah,tidak ada suami.Kami sudah lama bercerai.Sudah tiga tahun.”Kartini melerek penuh makna.”Tinggallah di rumah kami buat semalam-dua sehingga keadaan sudah selamat.”

“Hamba tidak boleh berlama di Melaka,”Bujang menolak pelawaan itu.”Pekerjaan hamba belum selesai.Hamba diminta mengambil kunci khazanah dari kumpulan Awang Kerambit.”

“Kunci khazanah?”Kartini berpura-pura terkejut.

“Kunci perbendaharaan Angkatan Fisabillah,”Bujang menerangkan.”Sebagai ketua,hamba diamanah menyimpannya.Namun,buat masa ini,kunci itu ada pada ketua kumpulan Awang Kerambit.”

“Panglima kenal siapa ketuanya?”tanya Kartini.

“Belum,”Bujang duduk di atas bangku di sebelah Kartini.

“Hamba sendiri tidak kenal,”Kartini pura-pura menafikan.”Tapi kumpulannya kerap merompak kapal dagang yang belayar di sekitar Singapura dan Selat Teberau. Carilah mereka di sana.”

“Memang itu tujuan hamba,”tegas Bujang.”Dengan adanya kunci itu,bolehlah hamba mengatur rancangan memerangi Kompeni Belanda.”

“Kunci itu tidak ada pada mereka,”akhirnya Kartini berterus-terang.”Hamba yang disuruh menyimpannya oleh Awang Kerambit dan diminta diserahkan pada Panglima.”

Ketika Bujang masih terpinga-pinga memandang Kartini,Kartini terus menyelak rambutnya yang panjang terhurai itu,mendedahkan leher yang jenjang dan putih melepak.Seutas kalung emas yang tergantung pada leher itu dikeluarkan,diberikan pada Bujang.

Jari mereka bersentuhan,mata bertentang mata.Tersirap darah muda Bujang,sudah beberapa hari dia tidak menjamah kehangatan tubuh isterinya Tunku Balqis.Hati Kartini berdebar-debar kencang,keinginannya memuncak setelah tiga tahun hidup menjanda.

Bujang segera menerima kalung emas itu untuk menyembunyikan perasaanya.

“Hamba hanya perlukan kuncinya,”ujar Bujang perlahan setelah membuka kalung itu dan mengambil kunci tersebut.Kalung emas itu diserahkan kembali kepada Kartini.Kali ini dipastikan

tangan mereka tidak bersentuh lagi.Kunci itu disimpan di dalam saku tali pinggang kulit yang terdapat dalam kampitnya.Kartini hanya tunduk,mukanya merah padam menahan perasaan yang bergelora.

Bujang bangun menuju ke jendela.Jendela itu dikuak sedikit.Dijenguknya keluar,memerhati suasana pasar yang masih dikunjungi ramai walaupun hari sudah malam.Lampu dan pelita dipasang di merata tempat untuk menerangi kawasan itu.Hidungnya tercium bau makanan dari gerai-gerai di situ.Perutnya terasa berkeroncong.

“Panglima lapar?”tanya Kartini seolah-olah dapat membaca isi hati Bujang.Tanpa menunggu jawapan,dia lantas bangun mengambil dompet wangnya yang terletak di atas para.”Biar hamba padamkan lampu dan kunci warong ini,lepas itu kita pergi makan.”

Bujang mengikut sahaja kehendak Kartini tanpa membantah atau menolak.

“Sejak bila Kartini turut-serta dalam perjuangan ini?”tanya Bujang pada Kartini ketika mereka makan di sebuah gerai di pinggir laut.

“Sejak hamba bercerai dengan suami hamba di Tanah Jawa,”jelas Kartini tanpa berselindung lagi.”Hamba berpindah ke Melaka mengikut abang hamba Dahari.Di sini,tugas hamba ialah mencari maklumat tentang kegiatan Belanda untuk disampaikan kepada Awang Kerambit.”

“Jadi,Kartini memang kenal siapa Awang Kerambit,”Bujang meneka.

“Tidak,hamba tak kenal,”Kartini menafikan.”Segala maklumat disampaikan melalui orang tengah.Mereka sering bertukar orang supaya tidak dapat dikesan.Kami menggunakan tanda-tanda tertentu supaya mudah dikenali.Tempat perjumpaan kami ialah di hadapan bangunan stadhuys.”

“Bangunan apa?”tanya Bujang kehairanan kerana itulah kali pertama mendengarnya.

“Bangunan bercat putih berhampiran dengan kota,”Kartini menjelaskan.”Di situlah Gabenor Melaka menjadikan rumahnya dan juga pejabatnya.Dikawal rapi siang dan malam.Tuan Mandulika juga tinggal di sana.”

Bujang diam,segala maklumat itu disimpan dalam hatinya.

“Sayang sekali,selepas ini hamba terpaksa keluar dari angkatan kita,”kata Kartini.

“Kenpa pula begitu?”Bujang terkejut.”Kartini hendak ke mana?”

“Menjadi seorang isteri dan suri rumah,”Kartini memasukkan jarumnya.”Sudah lama sangat hamba hidup menjanda.Teringin juga bersuami lagi.”

“Sudah ada calonnya?”Bujang cuba mencungkil rahsia.

“Sudah,”balas Kartini,melerek pada Bujang.

“Orang jauh atau orang dekat?”tanya Bujang lagi,lerekan Kartini tidak dilihatnya.

“Nak dikatakan jauh orangnya dekat,nak dikatakan dekat orangnya jauh,”Kartini menjawab penuh teka-teki sambil memerhati Bujang dari ekor matanya.”Orang ini baru sahaja hamba kenali tetapi entah kenapa hati hamba sudah tertarik padanya.Kalau ada jodoh,hamba sedia menerimanya sebagai suami hamba yang sah.”

“Perkahwinan memerlukan percintaan,”Bujang menegaskan.”Tiada ertinya berkahwin kalau tiada rasa cinta dan kasih-sayang.”

“Apakah Panglima bercinta sebelum berkahwin?”Kartini pula cuba mencungkil rahsia.

Bujang tertawa kecil.”Hamba pun sebenarnya berkahwin seperti bidan terjun,”Bujang mendedahkan.”Maklumlah,waktu itu kami sedang berperang.Hamba berkahwin dengan tiga orang serentak.”

“Tiga orang?”Kartini tersedak.”Waduh,hebatnya!”

“Ini bukan perihal hebat,”Bujang membela diri.”Untuk menyelamatkan diri dari perbuatan zina,itulah jalan yang terbaik di saat itu.”

“Ya,”Kartini bersetuju.”Jalan yang terbaik untuk kita salurkan nafsu kita secara halal.”

“Carilah lelaki yang sesuai,”Bujang menolak dengan lembut.”Di Melaka ini tentu ramai lagi lelaki seperti hamba,apa lagi yang masih teruna.”

“Jadi,Panglima merasa seperti hamba merasa?”Kartini terasa malu pada diri sendiri.

“Kita manusia biasa,ada nafsu dan perasaan,”Bujang mengulas.”Tapi ingatlah,ikut hati mati,ikut nafsu lesu,ikut rasa binasa.”

“Panglima hendak bermalam di mana?”tanya Kartini setelah diam sejenak.

“Kalau boleh,hamba ingin terus belayar ke Johor malam ini juga,”balas Bujang.

“Hamba kenal seorang juragan di pelabuhan,”Kartini membuka peluang.”Orang memanggil-nya Daeng Gondrong.Dia saudagar rempah yang kerap berulang-alik antara Melaka dengan Tanah Bugis.Kapalnya ‘Macan Laut’ ada berlabuh di sana tetapi hamba tak tahu bila dia akan belayar.”

“Inilah peluang yang ditunggu-tunggu,”ujar Bujang,gembira dengan perubahan nasibnya.

“Panglima tunggu di sini dulu,jangan ke mana-mana,”Kartini berpesan.”Selepas makan,hamba akan pergi bertanya di pengkalan kalau-kalau ada perahu atau sampan yang boleh dipinjam atau disewa.Mana tahu kalau-kalau ada mata-mata yang kenal Panglima.”

“Dengan pakaian seperti ini,masakan hamba dikenali,”kata Bujang.”Lagipun,hamba tidak memakai sebarang senjata.”

“Tidak salah kita berwaspada,’kan?”bidas Kartini.”Inilah sahaja yang mampu hamba bantu. Selepas berpisah,kita tidak mungkin berjumpa lagi.”

“Hamba terhutang budi pada Kartini kerana banyak membantu hamba,”Bujang ucapkan dengan penuh keikhlasan.”Hutang emas boleh dibayar,hutang budi dibawa mati.”

“Kalau roboh kota Melaka,papan di Jawa hamba dirikan,kalau sungguh bagai dikata,badan dan nyawa hamba serahkan,”Kartini menjawab penuh erti.”Kalau Panglima sudah belayar nanti, ingatlah di sini bahawa hamba sentiasa menanti dan mengharap.”

– “Menanti dan mengharap…menanti dan mengharap…menanti dan mengharap…..!”-

Kata-kata Kartini itu masih bermain dalam fikiran Bujang ketika dia terbaring cuba melelap-kan mata malam itu di atas geladak kapal Daeng Gondrong.Dia segera bangun.Beberapa orang anak kapal masih berborak kosong tidak jauh dari situ sambil bermain judi.Oleh kerana dia tidak memahami percakapan mereka,dia tidak berani bergaul dengan mereka.Kapal itu baru sahaja mengangkat sauh dan meninggalkan pelabuhan Kota Melaka.Bujang beredar ke buritan kapal,kampitnya tidak lupa dibawa bersama.Dia memandang ke arah Kota Melaka yang sudah jauh ditinggalkan.Dia pun duduk bersandar pada tiang layar sambil meriba kampitnya,kenangannya pada Kartini masih mengganggu fikirannya.

Daeng Gondrong naik ke geladak dari tempat dia berihat,memandang seketika ke arah Bujang,kemudian menghampiri anak buahnya lalu memberi arahan,”Engkalinga manengi konnye!Iya taue iyya passompe!Iyya misssengngi asalamakena!Naiga pediri,melokka ridenda!”{Dengar sini semua!Orang ini tetamu kita!Aku bertanggungjawab atas keselamatan-nya.Sesiapa yang mengganggunya,akan didenda.}

Melihat anak buahnya mengangguk tanda faham,Daeng Gondrong memberi sebungkus nasi kepada salah seorang dari mereka dan memberi isyarat supaya nasi itu dihantar kepada Bujang. Dia kemudian kembali ke bawah geladak.

Bujang tidak mempedulikan gelagat mereka.Fikirannya masih menerawang.

Purano mandre?”tegur anak kapal yang diperintah tadi lalu menghulurkan nasi bungkus itu kepada Bujang.”Mandre nandre?”

“Hoi,Langasi!”pekik seorang kawannya.”Yaro taue de maccae makbicara Ugi

“Apa katanya?”tanya Bujang,menoleh sedikit memerhati mereka.

“Dia kata Panglima tak pandai bercakap Bugis,”jawab Langasi.”Sila makan,Panglima.”

“Terima kasih,hamba sudah makan,”Bujang menolak.”Dari mana tuan hamba ketahui hamba seorang panglima?”

“Perawan yang menghantar Panglima tadi,”beritahu Langasi.”Aku dengar dia bilang dengan Daeng Gondrong supaya dilayan Panglima Agung baik-baik.Dia cakap Jawa tapi aku faham.”

Bujang mengangguk dan terus termenung.Melihat telatah Bujang,Langasi kembali bersama nasi itu kepada kawan-kawannya.Tersandar pada tiang layar itu,Bujang kembali berzikir dalam

hati untuk menghilangkan ingatannya pada Kartini.Isterinya sudah dua orang,tiga jika termasuk arwah Teratai.Tidak cukupkah lagi?

Daeng Gondrong naik semula ke geladak.Melihat Bujang masih belum berganjak dari tempatnya,dia pun menghampiri Bujang.

“Datuk Panglima belum tidur?”tegurnya ramah.

“Belum lagi,Tuan Juragan,”balas Bujang sambil meletak kampitnya di sisi.”Hamba tidak pernah bergelar Datuk.Panggil saja Panglima.”

“Baik,Panglima,”Daeng Gondrong memegang rambutnya yang panjang ke paras bahu itu dari ditiup angin.”Hamba pun jangan dipanggil Tuan Juragan.Panggil saja Daeng Gondrong karena rambut hamba panjang.”

“Bila kita akan sampai di Johor?”tanya Bujang tidak sabar-sabar lagi.

“Maksud Panglima,Kota Batu Sawar?”Daeng Gondrong mengamati laut gelap di sekitar kapal itu.”Kita sedang hampiri Pulau Kukup.Lepas ini,Tanjung Piai,kita masuk ke Selat Teberau.Hari ini hari Sabtu.Besok pagi 11 Zulkaedah,kita sampai di muara Sungai Johor.”

“Kata orang,di sekitar Selat Teberau ada banyak lanun,”Bujang cuba mengorek rahsia.

“Ya,perampok laut atau lanun,mereka memang gemar mengganas tanpa menghitung sore atau malam,”jawab Daeng Gondrong tanpa menunjukkan rasa takut atau gerun.”Siapa yang cuba melawan,tidak diampun lagi.”

“Daeng tidak gentar pada mereka?”Bujang cuba memancing lagi.

“Tidak,”balas Daeng Gondrong dengan megah.

“Khabarnya ketua lanun itu bernama Awang Kerambit,”tambah Bujang lagi.”Orangnya gagah perkasa lagi handal.Kulitnya kebal,tidak lut dek sebarang senjata.”

Daeng Gondrong menghunus sebilah senjata panjang menyerupai keris tetapi bermata lurus dan tajam.”Kalau Awang Kerambit berani ganggu,hamba akan tetas kepalanya dengan sundang ini,”katanya sombong sambil melibas-libas senjata itu di udara.”Hamba tak nampak pun Panglima membawa senjata.”

Sebagai jawapan,Bujang mengeluarkan keris pendeknya dari dalam kampit dan menunjukkan kepada Daeng Gondrong.

Akatutuko!Hati-hati!”Daeng Gondrong berteriak sebaik sahaja melihat keris pendek itu di tangan Bujang.”Dari mana Panglima dapat keris Nagosatro itu?”

“Nagosatro?”Bujang tidah mengerti.

“Nagosatro keris keramat,digunakan raja-raja Bugis dahulukala,”Daeng Gondrong menerangkan pada Bujang yang masih bingung.”Sudah lama hilang.Sekarang jadi buruan dan rebutan karena siapa yang memiliki Nagosatro,dialah raja Bugis.Betulkah Panglima bukan orang Bugis?”

“Ayah hamba orang Johor,ibu hamba dari Acheh,”Bujang menceritakan asal-usul dirinya secara ringkas.”Hamba anak Bentan tetapi dibesarkan di Kedah.”

“Ramai orang Bentan berasal dari Bugis,”Daeng Gondrong.”Hati-hati jangan sampai keris Nagosatro itu jatuh ke tangan orang yang tidak bertanggung-jawab.Keramatnya terlalu tinggi.”

“Keris tetap keris,hanya manusia yang suka mengkeramatkannya,”sindir Bujang.

Daeng Gondrong menyarungkan kembali sundangnya.”Setiap manusia punya pendapat sendiri,”balasnya.”Kalau Panglima mahu tidur,turunlah ke bawah.Tempat sudah sedia.”

“Di sini sudah memadai,”Bujang juga menyimpan kerisnya.”Kalau lanun datang,hamba boleh nampak.”

Pagi Ahad itu 11 Zulkaedah 1062 Hijrah(3 Okt.1652),Bujang sedang bersembahyang subuh di atas geladak apabila mendengar kumpulan lanun yang ditakuti itu menyerbu ke atas kapal dan menangkap semua anak kapal.Daeng Gondrong yang bercakap besar itu juga turut ditawan tanpa melawan. Bujang mendengar ketua lanun itu memberi perintah supaya semua meniarap di atas geladak.Kampit Bujang juga dirampas.Bujang tidak melawan kerana mahu menumpukan pada sembahyangnya. Selepas memberi salam,baru dia menoleh ke arah mereka.Tujuh orang

semuanya,berpakaian serba hitam dan bertopeng.Mereka baru habis menggeledah mencari barang-barang berharga.Kini mereka menunggu Bujang selesai sembahyang.Ketua mereka memegang keris Bujang yang dua bilah itu.

“Dah habis sembahyang?”sindir ketua lanun itu.”Kamu,mari sini!”

Bujang pura-pura tidak mendengar,sebaliknya meneruskan dengan wiridnya.Sejak bangun dan mengambil wuduk,dia sudah ternampak kelibat lanun-lanun itu menaiki perahu meninjau kapal itu dari jauh.Kedatangan mereka sudah dijangkanya.

“Keras kepala,ya?”Ketua lanun itu bergegas menghampiri Bujang.”Berdoa cepat-cepat sikit!Kami tak ada masa hendak menunggu lama-lama di sini!”

Bujang membaca doa ringkas,kemudian bangun berdepan dengan ketua lanun itu dengan berani.”Kamu semua memang kurang ajar,”suara Bujang lantang di subuh yang sepi itu,didengar oleh lanun-lanun lain.”Sudahlah kerjamu menyamun,merompak,melanun,kamu tak umpamakan langsung orang yang sedang sembahyang!”

“Apa awak cakap?”Ketua lanun itu menghunus senjatanya.”Pedang ini sudah lama tidak minum darah manusia!”

Lanun-lanun lain menyerbu ke hadapan,tinggal seorang menjaga tawanan.

“Siapa di antara kamu yang bernama Awang Kerambit?”Bujang bertanya.

“Aku Jalak,orang kanan Awang Kerambit,”jawab ketua lanun itu.”Apa kau mahu?”

“Hamba ingin menemui Awang Kerambit,”Bujang menyatakan kehendaknya.

“Itu barang mustahil,”Jalak menolak.”Siapa pun tidak dibenarkan bertemu dengan ketua kami.Sebarang urusan,ceritakan pada kami.”

“Hamba membawa pesanan dari Melaka,”Bujang memerhati mereka semua.”Khabarnya kamu akan menyerang kota itu tidak lama lagi.”

“Dari mana kau dapat cerita itu?”tanya Jalak.

“Dari penyuluhmu yang bernama Kartini,”cerita Bujang lagi.

“Lagi apa kata Kartini?”tanya Jalak lagi.

“Kamu merancang hendak melancarkan serangan besar-besaran dari Pulau Upih.”

“Betul tu,”Jalak memandang ke arah kawan-kawannya.”Siapa kau sebenarnya?”

“Nama hamba Bujang,bergelar Panglima Agung,”Bujang memperkenalkan diri.

“Panglima Agung?”Jalak dan rakan-rakannya saling berpandangan.

“Batalkan sahaja rancangan itu,”sambung Bujang.”Angkatan perang Belanda sedang berlabuh di Pulau Besar dan Tanjung Tuan. Hamba sendiri melihatnya.”

“Baiklah,kami percaya cerita itu,”jawab Jalak.”Apa buktinya kau ini Panglima Agung?”

“Keris itu sebagai buktinya,”Bujang menunjuk kepada dua bilah kerisnya yang masih berada di tangan Jalak.”Keris Sempana Riau keris pusaka,Keris Panjang Berayat anugerah raja.”

“Maafkan kami,Panglima,kami tidak tahu,”Jalak lekas-lekas memulangkan keris Bujang.

“Sekarang kamu sudah tahu,”tegas Bujang.”Kembalikan semua barang-barang rampasan dan segeralah beredar dari sini.Sampaikan salam hamba kepada Awang Kerambit.”

Mereka semua patuh pada arahan itu kecuali seorang.Salah seorang lanun yang berbadan gempal tidak berpuas hati dan masih meragui siapa Bujang sebenarnya.Dia jenis manusia yang tidak mudah percaya selagi tidak melihat buktinya.Subuh itu dia bukan sahaja melihat sendiri buktinya,malah dia turut merasainya.Dengan menyerang curi,sangkanya dengan mudah dapat menjatuhkan Bujang.Ketika Bujang membelakanginya dan memerhati rakan-rakan lain memulangkan barang-barang berharga yang telah dirampas,dia menghayun parangnya ke belakang Bujang.

Melihat wajah lanun berkenaan yang bertopeng itu,Bujang sudah menjangka tindakan yang bakal dilakukannya.Bujang tidak suka menunjukkan kehebatannya pada orang,lebih-lebih pada  saudara seagama dalam angkatannya.Namun,dalam keadaan tertentu,orang seperti lanun berbadan gempal itu perlu diajar agar menjadi tauladan pada orang lain.Sekali pandang,dia sudah menduga niat jahat lanun berkenaan.Dia sengaja membelakangi lanun tersebut,kedua-dua kerisnya sudah

disimpan dalam kampit,matanya memerhati lanun-lanun lain memohon maaf  pada Daeng Gondrong dan anak buahnya sambil memulangkan apa-apa yang telah diambil.Tetapi dia memasang telinga.Pendengarannya yang tajam menangkap bunyi senjata tajam membelah udara.Tindakan selanjutnya memeranjatkan semua,termasuk lanun yang cuba menyerang curi itu.

Bujang memutar badannya ke kiri menepis tangan yang memegang parang itu dengan tangan kirinya,tangan kanannya mencekak rambut sambil menghumban ke hadapan. Lanun yang berbadan gempal itu jatuh tersembam seperti nangka busuk,mukanya mencium geladak kapal,parangnya terlepas dari tangan.Dia bangun mengesat mulut dan hidungnya yang berdarah,kemudian lekas-lekas mencapai parangnya yang terjatuh.

“Bulat!”jerkah Jalak,menahan lanun gempal itu.”Kau ni badan saja besar tapi tak berakal! Sedarkah kau dengan siapa kau berhadapan sekarang? Kau tak pernah dengar nama Panglima Agung?”

Lanun yang dipanggil Bulat tidak berani melawan lagi.Dia mengikut kawan-kawan lain turun ke perahu.Jalak yang terakhir berundur ke perahu.

“Kita berjumpa lagi,Panglima Agung,”kata Jalak buat kali terakhir sebelum perahu mereka didayung laju dan lesap dalam kabus subuh.Anak-anak kapal mula bersiap-sedia hendak belayar.Daeng Gondrong mendekati Bujang dengan muka moyok.

“Kami terhutang nyawa pada Panglima,”katanya kesal.

“Berapa ramai lanun yang kau tetas dengan sundang itu?”sindir Bujang sambil tersenyum tawar,”Lain kali jangan bercakap besar.Tuhan murka.”

“Kami faham,Panglima.Beritahu kami,kami akan bantu apa saja.”

“Bawa hamba terus ke Batu Sawar,”pinta Bujang.

Di Batu Sawar pagi itu,Lela Wangsa dan Tun Lela Pahlawan menemani Orang Kaya Temenggung bersiar-siar di sekitar pengkalan.Kawasan pasar hiruk-pikuk dengan suara tawar-menawar antara penjual dan pembeli.Selain dari hasil tempatan,pedagang dari luar turut menjual timah,lada hitam,kayu gaharu dan gading gajah dari Pahang,Kampar,Bulang dan Kelang.Dari negeri Cina dijual barang tembikar,kaca,sutera,candu dan the.Pedagang dari benua India pula menjual kain-kain,minyak wangi,batu-batu permata dan permaidani. Dari Siam dan Petani dibawa masuk beras yang bermutu tinggi itu manakala rempah-ratus,manic,labuci serta sarang burung dibawa masuk dari Pulau Percha dan Tanah Bugis. Kapal-kapal dagang berbagai bentuk berlabuh di pengkalan,perahu dan sampan berulang-alik tidak putus-putus membawa penumpang dan barang-barang.Kononnya kesibukan pelabuhan Melaka pun tidak dapat menandingi Batu Sawar. Dakwaan tersebut ada kebenarannya kerana Batu Sawar terletak di kawasan teluk sungai yang terlindung dari tiupan angin rebut serta airnya dalam yang membolehkan semua kapal rapat ke pengkalan.   Suasana bertambah sibuk dengan para pembesar,pendekar dan hulubalang yang menunggu ketibaan Yamtuan Muda Ibrahim dari Pahang.

“Hari ini hari Ahad,Orang Kaya,”Lela Wangsa menjawab bila ditanya Orang Kaya Temenggung.”11 haribulan Zulkaedah.”

“Bersamaan dengan 3 Oktober,kalau diikut tarikh Belanda,”ayahnya Tun Lela Pahlawan menambah pula.”Tahun Hijrah 1062,tahun Masehi 1652.”

“Patutlah Batu Sawar terlalu sibuk pagi ini,”rungut Orang Kaya Temenggung.”Rupanya hendak menyambut kedatangan Raja Muda Johor.”

“Bukan itu yang hamba maksudkan,Orang Kaya,”celah Lela Wangsa.”Bukankah hari ini hari terakhir tempoh yang diberikan?Tak dapat tidak,Yamtuan Muda Ibrahim mahukan jawapan pada hari ini juga.”

“Jawapannya tetap tidak,”Orang Kaya Temenggung memutuskan.”Anakku yang menolak pinangan itu. Katanya,mana mungkin seorang perempuan yang sudah bersuami dipinang orang lain,biarpun orang itu Raja Muda Johor.”

“Sudah sepuluh tahun,Orang Kaya,”sampuk Tun Lela Pahlawan pula.”Entah-entah suaminya memang terbunuh di Kedah ketika berperang dengan Belanda dulu.”

“Kalau betul dia mati,di mana kuburnya?”Orang Kaya Temenggung tetap mempertahankan kepercayaannya.”Aku percaya dan yakin Bujang masih hidup.”

“Benar,Ayah,”satu suara mencelah dari belakang mereka.”Bujang masih hidup.”

Mereka bertiga berpaling ke belakang dengan pantas,masing-masing terperanjat.Tun Lela Pahlawan dan anaknya membuka langkah silat.Tetapi,Orang Kaya Temenggung mengenali suara yang sudah sepuluh tahun tidak didengarinya.

Bujang juga memandang dengan mata yang tidak berkelip-kelip akan lelaki yang telah membesarkannya dan mendidiknya dengan penuh kasih-sayang seperti anak sendiri. Lelaki yang sudah dianggap seperti ayahnya sendiri.Setitis air jernih mengalir dari kelopak matanya.

“Bujang..!”

“Ayah…!”

Dua beranak itu berpelukan di tengah kesibukan Batu Sawar,disaksikan oleh Lela Wangsa dan ayahnya dengan terharu.Bujang membiarkan sahaja dirinya dipeluk mertuanya.

“Kau sudah dewasa sekarang,”puji Orang Kaya Temenggung sambil tersenyum dan mengesat air matanya.”Doa ayah dimakbulkan Allah.Kau terselamat dari angkara musuh.”

“Sebelum ajal berpantang maut,ayah,”Bujang mengulangi kata-kata yang sering dituturkan itu,kemudian menjeling pada Tun Lela Pahlawan dan Lela Wangsa.

“Oh ya,ini Tun Lela Pahlawan dan anaknya Lela Wangsa,”Orang Kaya Temenggung memperkenalkan.”Mereka pernah ke Betawi membawa surat Duli Yang Dipertuan untuk Gabenor-Jeneral Belanda Tuan Cornelis Van de Lijn.”

Bujang bersalaman dengan pembesar berdua itu.

“Tun Lela,Lela Wangsa,inilah menantuku Tengku Alang Iskandar,timang-timangan Bujang yang bergelar Panglima Agung itu,”sambung Orang Kaya Temenggung dengan bangga.

“Kami tahu,”Tun Lela Pahlawan dan anaknya menguntum senyum.

“Kuntum ke mana,ayah?”Bujang tidak bertangguh lagi.

“Kuntum?”Orang Kaya Temenggung terkejut,kemudian tersenyum.”Ke mana lagi,kalau bukan di rumah. Rumah baru kita di Kampung Panchor tidak jauh dari sini.Tak berapa jauh. Boleh berjalan kaki ikut tepi sungai.Bujang!Bujang?”

“Dia sudah pergi,Orang Kaya,”beritahu Lela Wangsa.

“Cepatnya..,belum habis kita bercakap…,”rungut Orang Kaya Temenggung.

“Orang mudalah,katakan,”Tun Lela Pahlawan berkias.Mereka sama-sama ketawa.

Terpisah dari segala hingar-bingar Kota Batu Sawar,Bujang menarik nafas lega. Dia berjalan pantas  mengikut denai menyusuri tebing sungai,dalam fikirannya cuba dibayangkan rupa Kuntum sekarang. Sepuluh tahun telah berlalu,usia Kuntum sudah 23 tahun,sebaya dengan Tunku Balqis.Tentu parasnya lebih cantik dari sekarang.Tidak dapat digambarkan betapa kecantikannya.Cuma yang tidak lekang dari ingatan ialah tahi lalat di sudut bibir dan sepasang lesung pipit bila Kuntum tersenyum.Dia teringat malam terakhir bersama Kuntum dulu,dia tidak sempat menunaikan tanggung-jawabnya sebagai seorang suami.Kali ini tanggung-jawab itu akan ditumpahkan sepenuhnya,seperti yang dilakukan pada  Teratai danTunku Balqis.

Ketika di atas kapal tadi,dia telah bertanya pada Daeng Gondrong tentang kedudukan Batu Sawar secara kasar.Berdasarkan kepada pengetahuan itu,mudahlah baginya untuk mencari Kampung Panchor yang disebut mertuanya tadi.Dia mengikut arah hilir seperti yang dipesan.

Pokok-pokok buah-buahan dan pohon-pohon kayu yang rendang memayungi perjalanannya di sepanjang tebing sungai itu. Denai dan lorongnya jelas kelihatan kerana sering digunakan. Jauh di seberang sungai,kabus masih berbalam-balam menutupi hutan rimba.

“Di mana rumah Datuk Temenggung?”Bujang bertanya pada seorang lelaki tua yang ber-tembung dengan di tengah jalan.

“Rumah Orang Kaya di sebalik dusun buah-buahan,”ujar lelaki itu terpinga-pinga kerana belum pernah melihat Bujang.”Ikut sini pun boleh.Tapi,kalau nak cepat,ada jalan pintas dekat dusun. Di sana tu.”

Bujang mengikut jalan pintas yang ditunjukkan sambil menggalas kampitnya.Jalan pintas itu melalui kawasan belukar dan hutan nipah yang luas serta agak semak sikit. Oleh kerana terlalu gopoh-gapah,dia nyaris-nyaris tersungkur bila capalnya tersangkut pada akar kayu. Dia tunduk memeriksa akar itu.Dengan tidak semena-mena kedengaran suara orang ketawa beramai-ramai seolah menyindirnya. Panas juga hatinya kerana ditertawakan begitu. Setelah diamati betul-betul,suara ketawa itu datangnya dari arah sungai melalui hutan nipah.

Dia terhendap-hendap masuk ke dalam hutan nipah itu.Dengan berhati-hati dia memijak pelepah tunggul dan pelepah yang tumbang,mengikut arah suara itu. Akhirnya dia berjaya bersembunyi di sebalik semak-samun. Di atas tebing sungai di hadapannya,dua orang sedang berbual sambil memegang sangkar burung.

“Habis,apa rancangan kau seterusnya,Tambak?”tanya lelaki yang kurus-tinggi.

“Rancangannya sudah kuberitahu pada Yamtuan Muda,”lelaki bernama Tambak yang berbadan tegap itu menjawab.”Nampaknya dia bersetuju.Kita juga mendapat sokongan Seri Bija Di raja,Paduka Seri Maharaja dan Laksamana. Hanya Bendahara Sekudai dan Temenggung yang masih menyokong Duli Yang Dipertuan.”

“Kalau begitu,susahlah sikit,Tambak,”lelaki kurus-tinggi mengeluh.

“Bendahara Sekudai bukan senang dipujuk,Galak,”jelas Tambak.”Lagipun,dia itu putera Duli Yang Dipertuan dengan Mayang Selida yang banyak ilmu itu.”

“Putera-putera baginda yang lain tak perlu kita risaukan,”Galak pula menjelaskan.”Mereka tak ada di Johor.Tok Engku Kelang berada di Kelang,Menteri Akhir Zaman membuka Jelebu dan Johan Pahlawan Lela Perkasa menetap di Johol yang diterokainya.”

“Yamtuan Muda merasakan inilah masa yang sesuai untuk merampas kuasa,”sambung Tambak pula.”Dia tetap mahukan tahta kerajaan Johor jatuh ke tangannya,biarpun terpaksa menumnpahkan darah dan mengorbankan nyawa.”

“Memang patut sangat pun,”tambah Galak.”Duli Yang Dipertuan dah berjanji akan turun tahta bila Yamtuan Muda dah dewasa tapi baginda mungkir janji.Baginda mahu kekal sebagai raja Johor.Tentulah Yamtuan Muda murka. Sampai bila nak memerintah Pahang Inderapura?”

“Aku dengar Duli Yang Dipertuan masih sangsi dengan kesahihan Yamtuan Muda sebagai waris kesultanan Johor,”Tambak bercerita lagi.”Putera tunggal Almarhum Pulau Tambelan tidaklah setua itu,kata baginda.Paling tua pun 28 tahun.Tapi Yamtuan Muda dah berusia awal 30an.”

“Hanya Temenggung yang mengetahui cerita sebenar kerana dialah yang melarikan putera tunggal almarhum,”tegas Galak.”Temenggung perlu dibunuh dengan apa cara sekali pun supaya rahsia ini tidak bocor kepada rakyat.”

“Tentang itu kau tak perlu bimbang,”Tambak memberi jaminan.”Dua hari yang lalu,aku telah berjumpa dengan Tok Batin Orang Laut di Singapura.Tok Batin berjanji akan mencari orang yang handal bermain ilmu hitam,ilmu santau dan macam-macam lagi.”

“Bagimana dengan Tuan Johanes di Melaka?”tanya Galak.

“Tuan Johanes Van Twist memberi sokongan penuh pada Yamtuan Muda…!”

“Eh,Galak!Ada orang mengintai kita!”jerit Tambak.

Bujang terperanjat.Dia segera tunduk menyembunyikan diri,tangannya meraba kerambit yang terselit di pinggangnya.Dia bersedia menghadapi sebarang kemungkinan.

“Dia tentu sudah lari,”kata Tambak.”Tadi aku nampak dia di sini.”

“Kau cam siapa orangnya,Tambak?”tanya Galak.

“Manalah aku cam,”sahut Tambak.”Dia memakai topeng.Tapi aku nampak dia membawa kerambit.”

“Kerambit?”Galak terkejut.”Jangan-jangan dialah Awang Kerambit ketua lanun yang sangat-sangat ditakuti itu.”

“Kalau betul dia Awang Kerambit,kita dalam bahaya,Galak. Dia juga mesti dibunuh!”

“Kau ni bercakap senang saja,”bidas Galak.”Mula-mula nak bunuh Temenggung. Sekarang nak bunuh Awang Kerambit pula.Temenggung tu pernah jadi guru silat sendeng. Awang Kerambit pula,tak ada siapa boleh menandingi kehandalannya bermain kerambit.”

“Kita mesti beritahu Yamtuan Muda,Galak.Mari!”

Suara perbualan tidak kedengaran lagi Setelah mengintai dan memastikan mereka telah pergi,Bujang pun bangun dan keluar dari tempat persembunyiannya. Dia keluar semula dari hutan nipah itu.Dua perkara yang baru diketahuinya. Pertama,terdapat pakatan sulit hendak menggulingkan sultan dan melantik Yamtuan Muda sebagai sultan baru.Kedua,Awang Kerambit,ketua lanun dan juga penyokong Angkatan Fisabillah berada di sekitar Kampung Panchor atau Batu Sawar.Nyawanya dalam bahaya.Dia mesti dicari dengan segera.

Mencari rumah mertuanya tidaklah susah.Rumah itu tersergam indah seperti rumah Perkasa di Kuala Kedah.Tiba di halaman,dia ternampak seorang perempuan berusia 40an sedang menjemur pakaian di ampaian dengan hanya berkain kemban. Emak mertuanya masih cantik seperti dahulu,meskipun badannya agak berisi. Bertuah bapa mertuanya kerana mendapat isteri seperti itu yang melayani kehendaknya.

Mak Siti yang asyik menyidai pakaian tiba-tiba perasan ada orang memerhatinya dari belakang.Hatinya berdebar-debar.Segera dia menoleh ke belakang.Debaran hatinya bertambah kencang bila terpandang seorang pemuda tampan dengan misai tebal tersenyum-senyum padanya.Pemuda itu hanya berpakaian seperti orang kampung,tidak membawa senjata dan menggalas sebuah kampit kulit.Renungan mata pemuda itu tajam.Mak Siti tertarik dengan sinar kejantanan yang memancar dari wajah pemuda itu.

“Nak cari siapa,orang muda?”tanya Mak Siti turut menguntum senyum.

Bujang agak terperanjat apabila emak mertuanya tidak mengenalinya lagi.

“Hai,Mak,dah lupakan Bujang?”Bujang menegur,senyumannya masih bermain di bibir.

“Bujang?”Mak Siti terperanjat besar.”Anak bertuah!Kau dah dewasa rupanya,Bujang.”

Bujang meluru mencium tangan emak mertuanya.

Darah Mak Siti tersirap.Segera dia teringat peristiwa sepuluh tahun yang lalu. Dia dengan menantunya,dengan tidak sengaja,telah bersanggama hingga puas sepuas-puasnya. Dia mengucap panjang sambil membelai rambut menantunya itu. Kalau dia yang sudah berumur ini terasa terangsang melihat Bujang,betapa pula perempuan lain,terutama sekali anaknya.

“Kuntum di mana,Mak?”tanya Bujang sambil tersenyum.

“Kuntum?Oh ya,dia ada di taman agaknya,”balas Mak Siti.”Namanya Chendana,bukan Kuntum lagi.Kalau tidak pun,ada di dusun. Situ ada pondok tempat berihat.”

“Pondok?”Bujang tersenyum sendirian,kampitnya disangkut pada tiang rumah.

“Kau bernasib baik,Bujang,”Mak Siti turut tersenyum kerana memahami maksud senyuman Bujang itu.”Biasanya dia menemani Permaisuri Mayang Selida ke Sekudai.”

“Kawasan Bendahara Sekudai?”tanya Bujang,hatinya berminat.

“Raja Bendahara yang membuka perkampungan itu berhampiran Selat Teberau,diberi nama Sekudai,”jelas Mak Siti.”Sebab itulah Raja Bendahara digelar Bendahara Sekudai.”

“Bujang pergi dulu,Mak,”Bujang minta diri,tidak sabar lagi hendak melihat Chendana.

“Kau nak ke mana pula?”Mak Siti hairan.

“Bersiar-siar di dusun kalau-kalau ada buah yang boleh dimakan,”balas Bujang.

Mak Siti senyum lagi.”Hati-hati sikit,Bujang.Dia tu latah,pandai bersilat.”

Chendana tergesa-gesa turun dari pondok di tengah dusun itu. Di hadapan tangga,dia memeriksa baju kurung dan kain kebayanya.Setelah berpuas hati,dia membetulkan pula sanggulnya dan anak rambutnya. Semuanya seperti biasa,tidak ada yang mengesyaki apa-apa. Dia tunduk untuk memakai terrompahnya. Dari celah daun pandan,sepasang mata merenung penuh minat pada pinggang yang ramping dan punggung yang bulat serta padat berisi itu. Tiba-tiba Chendana merasa bulu tengkuknya meremang bagaikan sedang diperhati orang. Degupan jantungnya berdenyut kencang. Dia segera berpaling,tangannya meraba cucuk sanggul dan

bersedia menghadapi apa sahaja. Dia tergamam demi terpandang seorang lelaki berpakaian seperti orang kampung.Lelaki itu masih muda,berkumis,janggut dan jambangnya sudah beberapa hari tidak dicukur.Debaran hatinya bertambah kencang,degupan jantungnya kian pantas.Cara lelaki itu merenungnya membuatkan dia merasa seperti ditelanjangi. Lelaki itu tersenyum simpul seolah-olah mengenalinya.

Bujang tidak menduga Chendana secantik itu.Dengan rambut panjang yang dijadikan sanggul lintang,kulit kuning langsat,bibir merah bak delima,hidung mancung,dada bidang dan pinggang ramping,Chendana menepati ciri-ciri wanita idamannya.Tahi lalat di hujung bibir menambahkan lagi keayuan gadis berusia 23 tahun itu.

“Tuan hamba cari siapa?”Chendana tunduk,wajahnya merah padam,tidak tahan lagi bertentang mata dengan lelaki yang baru ditemui itu.

Bujang tersenyum lagi.”Hamba mencari Kuntum anak Pak Guru Jalil.”

“Kuntum?”Chendana terperanjat besar.”Sudah sepuluh tahun nama itu tidak disebut orang.”

“Benar,”Bujang mara selangkah keluar dari rimbunan pohon pandan.”Sekarang,namanya dikenali sebagai Chendana.”

“Abang?”sekali lagi Chendana terperanjat.”Abang Bujang?”

“Benar,Chendana,”Bujang mendepa tangannya.”Abanglah suami Chendana.”

“Abang!”Chendana terus meluru memeluk suaminya erat-erat sambil menitiskan air mata gembira. Bujang turut memeluk isterinya,tangannya menggosok belakang dengan mesra. Agak lama juga mereka seperti tidak dapat dipisahkan.Tiada kata-kata yang terluah dari bibir masing-masing.Kegembiraan itu tidak dapat digambarkan dengan kata-kata.

Akhirnya badan mereka berenggang,masing-masing saling menatap wajah melepas rindu setelah sekian lama berpisah.Bujang menyapu air mata yang berlinang di pipi isterinya. Chendana mengukir senyum,lesung pipit yang menjadi ingatan Bujang terserlah indah,gigi putih tersusun rapi menambah lagi kecantikannya. Bila isterinya mengesat air matanya, Bujang agak terkejut kerana tanpa disedari dia juga turut menangis.

“Ke mana abang menghilang selama ini?”suara Chendana yang serak-serak basah bertanya.

“Abang pergi menuntut ilmu di Gunung Jerai,”jelas Bujang tenang.

Tetapi,bila Bujang cuba membeli anak rambut isterinya,tiba-tiba tangannya ditepis.

“Abang kejam!”segera Chendana menolak suaminya lalu berpaling ke arah lain.

Bujang terkejut melihat perubahan perangai isterinya itu.

“Kenapa ni,Chendana?”dia cuma senyum.”Beginikah caranya seorang isteri menyambut kepulangan suaminya?”

“Suami?”Chendana berpaling menghambur kata-kata pedas,air matanya bercucuran.”Suami jenis apakah ini yang meninggalkan isterinya terkapai-kapai selama sepuluh tahun,tanpa sebarang khabar berita,tanpa nafkah zahir dan batin?Abang pergi tanpa sebarang pesan,tiba-tiba muncul menuntut hak sebagai suami.”

“Maafkan abang,Chendana,”Bujang cuba memegang bahu isterinya tetapi dielak.”Abang terpaksa merahsiakan pemergian abang ke Gunung Jerai.Itulah di antara syarat-syaratnya yang mesti dipatuhi.Chendana takkan mengerti…!”

“Memang Chendana tidak mengerti,”kata Chendana dalam sedu-sedan.”Tetapi,abang juga tidak mengerti perasaan Chendana. Bila orang mengatakan abang mati terbunuh,hancur-luluh rasa di hati bak kaca terhempas ke batu.Chendana membawa diri dengan hati yang luka. Rupanya selama ini,Chendana digantung tidak bertali,disalai tidak berapi.”

Bujang beredar ke pohon rambutan,dahan pohon itu dipautnya.”Abang dilarang meninggal-kan Gunung Jerai selagi ilmu yang dituntut belum tamat.Sebab itulah abang tidak dapat mencari Chendana.”

“Selepas itu,abang ke mana?Mencari Tunku Balqis ‘kan?”Chendana menyelar.

“Tunku Balqis…!”Bujang cuba menerangkan.

“Jangan abang berpura-pura atau menafikannya,”Chendana membelakangi suaminya,suara-nya berbaur geram.”Chendana tahu tentang perkahwinan abang dengan Tunku Balqis.Kapal dari berbagai tempat singgah di Batu Sawar.Gabenor-Jeneral sendiri singgah di sini sebelum pulang ke Betawi.Berita perkahwinan itu tersebar dengan luas.”

“Abang mengaku abang mengawini Balqis,tapi….!”

“Tapi apa?”Chendana menyerang lagi dengan kata-kata pedas.”Memang dasar ayam jantan, di mana ada ayam betina,di situ dia hinggap!”

“Lain macam benar kata-kata Chendana itu,”suara Bujang mula mengeras.

“Memang!”Chendana seperti harimau betina.”Kata-kata itu sudah lama terpendam di hati, hanya menanti saat yang sesuai untuk diluahkan. Sekarang hati ini puas!”

“Apakah Chendana yang berkata-kata?”tanya Bujang.”Atau syaitan jadi dalangnya?”

Chendana mula menangis tersedu-sedu,barangkali menyesal mengeluarkan kata-kata itu.

Bujang membiarkan sahaja isterinya menghamburkan air mata sepuas-puasnya.

Setelah sedu-sedan isterinya agak reda,dia pun berpantun,”Kalau padi katakana padi,jangan abang tertampi-tampi,kalau sudi katakan sudi,jangan abang ternanti-nanti.”

Chendana mengesat air matanya dan menyapu pipinya,pantun suaminya dibalas:

“Apa diharap kelapa seberang,entah berbuah entahkan tidak,”suaranya sayu seperti orang merajuk.”Apa diharap kepada orang,entah kasih entahkan tidak.”

“Chendana….!”Bujang cuba merayu.

“Jangan dirayu Chendana lagi,”balas Chendana lalu bergegas pergi dari situ.

Bujang hanya mampu memandang,kakinya bagaikan terpasung ke bumi.Dia memerhati sahaja sehingga Chendana hilang dari pandangan.

“Kita tidak boleh berdiam diri,”balas Orang Kaya Temenggung dengan suara yang lantang apabila mendengar cerita Bujang tengah hari itu.”Kalau benar katamu,ini bererti nyawa Duli Yang Dipertuan dalam bahaya.”

“Nyawa ayah juga dalam bahaya,”Bujang menegaskan di serambi itu.

“Tentang ayah,tak usah kau risaukan,”sahut mertuanya.”Tahulah ayah menjaga diri.Cuma ayah risaukan putera berempat itu  kerana mereka belum mengetahui rancangan jahat Yamtuan Muda hendak membunuh mereka.”

“Kalau begitu,mereka perlu diberitahu,ayah,”Bujang mencadangkan.”Bujang boleh hantar wakil menyampaikan pesanan kepada Engku Kelang,Menteri Akhir Zaman dan Johan Pahlawan Lela Setia.Perihal Raja Bendahara di Sekudai,Bujang sendiri boleh sampaikan.”

“Banyak juga yang kau ketahui tentang negeri ini,”puji Temenggung,kagum dengan sifat kepekaan menantunya walaupun belum sehari berada di sini.”Tentang Bendahahara Sekudai, nanti ayah minta Tun Lela atau Lela Wangsa menguruskannya. Ayah perlukan kau di sini untuk menangani kemelut yang melanda.”

“Termasuk juga kemelut yang ditimbulkan oleh Awang Kerambit?”tanya Bujang.

“Perkara Awang Kerambit perkara kecil,kau sendiri boleh selesaikan,”balas Temenggung sambil tersenyum.”Perkara Paduka Raja Laksamana Tun Abdul Jamil,Seri Bija Diraja dan Paduka Seri Maharaja tidak boleh dipandang sepi kerana mereka sangat berpengaruh di kalangan istana.”

“Rupanya kehidupan di istana hanyalah indah khabar dari rupa,”keluh Bujang,mengenang kembali pengalamannya di istana Sultan Kedah.

“Sama dengan kehidupan suami-isteri,”Temenggung membuat kiasan.”Sedangkan lidah lagikan tergigit,inikan pula suami dan isteri.Jalan terbaik ialah bertolak-ansur dan muafakat.

Kata orang,muafakat membawa berkat,semua kekeruhan boleh dijernihkan.”

Bujang terasa kiasan itu ditujukan padanya yang baru bertikam lidah dengan Chendana. Masakan pertengkaran sekecil itu diceritakan isterinya kepada ibubapanya.

“Dengar khabarnya kau diserang lanun pagi tadi,”Temenggung mengubah tajuk.

“Kumpulan Awang Kerambit,”balas Bujang selamba.”Mungkin ada yang belum kenal Bujang.Maklumlah Bujang baru saja dilantik menjadi Imam Khalifah.”

“Kau dah dapat kunci khazanah dari mereka?”tanya Temenggung.

“Sudah,ayah,”beritahu Bujang.”Dari seorang serikandi di Melaka.”

“Rampasan perang itu masih berada di Pulau Besar,tersimpan di dalam sebuah peti besi,” Temenggung menghuraikan.”Banyak juga yang dapat kami kumpul,sejak zaman Portugis lagi.Gunakanlah untuk membiayai peperangan menentang penjajah.”

“Bujang rasa Pulau Besar kurang selamat,terlalu hampir dengan Melaka,”Bujang memohon restu mertuanya.”Apa kata kalau kita pindahkan ke tempat lain,ayah?”

“Terpulanglah,asalkan sukar dicari dan lebih selamat,”sokong Temenggung.

“Ada suatu tempat di Tanjung Jaga di kaki Gunung Jerai,”Bujang mendedahkan rahsia itu kepada mertuanya.”Tempat itu bukan boleh dimasuki sebarang orang.”

“Hati-hatilah,Bujang,”Temenggung mengingatkan.”Harta sebanyak itu pasti jadi buruan dan rebutan ramai orang yang tamak haloba,termasuk dalam kumpulan kita sendiri.Orang seperti ini sanggup melakukan apa sahaja asalkan harta itu jatuh ke tangannya.Sebab itulah kami amanahkan kunci itu pada kau,Bujang.”

“Bujang baru terserempak dengan Datuk Panglima Dermang di Pulau Sialu,”Bujang membuka cerita lama mengenai rakan baik mertuanya.

Temenggung tidak terkejut,malah tersenyum-senyum.”Memang dia tidak mati seperti sangkaan ramai.Dia sengaja menukar namanya kepada Panglima Hitam supaya sukar dikesan Belanda.Bercakap pasal Belanda,betulkah kau dikehendaki kerana membunuh seorang pegawai tinggi merela?”

“Awang Kelana tali-barut Belanda,”Bujang menahan geram.”Dia terpaksa Bujang bunuh angkara perbuatan pemangku Raja Bendahara yang  menghasut Sultan Kedah.”

“Belanda akan memburu kau hingga ke lubang cacing,”Temenggung memberi amaran.

“Bujang ada memiliki surat dari Gabenor-Jeneral sendiri,”Bujang memberi alasan.

“Surat seperti itu tidak banyak membantu,”jelas Temenggung.”Gabenor-Jeneral sering bertukar-ganti. Kalau dapat yang baru,kau akan diburu hingga ke hujung dunia.”

“Alang-alang berdakwat biar hitam,ayah,”Bujang meluahkan azamnya.

“Itulah azam yang perlu ditanam dalam angkatan kita,”ulas Temenggung.”Perjuangan suci seperti ini tentu ditentang habis-habisan oleh orang-orang kafir,tak kira apa warna kulit sekali pun.Inilah jihad. Jihad memerlukan pengorbanan yang bukan sedikit.”

Tiba-tiba Mak Siti datang mencelah,”Abang ada nampak Chendana?”

“Kenapa pula dengan dia?”Temenggung bertanya balik.

“Tadi selepas balik dari dusun,wajahnya muram sahaja,”Mak Siti mengkhabarkan.”Lepas makan nasi tadi,dia terus menghilang entah ke mana,pinggan-mangkuk di dapur pun tak sempat dicucinya.”

“Berjumpa kawan-kawannya,barangkali,”Temenggung memberi alasan.”Kalau tak pun,dia ke Sekudai berjumpa Permaisuri Mayang Selida. Bukan Siti tak tahu,lasaknya Chendana mengalahkan lelaki.”

“Kau ada berjumpa dengannya di dusun tadi,Bujang?”Mak Siti cuba mengorek rahsia.

“Kami hanya bercakap-cakap sekejap,”Bujang enggan mengulas lanjut.

“Dia dah jadi isteri kau,kau kena rantai dia,jangan biar terlalu bebas,”Mak Siti sempat menyampaikan khutbahnya sebelum masuk ke dalam semula.

“Bagaimana dengan perhubungan kau orang berdua?”Temenggung pula cuba mencungkil rahsia rumah-tangga anak-menantunya.

“Perhubungan kami dalam keadaan baik,”Bujang menjawab ringkas.

Temenggung merenung wajah menantunya.Dia dapat merasakan ada sesuatu yang tidak kena.Namun,dia tidak ingin mencampuri urusan rumah-tangga mereka.”Kalau kau berdua dah berbaik,ayah bercadang nak buat khenduri meraikan perkahwinan kau.Tujuannya untuk menghebahkan kepada semua orang supaya tiada lagi yang salah faham.Dulu masa kita berperang,tak sempat dibuat khenduri.”

“Mana-mana yang baik bagi ayah,Bujang mengikut sahaja,”Bujang bersetuju.

“Oh ya,baru ayah teringat,”sambung Temenggung.”Malam ini ayah dengan emakmu akan ke istana meraikan kepulangan Yamtuan Muda Ibrahim dari Pahang Inderapura. Ada majlis makan-makan dan tari-menari,mungkin sampai ke pagi besok.Kalau kau masih letih,tak payahlah ikut kami.Berihatlah dulu di rumah,hilangkan penat-penat badan.”

“Baiklah,ayah,”Bujang tersenyum mendengar keculasan bapa mertuanya itu.

Malam itu,Bujang hanya boleh berangan-angan,hajatnya hendak memeluk gunung tidak tercapai. Selepas sembahyang isyak seorang diri di rumah,dia menunggu kepulangan isterinya sambil berwirid dan berzikir.Namun,isterinya tidak balik-balik juga. Nasi dan lauk-pauk yang disediakan emaknya di bawah tudung saji belum disentuh. Akhirnya dia bangun menukar pakaian. Dia menyarungkan pakaian pendekar kegemarannya.Kedua-dua bilah kerisnya disisip di celah tali pinggang kulit yang beralas bengkung merah dengan kerambitnya terselit kukuh di belakang,dia pun memadam pelita,turun ke tanah memakai capal dan terus hilang di dalam gelap.

Hajat Bujang tidak tercapai kerana Chendana mempunyai rancangan yang tersendiri. Di sebuah tapak istana lama yang jauh ke dalam hutan,kumpulan Awang Kerambit sudah lama berkumpul sejak petang tadi. Mereka semua berpakaian serba hitam,termasuk topeng yang melindungi wajah mereka.. Masing-masing membawa senjata tersisip di pinggang. Puas mereka menunggu hingga ke malam,ketua mereka Awang Kerambit tidak juga menjelma.Selepas sembahyang isyak,baru Awang Kerambit muncul entah dari mana.Ketua mereka itu hanya dikenali melalui kerambit yang tersisip di pinggang dan ikat pinggang serta ikat kepala berwarna merah.Wajahnya tidak pernah dikenali,suaranya tidak pernah didengar kecuali orang kanannya Jalak.

Melihat ketuanya sudah datang,Jalak pun bangun bertepuk tangan memanggil semua ahli berkumpul di pekarangan istana yang ditumbuhi semak-samun itu.

“Tamrin,kau jaga di sana,”Jalak memberi arahan.”Kau pula,Gegala,jaga di sebelah sana. Kawal kawasan ini,jangan biarkan sesiapa pun masuk kemari.”

Tamrin dan Gegala segera hilang di dalam gelap menuju ke tempat masing-masing seperti diarah.Keadaan di situ gelap kerana tidak dipasang pelita damar.Namun,mereka yang sudah biasa bergerak dalam gelap tidak menghadapi banyak kesulitan.

“Assalamualaikum,semua,”Jalak memulakan ucapan.Setelah salamnya dijawab,dia meneruskan lagi dengan suara lantang,”Kawan-kawan,hamba bagi pihak Awang Kerambit ingin memaklumkan beberapa perkara penting.Pertama,rancangan kita hendak menyerang Kota Melaka terpaksa ditangguhkan.Ini disebabkan kita menerima laporan bahawa pihak Belanda telah bersiap-sedia dengan armadanya di Pulau Besar dan Cape Rachardo atau Tanjung Tuan. Kedua,kumpulan kita ini terpaksa dibubarkan mulai malam ini. Awang Kerambit telah menerima arahan dari pihak atas supaya kita bergabung dengan Angkatan Fisabilillah dibawah pimpinan Imam Khalifah yang baru iaitu Tengku Laksamana Agung Raja Laut yang hanya ingin dikenali sebagai Panglima Agung. Dan,yang ketiga,oleh kerana kumpulan ini akan dibubar,Awang Kerambit mengumumkan perletakan jawatannya sebagai ketua kita kerana ingin menumpukan kepada pekerjaan lain yang lebih penting. Kawan-kawan bolehlah pilih siapa sahaja di antara kita yang layak mengganti tempat Awang Kerambit.”

“Biar Awang Kerambit sendiri yang memilihnya,”sambut seorang pendekar dari belakang.

Gangguan itu menyebabkan ahli-ahli kumpulan saling berpandangan sesama sendiri. Jalak juga tertinjau-tinjau mencari siapa yang baru bersuara tadi.

“Siapa yang berani menyampuk tadi?”jerkah Jalak.Semua menjadi diam. Sekonyong-konyong tampil seorang pendekar berkeris dua di hadapan Jalak dan Awang Kerambit.

“Siapa kau?”tanya Jalak,cuba mengamati wajah bertopeng hitam itu.”Mahadi?”

“Siapa hamba tidak penting,”pendekar itu bersuara dengan berani.

Jalak dan Awang Kerambit tergamam seketika mendengar suara itu.

“Kau bukan orang sini,”tegas Jalak,meramas hulu kerisnya.”Apa kau dah buat pada Tamrin dan Gegala yang berkawal di sana?”

“Mereka tertidur keletihan,”jawab pendekar itu.”Lebih-lebih lagi setelah mereka dipukul.”

“Kurang ajar!” jerit salah seorang pendekar di situ.Sebelum sempat ditahan oleh Jalak atau Awang Kerambit,mereka beramai-ramai menyerang pendekar yang tidak dikenali itu. Dalam kesamaran malam itu,Jalak melihat satu demi satu orang-orangnya terpelanting bagaikan dilanda putting beliung akibat kelincahan dan ketangkasan pendekar itu. Tidak sempat nafas ditarik,pendekar itu sudah tercegat seorang diri manakala lawannya bergelimpangan di atas rumput liar dan semak-samun,masing-masing mengerang kesakitan akibat menerima habuan dan penangan yang datang seperti kilat. Jalak tidak berani melawan tetapi Awang Kerambit merasa tercabar lalu terus menghunus kerambitnya dan menyerbu ke arah pendekar itu.

“Tunggu dulu,”pendekar itu menahan Awang Kerambit.”Hamba baru bermain-main,orang pula hendak bersungguh-sungguh?Mana Awang Kerambit?”

“Hambalah Awang Kerambit,wahai anjing Belanda,”meletus suara halus yang serak-serak basah dari bibir Awang Kerambit. Semua terkejut mendengar suara halus seperti perempuan itu. Selama ini,mereka menyangka ketua mereka seorang lelaki.

Bujang tidak terkejut kerana suara itu memang sudah dicamnya.

“Kalau hamba anjing Belanda,kamu semua sudah menjadi mayat,”jerit Bujang dengan lantang sambil membuka topengnya.”Hambalah yang bergelar Panglima Agung.”

Tiba-tiba suasana menjadi senyap-sepi di pekarangan istana lama itu. Mereka yang terjatuh akibat pukulan tadi,bangun terjengket-jengket dan terkial-kial menjauhkan diri dari pendekar yang menggelar dirinya Panglima Agung.

“Apa buktinya kau Panglima Agung?”Awang Kerambit minta penjelasan.

“Mengapa sudah terang bersuluh pula?”Bujang bertanya balik sambil memandang tepat ke wajah Awang Kerambit yang masih bertopeng itu.

“Baiklah,”Awang Kerambit mengalah sambil menyarungkan kerambitnya,tidak berani bertentang mata dengan Bujang.”Perjuangan kita seiring dan sejalan. Apa hajat Panglima Agung datang kemari dengan tidak dijemput?”

“Lela Wangsa,boleh hamba berkata sepatah-dua?”tanya Bujang pada Jalak.

Jalak terkejut kerana namanya dipanggil begitu.”Err.ss..silakan,Panglima Agung.”

“Rakan-rakan sekelian,”Bujang memerhati mereka semua.”Ada pakatan rahsia antara Laksamana,Seri Bija Diraja dan Seri Maharaja untuk merampas kuasa dari baginda Sultan dan menabalkan Raja Ibrahim sebagai sultan baru.”

“Panglima di pihak mana?”tiba-tiba Awang Kerambit menyampuk.

“Hamba di pihak yang benar,”tegas Bujang pada mereka.”Amal maaruf nahi mungkar,inilah cogankata baru perjuangan kita.Menegakkan kebenaran dan mencegah kemungkaran.”

Mereka semua terdiam,termasuk Awang Kerambit,terpegun dengan kata-kata bernas itu.

“Sebelum kudis menjadi tokak,pakatan jahat ini perlu dicantas dari akar umbinya,”Bujang meneruskan lagi.”Bendahara Sekudai,Engku Kelang,Menteri Akhir Zaman dan Johan Pahlawan Lela Perkasa perlu dimaklumkan dengan segera.”

“Hamba boleh uruskan dengan kawan-kawan lain,Panglima,”pelawa Jalak.

“Bagus,Lela Wangsa,”balas Bujang.”Lakukan dengan seberapa segera. Selain dari Awang Kerambit yang cantik jelita,ada lagi perempuan dalam kumpulan ini?”

“Hamba memakai topeng,”celah Awang Kerambit tanpa menghiraukan gelak-ketawa dari rakan-rakan lain.”Mana Panglima tahu wajah hamba cantik jelita?”

“Tenung hamba tenung makrifat,”ujar Bujang,menimbulkan gelak-ketawa lagi.

Awang Kerambit tunduk tersipu-sipu dan tidak berani lagi campur mulut.

“Kumpulan ini usah dibubarkan,”Bujang membuat cadangan.”Serapkan sahaja ke dalam angkatan Fisabilillah. Jawatan  dan tanggung-jawab kamu kekal seperti sebelumnya. Cuma

jawatan Awang Kerambit terpaksa hamba lucutkan kerana dia mempunyai tanggung-jawab yang lebih besar.”

“Tanggung-jawab apa?”Awang Kerambit pura-pura bertanya.

“Tanggung-jawab terhadap suaminya yang sekian lama merinduinya,”Bujang memandang tepat ke wajah Awang Kerambit. Awang Kerambit tunduk lagi.

“Kita berjuang bukan hendak mencari harta,”sambung Bujang.”Harta kekayaan hanyalah alat demi mencapai matlamat kita.  Kita tidak dibayar gaji.Setiap saat kita berjudi dengan maut.Kubur kita belum tentu di mana,di darat atau di lautan.Barang siapa ingin menarik diri, tidak ada paksaan.Kembalilah kepada keluargamu,jalani hidup seperti biasa. Cuma pinta hamba rahsia jangan dibocorkan,biar pecah diperut jangan pecah di mulut.”

Bujang diam sejurus memerhati mereka semua,memberi peluang mereka membuat pilihan.

“Bagi yang ingin kekal dalam angkatan ini,jangan sekali-kali belot pada perjuangan kita, jangan mungkiri sumpah dan janji,”Bujang menyambung lagi setelah mendapati tiada yang ingin menarik diri.”Barang siapa yang belot,hukumannya ialah mati.”

Sekali lagi Bujang berdiam diri sejenak supaya semua memahami maksudnya.

“Baiklah,”Bujang mengakhiri khutbahnya.”Bersurai semua.Hamba ingin berjumpa sebentar dengan Awang Kerambit. Awang Kerambit!”

“Awang Kerambit!”Jalak turut memanggil sambil mencari-cari.”Awang Kerambit? Eh,mana pergi Awang Kerambit?”

“Biarlah dia pergi,”balas Bujang sambil tersenyum.”Mungkin dia pemalu orangnya.”

Bujang tiba di rumahnya ketika malam sudah larut.Terpandang pelita damar dan lilin di dapur,dia menyangka tentu ibubapa mertuanya sudah balik dari istana selepas jamuan bersama Yamtuan Muda Ibrahim.Dia pun naik ke atas rumah tanpa mengesyaki apa-apa.

Dia terkejut melihat Chendana sudah berada di dalam bilik tidur yang sengaja dibuka pintunya.Tambah terkejut lagi bila melihat Chendana sedang berdandan di hadapan cermin solek,pakaianya cantik seperti malam pengantin.Chendana baru sahaja lepas mandi kerana anak rambutnya masih basah.Rambutnya yang panjang terhurai itu sudah digulung dan disanggul,menampakkan pangkal leher yang putih melepak.

“Dah lama Chendana balik?”Bujang menanggalkan dastarnya,diletak atas almari.

“Oh abang rupanya,”Chendana pura-pura terkejut,kemudian tersipu-sipu.”Chendana baru balik dari istana. Mak dan Ayah katanya hendak bermalam di sana.”

“Abang pergi mandi dulu,”balas Bujang sambil tersenyum.Dia segera menyalin pakaiannya.

Balik dari mandi dengan hanya berkain pelikat,Bujang terkejut melihat Chendana tidak ada lagi di hadapan meja solek dan bilik tidur itu gelap tanpa lilin.Lalu diambilnya lilin dari dapur dan dinyalakan lilin dalam bilik tidur itu.Dia menoleh ke arah katil dan tersenyum melihat Chendana baring terlentang di atas tilam empuk dengan matanya terpejam. Bujang pura-pura tidak nampak. Dia kembali ke dapur meletakkan semula lilin di situ.Dengan kain basahan yang sudah diperah,rambutnya dilap beberapa kali sehingga tidak basah lagi.

Bila dia kembali ke dalam bilik,Chendana masih lagi berpura-pura tidur.Dia pun menyisir rambutnya,melumurkan sedikit wangi-wangian Arab ke badan,kemudian duduk berjuntai kaki di atas tilam.

“Hmm,sudah tidur kiranya isteriku,”Bujang merungut pada diri sendiri.”Tak mengapalah. Sudah nasib permintaan badan.Tapi,takkan lari gunung yang dikejar.”

“Siapa kata Chendana tidur?”suara Chendana antara kedengaran dengan tidak.”Orang tak tidur,dikatanya tidur.”

“Oh,belum tidur lagi rupanya,”Bujang pura-pura terkejut.

Bujang merebahkan diri di sisi Chendana.Melihat tindakan berani suaminya itu,Chendana lekas-lekas meletakkan bantal dakap memisahkan mereka lalu mengerengkan badannya membelakangi Bujang,dadanya berombak kencang.

“Cepat benar Awang Kerambit balik tadi,tak sempat kita berbual panjang,”Bujang mendedahkan sambil baring terlentang meletak tangan di bawah kepala.

“Mana abang tahu Awang Kerambit itu Chendana?”tanya Chendana  perlahan,badannya masih diam membatu,hanya dadanya turun-naik menahan perasaan.

“Masakan seorang suami tidak mengenali isterinya sendiri,”ujar Bujang.”Lagi pun, kerambit abang asalnya dua bilah.Sebilah abang simpan,sebilah lagi abang hadiahkan pada Chendana.”

“Chendana masih lagi ingat malam itu,”Chendana baring melentang pula tetapi masih segan memandang pada suaminya.”Chendana terlena ketika menunggu abang. Kesal juga rasanya kerana sehingga sekarang Chendana masih perawan.”

“Bukankah sebelum itu kita memadu kasih hingga ke subuh?”Bujang terkejut.

“Abang tersalah sangka,”Chendana menafikan.”Mungkin abang bersama Teratai atau Balqis. Chendana masih lagi suci seperti dahulu.”

“Mungkin juga,”Bujang cuba mengingat kembali peristiwa itu tetapi gagal. Yang masih diingatnya,mereka telah belayar sepanjang malam dan mengecap kepuasan yang tidak terhingga di dalam kegelapan itu.

“Abang,”tanya Chendana perlahan.”Kenapa abang mengawini Kak Teratai?”

“Kerana Teratai seorang janda yang perlukan belaian dan kasih-sayang,”jawab Bujang.

“Tunku Balqis bukan  seorang janda,”Chendana memulangkan paku buah keras.

“Balqis seorang puteri raja,”Bujang menegakkan kebenarannya.”Menolak titah Sultan bererti mendurhaka.Orang yang mendurhaka,hukuman pancung balasannya.”

“Kenapa pula abang mengawini Chendana?”Chendana memasang jerat.

“Waktu itu kita bukan muhrim,Chendana,”Bujang menjelaskan.”Kita tidak ada pertalian darah sedikit pun.Biarpun kita  mengaku adik-beradik,yang haram tetap haram. Jalan yang terbaik bagi kita ialah berkahwin.”

“Jadi,abang mengawini Chendana bukan kerana cinta?”jerat Chendana mengena.

Bujang terdiam seketika mencari modal mematahkan hujah isterinya.

“Cinta,kasih dan sayang letaknya di hati,bukan dilahirkan dengan kata-kata,”katanya berterus terang.”Tinggi atau rendahnya martabat seseorang adalah terletak di hujung lidahnya sendiri.”

“Abang bukan sahaja bijak bermain senjata,tapi bijak juga bermain kata-kata,”Chendana memuji suaminya.”Sekeras-keras kerak nasi,akhirnya lembut juga.”

“Tapi abang ini ayam jantan,di mana ada ayam betina,di situlah abang hinggap,”Bujang memulangkan paku buah keras, mengungkit kembali peristiwa di dusun.

“Abang menyindir Chendana,ya?”Chendana memeluk bantal dakap sambil memerhati suaminya.”Hati yang sedang panas,akan mengatakan apa sahaja. Tapi sekarang,Chendana sudah sedar dan insaf.Lupakan sahaja perkara itu,yang berlalu biarlah berlalu,kita buka lembaran baru.”

“Untuk membuka lembaran baru,bolehkah diubah sempadan negeri?”Bujang memalingkan badan memegang bantal dakap yang memisahkan mereka.

“Silalah ubah sempadan negeri,bercucuk-tanam sesuka hati,”balas Chendana dengan manja, matanya tiba-tiba bersinar galak,sambil menyerahkan bantal dakap itu. Bujang mengambil bantal dakap itu lalu ditolaknya ke tepi.Dia memandang tepat ke wajah isterinya dan mata mereka bertentang dalam debaran jantung yang bergelora hebat.

“Abang…,”suara Chendana perlahan sekali,bagaikan tidak tertahan lagi.

“Kenapa,sayang?”Bujang berbahasa seperti kumbang menyeri bunga.

“Chendana malulah,”bisik Chendana.”Tolong padamkan lilin itu.”

“Baiklah,”ujar Bujang.Bujang melontar bantal dakap itu ke arah lilin.Lilin pun padam.

Dalam kegelapan itu,dua pasang bibir bercantum,dua badan berpadu satu.Sepanjang malam itu,katil tidak henti-henti bergoyang,diselang-seli dengan bunyi nafas masing-masing,suara keluhan dan rengekan,sekali-sekala kedengaran suara mengerang penuh nikmat.Ketika kokokan ayam berderai-derai menandakan subuh sudah menjelma,mereka berpelukan dalam kain selimut,badan masing-masing basah bersimbah peluh.Mereka berihat melepaskan penat.

“Alangkah nikmatnya,terasa macam di syurga,”Bujang mengeluh kepuasan.

“Ala abang ni,janganlah cakap macam tu,…malulah,”bisik Chendana dalam kegelapan itu.

“Mari kita pergi mandi dan sembahyang subuh.”

“Lepas itu?”Bujang menatap wajah isterinya penuh makna.

“Lepas itu,…lepas itu,…kita bersiar-siar di taman,”balas Chendana sambil mencubit hidung suaminya.

Pagi itu hari Isnin 12 Zulkaedah 1062 Hijrah(4 Oktober 1652M),mereka meraikan kegembiraan mereka dengan  bersiar-siar di dalam taman di belakang rumah. Sambil memeluk pinggang Bujang,Chendana berpantun,”Nyiur gading puncak mahligai,buat ketupat berisi inti,hancur-daging tulang berkecai,kasih-sayang sampai ke mati.”

Mereka berhenti di tepi sungai.Bujang mengikur senyum mamandang wajah isterinya.

“Buat ketupat berisi inti,santapan puteri muda remaja,sudah dapat hajat di hati,seumur hidup ingin bersama,”dia membalas pantun yang dijual.

“Abang bukan sahaja bijak berkata-kata,tetapi bijak juga bermain pantun,”puji Chendana.

Mereka duduk di atas bangku di tepi sungai,memandang arus mengalir deras.

“Sekian lama kita menanti,akhirnya sama-sama dapat merasa,”kata Bujang.

“Menanti bulan jatuh ke riba,menanti bintang terang cahaya,”sambut Chendana.

“Menanti malam menjadi siang,menanti kelam bertukar terang,”sambung Bujang.

“Menanti bunga kembang menguntum,menanti budi mesra bercantun,”balas Chendana.

“Menanti fajar menyingsing awal,menanti kita makan sepinggan,”akhiri Bujang.

“Oh abang,”Chendana terus memeluk suaminya dengan penuh kasih-sayang.

Tidak jauh dari taman itu,Mak Siti yang sedang memetik pucuk putat untuk dibuat ulam ternampak merpati dia sejoli itu di atas bangku di tepi sungai.Dia tersenyum lebar,terkenang-kan zaman mudanya dulu.Dia segera berjalan menikus pergi dari situ.

“Sudah kau jalankan perintah yang diberi?”tanya Temenggung dari atas tangga.

“Sudah,Orang Kaya,”jawab Lela Wangsa yang berdiri di halaman mengadap Orang Kaya Temenggung.”Hamba sudah hantar utusan menemui Engku Kelang,Bendahara Sekudai, Menteri Akhir Zaman dan Johan Pahlawan Lela Perkasa. Terang-terang tanah tadi,mereka sudah bertolak.”

“Moga-moga tidak terlambat,”kata Temenggung penuh harapan.

“Mana Tengku Panglima Agung,Orang Kaya?”tanya Lela Wangsa memandang sekitar.

“Ada di belakang,dalam taman agaknya,bersama Chendana,”Temenggung melihat isterinya tergesa-gesa menuju kemari.”Di depan dia jangan dipanggil Tengku,pantang baginya. Dia lebih suka dipanggil Panglima.”

Mak Siti datang membisikkan sesuatu ke telinga suaminya.Temenggung tersenyum lebar memandang Lela Wangsa yang kebingungan.”Kusangka retak menanti belah,rupanya carik-carik bulu ayam,”katanya berfalsafah,menyebabkan Lela Wangsa bertambah bingung.

“Abang,”Mak Siti mencuit lengan suaminya dan menunjuk ke hujung halaman.

Lela Wangsa dan Temenggung sama-sama memandang ke sana.

“Yamtuan Muda Ibrahim,”tiba-tiba Temenggung terasa sirihnya kelat lalu diludahnya,

“ Bersama Paduka Raja Laksamana dan Seri Bija Diraja,”Lela Wangsa juga meludah.

“Ambilkan baju abang,”seru Temenggung sambil bangun dan turun dari tangga.

Bila Yamtuan Muda Ibrahim tiba di halaman rumah itu bersama Laksamana dan Seri Bija Diraja,Temenggung sudah siap menyarungkan baju layang sekadar menutup bahagian atas tubuhnya manakala Lela Wangsa berada di tepi sungai memerhati arus yang tiba-tiba menarik minatnya. Mak Siti pula ke belakang rumah member makan ayam-itik.

“Tuanku,”Temenggung menyusun sembah menyambut Yamtuan Muda Ibrahim manakala Laksamana dan Seri Bija Diraja tidak diendahkan langsung.

“Orang Kaya Temenggung,”tegur Yamtuan Muda.”Sunyi sahaja di sini.Mana pergi anak dan isteri? Beta tak nampak pun Tun Chendana.”

“Ada di belakang,Tuanku,”jawab Temenggung acuh tak acuh.”Oh ya,terima kasih kerana menjemput kami suami-isteri ke majlis santapan semalam.Patik terhutang budi.”

“Yamtuan Muda ni datang nak tengok Tun Chendana,”sampuk Laksamana.

“Semalam tak ada di istana,pagi ini pun tak ada juga,”rungut Seri Bija Diraja pula.

“Mana Tun Chendana?Panggil dia kemari!”perintah Laksamana mengurut misainya.

“Lela Wangsa,”Temenggung memberi isyarat supaya memanggil anaknya Chendana.

Tanpa banyak soal,Lela Wangsa terus beredar pergi menuju ke belakang rumah.

“Sudah Orang Kaya beri kata pemutus?”tanya Yamtuan Muda.

“Tentang apa,Tuanku?”Temenggung pura-pura tidak tahu.

“Tentang apa lagi,tentulah tentang perkara beta hendak meminang Tun Chendana,.”

“Oh,tentang itu,”Temenggung pura-pura baru ingat.”Kata pemutus di tangan anak patik. Kalau dia sudah menolak,takkan patik hendak memaksanya pula.”

“Orang Kaya sebagai ayah berhak memaksanya,”balas Yamtuan Muda.”Untuk kebahgiaan-nya juga.Apa kurangnya beta?Apa lebihnya calon lain?”

“Anak patik tidak ada calon lain lagi,Tuanku,”Temenggung membetulkan.

“Hah,kalau begitu,apa salahnya beta jadi calonnya,”Yamtuan Muda menyarankan.

“Perkara itu bukan patik yang membuat pilihan,”Temenggung menolak dengan lembut.

“Apa lagi yang Temenggung cari?”herdik Laksamana.”Apa kurangnya Yamtuan Muda ini? Orangnya kacak lawa,masih muda,bangsawan dan hartawan.Apa,Temenggung tak suka ber-menantukan bakal Sultan Johor?”

“Nampaknya Laksamana tak faham bahasa,”sindir Temenggung,suaranya mengeras.

“Apa kau cakap?”Laksamana menyambar hulu keris panjangnya,misainya bergerak-gerak.

“Orang Kaya,Tun Chendana sudah datang,”pekik Lela Wangsa dari hujung halaman.

Laksamana tidak jadi menghunus kerisnya.Dia tersenyum sumbing melihat Chendana.

Pagi itu Chendana berpakaian cantik dengan baju kurung dan selendang.

Tetapi Chendana bukan datang seorang.Sebaliknya Bujang turut sama menemaninya.

Bujang berpakaian seperti pendekar tetapi hanya memakai keris pendeknya.

Melihat menantunya turut hadir,Temenggung bagaikan mendapat kekuatan baru. Begitu juga Lela Wangsa yang tampil berdiri di sebelah Temenggung. Chendana menggigit bibir melihat Seri Bija Diraja menghampirinya.

“Apa halnya ini,Hang Jana?”bisik Chendana pada Seri Bija Diraja.

“Jangan panggil aku Hang Jana,”marah Seri Bija Diraja.”Yamtuan Muda nak tengok kau.”

“Tengoklah puas-puas,”balas Chendana bena tak bena lalu mendapatkan emaknya yang baru muncul dari belakang rumah.

“Siapa orang muda itu?”tengking Laksamana menjegil pada Bujang.”Halau dia!”

“Hamba baru berkhidmat dengan Orang Kaya Temenggung,”jawab Bujang tenang.

“Orang baru,ya?”cebik Laksamana.”Apa kerjanya?”

“Si-Bujang ini pengawal peribadi patik,Tuanku,”jawapan itu ditujukan kepada Yamtuan Muda walau pun Laksamana yang bertanya.Panas hati Laksamana kerana dilayan begitu oleh Temenggung. Dia mara setapak di hadapan Temenggung.

“Sejak bila pula Temenggung mengambil pengawal?”sindir Laksamana.

“Sejak kudengar kumpulan Awang Kerambit bermaharajalela di laut,”ujar Temenggung.

“Kalau Laksamana menjalankan tugas dan tanggung-jawab dengan sesungguhnya,masalah Awang Kerambit takkan ada.”

Laksamana mengalih perhatiannya kepada Bujang.“Betul kau pendekar?Tak nampak macam pendekar pun?”

“Jangan dinilai buah pada kulitnya,Datuk,”tegas Bujang.

“Seri Bija,ajar pendekar baru ini selangkah-dua seni silat,”perintah Laksamana.

Seri Bija Diraja tampil berhadapan dengan Bujang,kerisnya dihunus.

“Jangan bimbang,Chendana,”sindirnya.”Aku bukan nak bunuhnya. Aku cuma nak ajar dia macam mana hendak bersilat dengan betul.”

“Silalah ajar anak harimau makan daging,”Chendana mempelawa Seri Bija Diraja.

Seri Bija Diraja tidak faham kata-kata Chendana itu.Dia terus menikam Bujang.Tiba-tiba satu sepakan kencang hinggap di pergelangan tangannya,menyebabkan kerisnya terpelanting ke tanah.Seri Bija Diraja menghunus badiknya pula,hendak dirodoknya Bujang biar terburai isi perut.Sekali lagi lengannya disepak dan badik itu turut terpelanting ke tanah.

“Memadailah pelajaran silat hari ini,”Bujang menyindir Laksamana sambil menghalau Seri Bija Diraja. Seri Bija Diraja pergi mengutip keris dan badiknya.

“Bagus,”puji Yamtuan Muda.”Pandai Orang Kaya memilih pendekar handalan.Lega rasa beta kerana tunang beta berada dalam jagaan yang selamat.”

“Patik tidak pernah dan tidak akan bertunang dengan Tuanku,apa lagi untuk menjadi isteri Tuanku,”Chendana menjelaskan pendiriannya.”Tuanku hanya bertepuk sebelah tangan.”

“Tun Chendana.”marah Laksamana.”Jangan biadap dengan bakal Sultan Johor!Nanti aku tangankan kau!”

“Jangan bermimpi di siang hari,Laksamana,”Bujang tampil ke sisi Chendana.”Langkah dulu mayatku sebelum kau sentuh kulit Chendana.”

“Berani kau cabar aku?”Laksamana menghunus keris panjangnya menyahut cabaran.

“Orang Kaya Paduka Raja,”Yamtuan Muda menghalang Laksamana.”Kedatangan beta kemari hendak melihat Tun Chendana,bukan hendak melihat pertumpahan darah. Mari kita balik.”

Yamtuan Muda pun beredar pergi diiringi Seri Bija Diraja.Laksamana menjegil ke arah Bujang seketika,kemudian menyarungkan keris panjangnya dan mengekori Yamtuan Muda.

“Itulah Yamtuan Muda Ibrahim sepupumu,Bujang,”Temenggung memperkenalkan.

“Tak disangka orang seperti itu mempunyai pertalian darah dengan Bujang,”Bujang berkata dengan nada kesal.Dia mencapai tangan isterinya.Sambil berpegangan tangan,mereka berjalan menuju ke dusun pula.Temenggung dan Mak Siti tersenyum riang melihat kemesraan anak-menantu mereka.

“Lela Wangsa,”Temenggung memanggil hulubalang itu.”Bagaimana dengan persiapan khenduri besok. Ada apa-apa yang kurang?”

“Setakat ini semuanya sudah dibereskan,”terang Lela Wangsa.”Ayam-itik,beras,garam dan sebagainya sudah disediakan ayah hamba. Seekor lembu akan ditumbangkan malam ini. Cuma hamba ingin tahu apakah Duli Yang Dipertuan akan dijemput sama.”

“Tentulah,Lela,”beritahu Temenggung.”Baginda sultan kita.Jemput juga semua Orang Kaya Empat,Orang Kaya Lapan dan Orang Kaya Enambelas.Jemput juga orang-orang dari kampung lain di sekitar Kampung Panchor.”

“Kalau begitu,seekor lembu tak cukup,Orang Kaya,”Lela Wangsa mencongak.

“Kau buatlah apa-apa yang patut,duit kuberikan.”sahut Temenggung sambil menarik tangan isterinya ke atas rumah.

Di dusun buah-buahan,Bujang menarik tangan Chendana lalu menyarungkan sebentuk cincin emas berbatu delima ke jari manis isterinya itu.”Lat-lat dengan jari Chendana.”

“Cantiknya…,dari mana abang dapat ni?”jerit Chendana keriangan.

“Abang tempah di Kedah,cincin tanda dari abang,”Bujang menyatakan.”Balqis pun ada sebentuk seperti ini.Batunya delima asli dari alam ghaib.”

“Patutlah mula-mula tadi Chendana terasa kebas seluruh badan,”jelas Chendana sambil membelek batu cincin itu.”Sekarang tidak lagi.”

“Itu tandanya cincin itu sudah sebati dengan diri Chendana,”jelas Bujang pula.

Mereka duduk di atas bangku di bawah sepohon jambu yang rendang di pinggir sungai.

“Besok hari perkahwinan kita,”Bujang membelai rambut isterinya.”Selepas itu,abang hendak membawa Chendana balik ke Kedah.”

“Tak boleh-kah abang menetap di Johor saja?”Chendana agak keberatan.”Abang pun berasal dari sini juga.”

“Balqis sudah berbadan dua,”Bujang meluahkan kebimbangannya.”Tidak tergamak abang membiarkan dia keseorangan di saat-saat abang diperlukan.Abang harap Chendana faham.”

“Kalau setakat hendak bertandang,tidak mengapa,”Chendana membuat pilihan.”Kunjung-mengunjung perkara biasa. Tetapi untuk menetap terus di Kedah,kampung-halaman Chendana di sini,abang.”

“Baiklah,”Bujang mengalah kerana tidak mahu menimbulkan perang mulut lagi.

“Tengok di sana,abang,”Chendana tiba-tiba menunjuk ke dalam sungai.”Tidak jauh dari pelantar itu terdapat sebuah lubuk yang dalam.Kata orang,lubuk itu berpuaka.Ada penunggu. Kalau penunggu itu marah,air sungai berpusar-pusar,menarik sesiapa sahaja ke perut lubuk. Ramai juga yang mati lemas angkara penunggu lubuk puaka itu.”

“Jangan suka percaya pada perkara yang tahyul,Chendana,”nasihat Bujang.

“Chendana bukan percaya,tapi..,”Chendana terdiam sejenak.Kemudian bangun menuju ke sepohon ara,lalu menjual pantun,”Tuai padi antara masak,esok jangan layu-layuan,intai kami antara nampak,esok jangan rindu-rinduan.”

Bujang bangun mengikut Chendana lalu menjawab pantun yang dijual sambil berpaut pada dahan ara,”Anak cina pasang lukah,lukah dipasang di Tanjung Jati,di dalam hati tidak berubah,sebagai rambut bersimpul mati.”

Chendana bersandar pada seketul batu,memerhati ikan-ikan dalam sungai.Bujang meragut sepohon selasih di tanah,dibawanya kepada isterinya lalu berpantun,”Batang selasih permainan budak,daun selasih dimakan kuda,bercerai kasih talak tiadak,seribu tahun kembali juga.”

Chendana memerhati burung-burung berterbangan di seberang sungai,lalu berpantun pula,

“Burung merpati terbang seribu,hinggap seekor di dalam taman,hendak mati di hujung kuku, hendak berkubur di tapak tangan.”

Bujang menatap wajah isteri kesayangannya,”Kalau Chendana mudik ke hulu,carikan abang bunga kemboja,kalau Chendana mati dahulu,nantikan abang di pintu syurga.”

“Chendana pun sama juga,abang,”Chendana memeluk Bujang dengan erat,”Patah galah haluan kemudi,patah di ruang bunga kiambang,kalau tidak bertemu lagi,bulan terang sama dipandang.” Chendana pun menangis teresak-esak.

“Eh,kenapa ni,Chendana?”Bujang memegang bahu Chendana dan menatap wajahnya yang basah bersimbah air mata.”Kenapa lain benar bunyi pantun Chendana?”

“Entahlah,abang,”Chendana mengesat air matanya dan menyapu pipinya.”Chendana hanya berpantun mengikut kata hati. Asap angin embun berderai,patah galah haluan perahu,niat di hati tak hendak bercerai,kuasa Allah siapa yang tahu.”

“Sudahlah,jangan merepek,”tegur Bujang.”Jangan diikut hati dan perasaan,kelak binasa panjang-panjangan.” Bujang memimpin tangan isterinya berjalan pulang.

Keesokan harinya iaitu pada hari Selasa 13 Zulkaedah 1062 Hijrah@5 Okt 1652 Masehi, majlis perkahwinan Bujang dan Chendana diadakan secara sederhana tetapi meriah. Duli Yang Dipertuan Sultan Johor sendiri mencemar duli menghadiri majlis itu bersama Permaisuri Mayang Selida. Turut mengiring baginda suami-isteri ialah Raja Bendahara dari Sekudai,Tuan Pekerma,Seri Nara Menteri,Seri Nara Diraja,Seri Bija Wangsa,Seri Pekerma Raja,Seri Mahawangsa,Maharaja Indera Mara Denda,Lela Wangsa dan Tun Lela Pahlawan yang membawa anak-isteri masing-masing.Semua itu diperkenalkan kepada Bujang oleh bapa mertuanya ketika dia bersama Chendana  menyambut kedatangan tetamu di atas pelamin. Mereka bersanding hanya sekadar adat kerana ijab-kabul tidak perlu lagi.

Ketika sama-sama menjamu selera,mata Bujang mencari-cari Yamtuan Muda Ibrahim,Paduka Raja Laksamana Tun Abdul Jamil dan Seri Bija Diraja tetapi mereka tidak kelihatan di situ.Begitu juga dengan tiga putera baginda Sultan yang menetap di Kelang,Johol dan Jelebu,masing-masing tidak dapat hadir kerana terlalu jauh dan masa pula terlalu suntuk.

Tambak dan Galak,anak buah Yamtuan Muda yang dilihatnya di hutan nipah tempoh hari juga tidak nampak batang hidung mereka.

Bujang membuat kesimpulan sebahagian daripada para pengunjung itu adalah anak buahnya dalam angkatan Fisabilillah berdasarkan tanda pengenalan rahsia yang ditunjukkan ketika bersalam.Bujang diperkenalkan kepada Tun Berkat dari Sayong,Tun Dali dari Seluyut,Dang Lenggang dari Johor Lama,Wan Hanafi dari Tanjung Batu, Tok Putih dari Pulau Tekong, Belitong dari Bentan,Awang Long dari Sekudai,Jusuh dari Teberau,Hang Isap dari Pengerang

,Tok Kilat dari Singapura,Chut Kencana dari Pasir Raja,Dewani dari Sedili,Engku Jaafar dari Makam Tauhid,Panglima Bayang dari Kota Tinggi  oleh Lela Wangsa yang mewakili kawasan Batu Sawar.Mereka merupakan pemimpin kanan kawasan masing-masing yang memainkan peranan penting dalam perjuangan jihad menentang Belanda.Chendana yang dibantu oleh Wak Diman mewakili Kampung Panchor walaupun Chendana tidak lagi menggunakan nama Awang Kerambit. Bujang terasa ikatan siratul-rahim dengan mereka semua meskipun baru pertama kali bersua muka. Keikhlasan terpancar pada wajah mereka. Keikhlasan,keberanian,keazaman yang kuat serta kesediaan untuk mati syahid pada bila-bila masa di mana sahaja. Ini baru di bumi Johor.Kalau dapat dikumpulkan semua ahli di Kedah, Perak,Selangor dan negeri-negeri lain di Alam Melayu,jangan kata Kompeni Belanda,negeri Belanda pun dapat ditakluki.

Duli Yang Dipertuan dan Permaisuri Mayang Selida berangkat pulang tidak lama kemudian bersama para pembesar. Lain-lain pengunjung beransur-ansur minta diri.Yang tinggal hanya-lah rakan-rakan Bujang dalam angkatan kerana membantu membasuh pinggan-mangkuk dan mengemas tempat.

“Tadi abang tak nampak pun Yamtuan Muda,”kata Bujang sambil menjenguk ke bawah dari jendela biliknya.Chendana bangun menanggalkan kain telekong yang dipakainya.

“Khabarnya dia pergi berburu di hutan Kota Tinggi,”Chendana menyangkut kain telekong-nya ke dinding.”Isterinya Ratu Petani mengidam hendak makan daging rusa.”

“Tentu Balqis juga mengidam,”Bujang termenung sejenak sebelum menukar pakaiannya.

“Sayang sekali,abang tak dapat memenuhi permintaannya kerana berjauhan.”

“Esok-lusa bolehlah kita bertandang ke Kedah,”Chendana membantu suaminya menyarung-kan pakaian pendekar.”Chendana pun dah lama tidak melihat Tunku Balqis.Tentu orangnya cantik,ya? Kalau tidak,masakan abang terpaut hati padanya.”

“Isteri abang semua cantik-cantik belaka,”Bujang memakai tali pinggang hitam di atas bengkung merahnya.”Tetapi,kecantikan sejati datangnya dari dalam.Wajah yang bersih men-cerminkan hati yang suci-murni.”

“Chendana teringin hendak belajar tarekat seperti abang,”Chendana menghulurkan keris pendek dan keris panjang kepada suaminya.

“Abang boleh tolong ajarkan,”Bujang menyisip keris dua bilah itu di celah tali pinggang hitamnya.”Tetapi,tarekat memerlukan latihan kerohanian yang istiqamah.Kalau tertinggal walau sehari,kenalah mengulanginya semula.”

Tiba-tiba dari bawah kedengaran bunyi jeritan,diikuti oleh bunyi hingar-bingar.

Bujang dan Chendana bertukar pandangan dengan penuh tanda tanya,kemudian meluru keluar dari bilik mereka.Di bawah,mereka terserempak dengan Lela Wangsa yang termengah-mengah memberitahu,”Orang Kaya…Orang Kaya Temenggung…kena tikam…!”

“Ayah!”Chendana mendahului Bujang menyerbu ke tempat orang berkerumun.Orang ramai mengelak memberi ruang kepada mereka berdua.Temenggung kelihatan terduduk di atas tanah dipangku oleh Tun Lela Pahlawan dan Mak Siti sambil menahan luka di pahanya.

“Tak apa,ayah luka sikit,”beritahu Temenggung bila Bujang tunduk memeriksa lukanya.

“Siapa yang menikam ayah?”Bujang terus bertanya.

“Nampak macam Galak dengan Tambak,”Temenggung mengertap bibirnya menahan kesakitan.”Mereka lari ke hutan paya terus lesap macam pelesit.”

“Galak dan Tambak,”Bujang bingkas bangun,matanya tiba-tiba bersinar garang.”Lela Wangsa,bawa ayah hamba ke atas.Hamba ingin membuat perhitungan dengan mereka.”

Tanpa berlengah walau sesaat,Bujang bergegas meninggalkan halaman rumah.

Temenggung bangun perlahan-lahan dibantu oleh Tun Lela Pahlawan dan Mak Siti.

“Lela Wangsa,”Temenggung menggigit bibirnya.”Segeralah kau ke istana,maklumkan perkara ini kepada Duli Yang Dipertuan.”

“Bagaimana dengan Orang Kaya?”Lela Wangsa cuba membangkang.

“Lukaku tidak seberapa,”Temenggung berkeras.”Pergilah. Mohon perkenan Duli Yang Dipertuan supaya kita mendapat sokongan dan bantuan dari baginda.Aku tak mahu Bujang bertindak sembrono!Pergi lekas!”

Mahu tidak mahu,Lela Wang terpaksa meninggalkan Temenggung bersama ayahnya dan Mak Siti.Temenggung pun dipapah oleh Tun Lela Pahlawan,Chendana dan Mak Siti ke atas rumah.

Bujang tidaklah sebodoh yang disangka.Memang betul hatinya panas dan marah,marah dengan tindakan berani dan kurang ajar Galak serta Tambak.Namun,fikirannya masih waras.

Dia tahu Galak dan kuncu-kuncunya sedang memasang perangkap di hutan paya.Memasuki kawasan itu samalah seperti memasuki sarang harimau. Dia pasti diserang-hendap dari berbagai penjuru. Justru itu,dia tidak terus menyerbu ke sana seperti orang hilang akal. Sebaliknya,dia menggelencong ke tepi sungai.Beberapa buah sampan tertambat di tepi sungai itu. Dipilihnya satu. Dia terus mendayung mengikut arus hingga ke pesisir kawasan paya yang ditumbuhi pokok bakau dan nipah.Kawasan itu memang luas,penuh dengan ular,kala jengking dan lain-lain binatang berbisa.Malamnya pasti ada nyamuk dan agas.Tetapi,dia bertawakal pada Allah.Binatang-binatang itu tidak akan mengganggu jika tidak diganggu.

Bujang mendongak ke atas.Asar sudah berlalu tetapi senjakala masih jauh.Dia masih mempunyai banyak masa untuk membuat persediaan.Dia pun mendayung senyap-senyap memasuki kawasan paya itu.Dia terpaksa berhati-hati supaya tidak mengganggu burung-burung yang mendiami kawasan terpencil itu.Jika diganggu,burung-burung itu akan membuat bising dan memberi amaran kepada musuh-musuhnya.Akhirnya dia menemui sebuah tambak tanah yang kering,muat untuk bersembahyang dan berihat. Di atas tambak itu juga terdapat sebatang pokok yang rendang dan berdaun lebat.Sukar untuk mencari tambak seperti ini lagi di kawasan yang luas itu.Masa pula semakin suntuk.Dia pun memilih tempat itu sebagai tempat persembunyiannya.Di dalam sampan itu terdapat sebilah parang yang sudah berkarat tetapi masih tajam. Dengan parang itu,dia memulakan pekerjaannya.

Menjelang senja,siaplah sebuah ran beratapkan daun nipah.Ran itu dibina di atas dahan pokok yang paling tinggi berlantaikan belahan batang nipah yang diikat dengan akar menjalar. Di bawah ran,tempat untuk sembahyang beralaskan daun nipah dan daun-daun lain.Dia hanya datang sehelai sepinggang tanpa sebarang persediaan.Setakat itu sahajalah yang mampu dilakukan buat sementara waktu. Untuk mengalas perut,dibelahnya beberapa biji buah nipah lalu dimakan isinya yang berwarna putih,segar dan menyelerakan itu.Burung-burung gagak dan lain-lain unggas mulai kembali ke sarang masing-masing sebagai menyambut kedatangan malam.Dia menggunakan cahaya senja yang semakin menghilang untuk mengambil wuduk.

Malam itu,Bujang bersembahyang seorang diri di tengah-tengah hutan paya.Nyamuk dan agas berterbangan terngiang-ngiang di cuping telinga tetapi tidak menggigitnya.Bunyi katak dan cengkerik silih-berganti,sekali-sekala lotong berbunyi,kedengaran juga haiwan-haiwan yang tidak diketahui berkeliaran mencari makan.Diganggu oleh berbagai bunyi,dia tetap khusyuk dalam sembahyangnya.Seperti biasa,dia berwirid dan berdoa selepas menunaikan sembahyang wajib.Sementara menunggu waktu isyak,dia naik ke atas rannya untuk berzikir dalam hati. Suasana di situ gelap segelap-gelapnya.Hanya bintang yang berkerlipan di langit memberikan sedikit cahaya untuk melihat samar-samar kawasan di sekitar.

Di rumah,luka Temenggung sudah dibasuh,dirawat dan dibalut.Tersandar ke dinding ditemani isteri dan anaknya,Temenggung memerhati rakan-rakan setianya yang menziarahi-nya,termasuk Tun Lela Pahlawan.”Lela Wangsa belum balik lagi?”

“Belum,Orang Kaya,”Tun Lela Pahlawan memilih untuk menjawab soalan itu.”Tapi Orang Kaya jangan bimbang.Hamba percaya anak hamba itu sudah melaksanakan seperti yang diperintah.”

“Kalaulah Bujang mengamuk dan bertindak melulu,kecoh kita dibuatnya,”Temenggung menyuarakan kebimbangannya.”Ketika di Kedah dulu,sudah beberapa kali dia bertindak nekad tanpa mempedulikan mara bahaya.Jika dia sudah marah,tak boleh dibendung lagi.”

“Takkanlah sampai begitu,”Mak Siti membela menantunya.”Memanglah dia panas baran sikit,tapi kalau bertindak dia menggunakan akal yang waras.Lagi pun,dia alim,warak.”

“Tentulah,”Chendana menambah.”Dia berguru dengan Sheikh Kuala di Acheh.”

“Kau dua beranak ni memang sentiasa nak menangkan Bujang,”Temenggung meningkah.

Tun Lela Pahlawan dan lain-lain hanya tersenyum melihat telatah mereka sekeluarga.

“Kalau Panglima Agung berguru dengan Sheikh Kuala,tidak hairanlah kalau dia handal dan banyak ilmu,”puji Tun Lela Pahlawan.”Hamba pun berguru dengannya.”

“Memang ramai juga panglima dan hulubalang di Alam Melayu yang sanggup ke Acheh berguru dengan Sheikh Kuala,”Temenggung mengakui.”Tapi untuk mengamalkan segala ilmu itu,satu perkara lain pula. Mereka terpaksa mengasingkan diri dengan bertapa di gunung-gunung.Terlalu banyak ujian dan dugaan.Kalau mencapai tahap seperti Bujang,Alhamdulillah.

Tapi,kalau tersalah bawa,maka sesatlah jadinya.”

“Orang Kaya,Lela Wangsa datang,”sampuk salah seorang rakan-rakan di situ.

Mereka semua memandang dengan seribu persoalan bila Lela Wangsa naik ke atas rumah dengan wajah muram.Pasti Lela Wangsa membawa berita yang kurang baik.

“Kenapa,Jalak?”Chendana mendahului orang lain bertanya,wajahnya turut cemas.

“Ya,Lela Wangsa,”tanya Temenggung pula.”Apakah baginda murka?”

“Tidak,”Lela Wangsa tersenyum lebar,lakonannya berjaya.”Baginda berkenan memberi sokongan penuh pada kita.Bukan itu sahaja,baginda turut titahkan supaya Yamtuan Muda, Orang Kaya Paduka Raja Laksamana dan Seri Bija Diraja ditahan di istana sehingga kekecohan ini selesai.”

“Kau ni buat aku sakit jantung,Lela Wangsa,”rungut Temenggung. Yang lain-lain ketawa.

“Bagaimana dengan Panglima Agung?”tanya Tun Lela Pahlawan.”Ada kau jumpa dia?”

“Tidak,ayah,”suara Lela Wangsa merendah  keciwa.”Dia sudah hilang entah ke mana.”

“Jalak,”Chendana mengesot menghampiri Lela Wangsa lalu membisikkan sesuatu ke telinga Lela Wangsa. Lela Wangsa tersenyum sambil mengangguk tanda faham.

“Nak ke mana pula tu?”tanya Temenggung bila melihat Lela Wangsa bangun tergesa-gesa.

“Maaf,Orang Kaya,”ujar Lela Wangsa.”Hamba ada hal penting.Hamba pergi dulu.”

“Kau nak ke mana pula,Chendana?”Mak Siti bertanya anaknya yang turut bangun setelah Lela Wangsa turun ke tanah.

“Nak siapkan barang-barang abang Bujang,”ujar Chendana selamba.

Di tengah hutan paya,Bujang naik semula ke atas ran selepas menunaikan sembahyang isyak.Dalam kegelapan itu,dia mencari kedudukan yang sesuai untuk melelapkan mata. Tiada apa yang boleh dilakukan melainkan menunggu hari siang.Nyamuk dan agas yang terhidu bau manusia terus menghurungnya tetapi tidak dipedulikan asalkan dia tidak digigit. Binatang juga pandai menghargai nyawa. Dia pun baring di atas lantai ran,sebelah tangan berpaut pada dahan kecil,kedua-dua kakinya yang bercapal itu dibiar berjuntai.Lama juga dia terbaring begitu,namun matanya masih segar membilang bintang di langit.Akhirnya dia bangun menyandarkan diri pada batang pokok,memerhati sekitar sambil memasang telinga.

Kata orang,hutan paya seperti itu memang terdapat bermacam-macam jenis hantu dan jembalang.Antara yang diingatnya ialah sejenis hantu yang suka terbang pada waktu malam.

dengan tali perut yang terburai mengeluarkan api.Dia tidak ingat nama hantu itu tetapi khabarnya hantu itu suka menghisap darah manusia. Ada juga jembalang air dan hantu tinggi.

Termasuk juga penunggu hutan paya yang suka  menyamar sebagai perempuan tua bongkok tiga. Fikirannya yang menerawang itu mula memikirkan perkara yang bukan-bukan. Dia pun mengunci semua pancainderanya dengan Ayat Kursi lalu memejam mata sambil melafazkan zikrullah dalam hati untuk melawan segala ingatan yang tidak baik itu.Dia seperti berada di alam lain dan bukan lagi di tengah hutan paya.Telinganya berdesing tetapi tidak sampai menyakitkan.Dalam keadaan antara tidur dengan jaga,wajah Puteri Mayang Sari yang amat cantik itu menjelma lalu berkata padanya,”Di hujung sana ada sebuah teratak.Pergilah.”

Bujang tersentak dari lamunannya.Rasanya dia terlelap sebentar sahaja tetapi dilihatnya fajar sudah pun menyingsing di sebelah timur.Keadaan yang gelap pekat sudah bertukar samar-samar,menandakan hari akan siang.Dia teringat dalam mimpinya tadi Puteri Mayang Sari menunjuk ke arah mata terbit. Dia pun turun dari atas ran,menuju ke sampannya dan terus mendayung ke arah yang ditunjukkan melalui celah-celah pokok bakau dan pokok nipah.Dugaannya tidak meleset. Tidak jauh dari situ terdapat sebuah teratak yang agak besar, bumbungnya bumbung atap yang disemat kemas,dinding dan lantainya pula dibuat daripada batang buluh yang dibelah dan diraut nipis. Sebuah telaga turut digali berhampiran teratak itu yang agak tersorok serta dikelilingi pepohon mengkuang. Dia pun naik ke darat selepas tali sampan ditambat pada akar bakau.Sehelai kain basahan yang tersangkut pada ranting pokok bakau diambilnya.Kerana keadaan dalam teratak masih gelap,dia tidak pedulikan.

Pagi itu (Rabu 14 Zulkaedah 1062H@6 Okt 1652M),Bujang mandi dan bersembahyang subuh di teratak yang sunyi sepi itu.Ketika hari semakin cerah,dia tidak lupa berwirid dan berdoa.Kemudian,dia duduk bersila di atas lantai buluh itu sambil berzikir panjang sehingga matahari tinggi segalah.Barulah keadaan dalam teratak itu nampak jelas.Seluruh teratak itu penuh dengan pakaian yang tergantung pada alang,kain-kain sejadah yang dilipat kemas,alat-alat senjata serta bahan-bahan makanan yang disusun rapi,seolah-olah didiami manusia. Anehnya,semua pakaian itu berwarna hitam. Apabila ternampak topeng yang tersangkut pada dinding,baru dia sedar dia sudah menemui tempat persembunyian kumpulan  Awang Kerambit. Inilah markas rahsia mereka di mana segala rancangan diatur.Ketika dia memeriksa senjata yang dilonggok di tepi dinding,terdengar orang memberi salam dari luar. Dijenguknya menerusi celah dinding.Isterinya Chendana dan Lela Wangsa tercegat di darat,sampan yang mereka gunakan tertambat sebelah sampan Bujang. Dia pun menjawab salam lalu keluar menemui mereka.

“Pandai juga Panglima mencari markas Awang Kerambit,”Lela Wangsa memuji Bujang selepas mereka bersalaman.

“Yalah,Abang,”sokong Chendana sambil memeluk lengan suaminya.”Kawasan paya ini di-kawal rapi siang dan malam oleh orang-orang kita.Bagaimana abang boleh terlepas?”

“Abang tak nampak sesiapa pun sejak petang semalam,”Bujang menjelaskan.

“Berani Panglima bermalam di sini seorang diri,”mereka duduk di sebuah pangkin buluh di tepi telaga.”Kawasan paya ini berpenunggu.Ramai orang berfikir dua kali untuk masuk kemari.Sebab itulah,tempat ini kami jadikan tempat persembunyian kami.”

“Kau pernah bertemu dengan penunggunya?”Bujang mengusik Lela Wangsa.

“Belum pernah,”jawab Lela Wangsa.”Dengar cerita adalah.Tapi rakan-rakan kita ada juga yang terserempak dengan seorang nenek tua yang sudah bongkok tiga.Mungkin juga Nenek Kebayan yang macam di Gunung Ledang tu.Mungkin juga jin atau jembalang.”

“Mereka juga makhluk Allah seperti kita,”jelas Bujang.

“Chendana ada bawa bekalan dari rumah,”pelawa Chendana.”Abang nak makan?”

“Jangan ditanya,Chendana…,bawa saja kemari,”sampuk Lela Wangsa.

“Rapat benar kau dengan Chendana,”tegur Bujang sambil melihat isterinya kembali ke sampan mengambil kampit kulitnya dan bekalan makanan.

“Chendana bukan orang lain dengan hamba,Panglima.Kami saudara sepupu.”

Ketika mereka bertiga duduk bersarapan di atas pangkin buluh,Lela Wangsa pun bercerita dengan lebih lanjut,”Hamba dan ayah hamba memang diutus oleh Sultanah Tajul Alam untuk membantu kerajaan Johor.Tetapi Orang Kaya Temenggung juga berasal dari Acheh.Dia mengikut Almarhum Sultan Abdullah berpindah ke Pulau Tambelan.Dek kerana terlalu lama di Johor,kami terputus hubungan.Bila kami kemari dari Acheh,baru kami tahu rupanya ayah hamba itu adik kepada Orang Kaya Temenggung.Jadi,hamba bersaudara dengan Chendana.”

“Kenal arwah emak hamba Chut Narasari?”tanya Bujang ingin tahu.

“Sewaktu kecil hamba berkawan dengan Tengku Chut Narasari kerana ayah hamba pengawalnya sebelum dia berpindah mengikut Tengku Abdullah,”Lela Wangsa menghuraikan lagi.”Kalau Panglima belum tahu,arwah ibu Panglima adalah adinda bongsu Sultanah Tajul Alam Safiatuddin Shah atau dikenali juga sebagai Puteri Seri Alam Permaisuri.”

“Rupanya kita sama-sama keturunan Acheh,”Bujang menepuk bahu Lela Wangsa.

“Bezanya kami rakyat biasa,abang berdarah raja,”Chendana mencelah.

“Tidak ada bezanya darah rakyat biasa dengan darah raja,”Bujang membetulkan anggapan itu.”Darah tetap darah,sama-sama berwarna merah.”

“Pendapat  Panglima jauh berbeza dengan pendapat Yamtuan Muda Ibrahim,”Lela Wangsa membuat perbandingan.”Dia terlalu bangga dengan darah keturunannya.Suka bercakap besar. Meninggi diri.Kononnya dialah yang berhak menjadi sultan Johor dan bukan Sultan Abdul Jalil sekarang.Malangnya,ramai juga yang termakan cakapnya.”

Perbualan mereka tiba-tiba terganggu oleh bunyi siulan nyaring dari jauh.Lela Wangsa membalasnya dengan siulan yang lebih nyaring sehingga membengitkan telinga.

“Orang-orang kita,Panglima,”Lela Wangsa menjelaskan bila Bujang memandang padanya penuh tanda-tanya.”Ketua lama kami Awang Kerambit minta mereka berkumpul di markas ini untuk membantu Panglima mencari Tambak dan Galak.”

“Awang Kerambit?”Bujang menjeling pada isterinya.”Sepatutnya nama itu ditukar kepada Siti Kerambit atau Minah Kerambit,baru sesuai dengan orangnya.”

Chendana melepaskan satu cubitan manja ke paha suaminya. Lela Wangsa tertawa melihat telatah pasangan suami-isteri itu.Sebentar kemudian,muncul beberapa buah perahu   dan sampan dari celah pokok nipah dan pokok bakau.Bujang membasuh tangan untuk bersalam-salaman dengan mereka.

“Rancangan pertama kita ialah membawa balik peti besi khazanah dari Pulau Besar ke mari,”Bujang mengeluarkan kunci peti besi dari tali pinggangnya.”Siapa yang sanggup?”

Semua mengangkat tangan hampir serentak. Bujang tersenyum bangga.

“Oleh kerana terlalu ramai yang sanggup,perkara ini hamba serahkan kepada Lela Wangsa untuk memilih mereka yang sesuai,”Bujang menyerahkan kunci kepada Lela Wangsa.

Bujang memerhati mereka semua yang duduk bertemu lutut di kelilingnya di atas teratak buluh itu.”Perkara yang kedua ialah kapal,”dia meneruskan.”Kita memerlukan beberapa buah kapal atau lancang supaya mudah kita bergerak dan melancarkan serangan. Kapal itu sekali gus menjadi markas kita dan tempat penginapan kita.Sediakan kelengkapan yang cukup umpama berada dalam rumah sendiri.Kita gunakan wang yang sedia ada dalam peti besi itu.Soalnya sekarang,di mana harus kita cari pembuat kapal seperti itu?”

“Panglima Agung,”Tok Kilat mengangkat tangan menawarkan diri.”Hamba dengar di Pulau Duyung,Trengganu,terdapat beberapa orang tukang yang pandai membina kapal atau lancang.Oleh kerana hamba dari Singapura,mudahlah hamba ke sana.”

“Hamba dari Bentan sanggup membantu Tok Kilat,”Belitong menyokong.

“Baiklah,”Bujang bersetuju.”Perkara membina kapal atau lancang ini hamba serahkan kepada Tok Kilat dan Belitong. Perkara lain akan kita bersidang kemudian.”

“Panglima Agung,”Tamrin mengangkat tangan.”Bagaimana dengan perkara Tambak dan Galak yang menikam Orang Kaya Temenggung?Takkan kita hendak lepaskan mereka begitu sahaja?”

“Tugas itu hamba serahkan kepada kau dan Jerjaka,”Bujang memutuskan.

“Bagaimana dengan Laksamana,Panglima?”Tun Berkat bertanya.

“Jangan,”Bujang melarang keras.”Laksamana bukan lawanmu. Seri Maharaja dan Seri Bija Diraja juga bukan calang-calang orang.Perkara mereka bertiga,serahkan pada hamba.”

“Bagaimana dengan Yamtuan Muda Ibrahim?”tanya Lela Wangsa pula.

Bujang mengerling pada Chendana dan termenung sejenak sebelum menjawab,”Kita tengok dulu rentak dan permainannya.”

Semua mengangguk tanda setuju dengan keputusan Bujang.

“Eh,abang..,bau apa tu?”tanya Chendana,hidungnya kembang-kempis.

“Bau macam…macam….,”Lela Wangsa tergagap-gagap.

Belum sempat Lela Wangsa menghabiskan kata-katanya,tiba-tiba terdengar ngauman harimau yang kuat yang dari bawah teratak.Semua terperanjat dan bingkas bangun.

Tiba-tiba seekor harimau belang sebesar lembu melompat ke atas pelantar dan menghalang pintu keluar.Anehnya,teratak itu hanya bergegar sedikit tetapi tidak runtuh.Keadaan tiba-tiba menjadi kecoh. Kecuali Bujang,Chendana dan Lela Wangsa,yang lain-lain terjun ke tanah melalui lubang tingkap dan berlumba-lumba mendapatkan sampan masing-masing.

“Jangan,”Bujang menghalang bila Lela Wangsa hendak menghunus kerisnya.

Diapit oleh Chendana dan Lela Wangsa,Bujang tenang sahaja bila harimau itu mula merangkak merapati mereka. Bau hamis berganti dengan bau wangi yang harum semerbak.

Mata harimau itu juga mengerdip,menandakan harimau itu bukan harimau biasa. Harimau itu duduk di hadapan Bujang,telinganya kepik,ekornya mengodek-ngodek. Bujang ternampak kalung emas pada tengkuk harimau itu dengan aguk emas yang berlambang aneh seperti yang dilihatnya di suatu kawasan pantai di Pulau Pinang tempoh hari.

“Puteri Mayang Sari?”terkeluar nama itu dari bibirnya.

Harimau itu menderam dan mengangguk sambil menyeringai,menampakkan taring tajam.

Bujang memejam matanya dan menumpukan seluruh fikiran dan perhatiannya ke pancaindera keenam,menyatukan dua alam.Sambil itu,hatinya tidak henti-henti berzikir.

Harimau itu beransur-ansur bertukar menjadi seorang puteri Melayu yang amat cantik,berpakaian serba kuning kecuali kain tudungnya berwarna hijau,berkalung dan beraguk emas seperti yang dilihatnya dulu.Puteri Mayang Sari. Bezanya dulu,dia menjelma dari seeokor kijang putih. Wajah Mayang Sari mirip-mirip wajah Chendana dan Balqis.

{“Apa hajat Tuan Puteri kemari?”} Bujang bertanya dengan tenang.

{“Dinda hanya ingin memastikan Kanda selamat.”}balas Mayang Sari dengan manja.

{“Hamba selamat,Alhamdulillah.Tuan Puteri menakutkan isteri dan rakan hamba.Pergilah.”}

{“Baiklah,Kanda.”}balas Mayang Sari dengan lemah-lembut.

Tiba-tiba Puteri Mayang Sari ghaib dari pandangan,yang wujud hanyalah harimau itu.

Bujang membuka matanya dan harimau itu masih tercongok di hadapannya.Tiba-tiba harimau itu bangun,mara selangkah dan menjilat tangan Chendana.Chendana pula membalas dengan membelai kepala harimau itu seperti membelai kepala kucing. Harimau itu merenung ke arah Bujang,ke arah Lela Wangsa,kemudian berpaling merangkak ke pintu.Dari atas pelantar buluh itu,dia terus melompat ke bawah.Bila Bujang dan Chendana menjenguk dari tingkap,harimau itu sudah ghaib entah ke mana.

“Chendana tak takut?”tanya Bujang bila melihat wajah isterinya tenang sahaja.

“Mula-mula takut juga,”akui Chendana.”Tapi lepas itu,timbul pula rasa sayang.”

“Kau pun tak takut,Lela Wangsa?”tanya Bujang.Bila Lela Wangsa senyap,Bujang menoleh ke belakang dan bertanya lagi.”Lela Wangsa?”

“Hamba…hamba terkencing,Panglima,”jawab Lela Wangsa,masih menggeletar.

Bujang dan Chendana sama-sama ketawa.

Ketika menaiki sampan pulang ke Kampung Panchur,Bujang dan Chendana ketawa lagi bila mengenangkan telatah lucu Lela Wangsa di teratak buluh itu. Lela Wangsa yang berdayung sampan hanya mendiamkan diri,wajahnya mencuka.

“Kau ni pengotorlah,Jalak,”Chendana menyindir Lela Wangsa.

“Apa ilmu yang Panglima pakai?”tanya Lela Wangsa tanpa menghiraukan sindiran dari Chendana.”Hamba tengok harimau itu tunduk sahaja pada kehendak Panglima.”

“Namanya Puteri Mayang Sari dari hutan Pulau Pinang,”Bujang menjelaskan.

“Puteri?”Chendana dan Lela Wangsa kehairanan.”Chendana hanya nampak seekor harimau.”

“Chendana tidak mendengar abang berkata-kata dengannya?”tanya Bujang,juga hairan.

“Tidak,”Chendana dan Lela Wangsa menjawab serentak.”Yang kami nampak,abang diam sahaja tanpa berkata walau sepatah.Kemudian,harimau itu datang menjilat tangan Chendana.”

“Subhanallah,”hanya itu yang mampu Bujang lafazkan di saat itu kerana mereka sudah sampai di pelantar.Bujang dan Chendana naik ke pelantar melalui tangga manakala Lela Wangsa menambatkan sampan ke tiang pelantar.

“Tolong bawa kampit hamba sama,ya?”pesan Bujang pada Lela Wangsa.

“Jangan lupa lagi satu,Jalak,”kata Chendana sebelum berjalan beriringan dengan Bujang.

“Apa dia?”tanya Lela Wangsa tanpa mengesyaki apa-apa.

“Basuh seluar kau itu,”beritahu Chendana.Dia dan Bujang ketawa lagi.

Lela Wangsa tidak menjawab,hanya hatinya mendongkol ketika melilit tali sampan ke tiang pelantar. Tali itu direntap kuat-kuat sebagai melepas geram.

Bujang dan Chendana tidak terus balik ke rumah.Memandangkan waktu itu baru waktu rembang dan matahari belum lagi tergelincir ke barat,mereka berteduh di atas bangku di bawah naungan pokok rendang di pinggiran sungai itu.

“Semalam Chendana bermimpi,abang,”kata Chendana sebaik sahaja mereka duduk.

“Mimpi?”Bujang melurut daun dan melemparnya ke dalam sungai.

“Chendana bermimpi Chendana sedang membasuh pakaian di pelantar itu,”Chendana bercerita.”Tiba-tiba muncul seekor ular yang besar dari perut sungai.Ular itu membelit kaki Chendana,ditariknya Chendana ke dalam air. Tiba-tiba abang datang menyambar tangan Chendana,berlaku tarik-menarik antara abang dengan ular itu.Akhirnya Chendana terlepas dari belitan. Abang terus terjun ke dalam sungai berlawan dengan ular itu. Dengan tidak semena-mena air lubuk itu berpusar dengan kuat. Abang dan ular itu disedut ke perut lubuk dan tidak timbul-timbul lagi.Chendana menjerit-jerit memanggil nama abang tetapi yang timbul hanyalah sebilah kerambit.Chendana meraung sekuat hati”

Bujang ketawa kecil,”Mimpi hanya mainan tidur,”katanya bersahaja.

“Jangan abang ketawakan Chendana,”tegur Chendana bersungguh-sungguh.Dia mengambil kerambitnya yang dibuat seperti cucuk sanggul,kerambit itu ditenungnya.”Mungkin mimpi itu satu petanda yang tidak baik.Awang Kerambit ketua kumpulan lanun yang ganas. Tidak mustahil Belanda menawarkan upah yang lumayan kepada sesiapa yang berjaya menangkap atau membunuh Awang Kerambit.”

“Awang tidak ada lagi,yang tinggal hanya kerambitnya,”Bujang pula menjelaskan.”Sebalik-nya kepala abang bernilai tinggi kerana membunuh seorang tali-barut Belanda,Datuk Awang Kelana namanya.”

“Kita mesti berhati-hati,abang,”Chendana memakai semula kerambitnya sebagai cucuk sanggul.”Banyak musang berbulu ayam,pepat di luar pencong di dalam.”

“InsyaAllah,kita akan selamat,”Bujang cuba mententeramkan hati isterinya.

Dia merenung pada arus sungai di mana dikatakan terdapatnya lubuk puaka. Selepas iitu dia memejam matanya sambil berzikir dalam hati.Dia menutup semua lima pancainderanya dan membuka pancaindera keenam dengan menyatukan dua alam iaitu alam zahir dan alam batin. Seluruh hati dan fikirannya menghidupkan tenaga dalam untuk melihat dengan mata hatinya apa

yang ada di dasar lubuk itu. Jika benar berpuaka,dia ingin bersemuka dengan puaka tersebut dan memohon supaya keluarganya jangan diganggu.

{“Kita sama-sama makhluk Allah.Jangan ganggu kami.”}

Dengan tidak semena-mena,arus sungai itu bertukar menjadi ombak yang mengganas. Angin bertiup kencang.Dia segera memeluk Chendana.Dari ombak yang mengganas itu timbul lembaga seorang perempuan berpakaian serba hijau. Perempuan itu timbul sedikit demi sedikit, mula-mula menampakkan tiara yang dipakainya,kemudian paras wajahnya yang cantik berambut panjang melepasi bahu,akhir sekali menampakkan kalung mutiara denganh hiasan aguk bertatahkan batu permata berbagai jenis dan warna.

{“Siapa kau?”}Bujang bertanya.

Perempuan cantik itu tidak menjawab,hanya mengukir secarik senyuman.Sambil melambai-lambai tangan ke arah Bujang,perempuan berpakaian hijau itu tenggelam beransur-ansur hingga akhirnya lesap ditelan ombak yang mengganas itu.Sebentar kemudian,ombak itu juga hilang dan arus sungai kembali menjadi seperti biasa. Bujang bagaikan tersentak dari mimpi.

“Kenapa,abang?”tanya Chendana cemas.”Apa yang abang nampak dalam air itu?”

“Tidak ada apa-apa,Chendana,”Bujang melepaskan pelukan dan memegang tangan isterinya dengan erat.”Mari kita balik.” Di belakang mereka,arus sungai yang menyimpan seribu rahsia terus juga mengalir deras.

“Nampaknya Datuk Laksamana cuba menongkah arus,”Bujang meluahkan pendapatnya petang itu apabila berita buruk itu diterimanya.”Lagi apa kata Lela Wangsa,ayah?”

Dari atas serambi di mana dia bersandar,Temenggung menjenguk ke halaman,memerhati anak-isterinya seketika.Chendana sedang bermain buaian di bawah pokok mempelam manakala Mak Siti bertinggung di bawah pokok ketapang sambil meraut lidi kelapa untuk dibuat penyapu.”Laksamana bukan sahaja engkar pada titah perintah Duli Yang Dipertuan supaya berada di istana,malah dia turut menuduh kau cuba memfitnahnya berpakat dengan Seri Bija Diraja dan Seri Maharaja untuk melantik Yamtuan Muda Ibrahim sebagai sultan baru.”

“Jadi,sekarang dia sudah dibebaskan?”tanya Bujang,tidak berpuas hati.

“Duli Yang Dipertuan terpaksa membebaskannya kerana ketiadaan bukti,”jelas Temenggung lagi.”Dia semakin naik tocang sekarang. Di hadapan semua Orang kaya,dicabarnya kau.

Dia mencabar kau bertikam satu lawan satu di mana sahaja.Dia juga bersumpah akan meludah dan menampar mukamu jika bertemu.Kau perlu berwaspada,Bujang.”

“Ya,”sindir Bujang.”Bujang sedang menggeletar ketakutan.”

“Jadi,apa rancangan kau,Bujang?”tanya Temenggung sambil tersenyum sumbing.

“Sultan hendakkan bukti,akan Bujang bawakan bukti,”tegas Bujang

“Kau belum begitu mahir dengan selok-belok kawasan ini,”Temenggung mengesyurkan pada menantunya.”Bawalah Lela Wangsa bersama. Dia boleh tunjukkan jalan.”

“Di mana rumah Lela Wangsa,ayah?”Bujang terus bertanya.

Dulunya dikenali sebagai Pasir Raja,Batu Sawar memang sebuah perkampungan yang cantik,terletak kira-kira separuh hari perjalanan dari kuala. Sungai di situ lebar dan dalam.Kebanyakannya kawasannya bertanah pamah.Sebelah utara terdapat dua buah gunung yang masih belum diteroka manakala di selatan kelihatan berbalam-balam Gunung Pengerang dan Gunung Belungkur.

Istana sultan terletak di seberang Sungai Damar,salah satu cabang sungai Johor.Kubunya di-perbuat berpagar dengan pancang-pancang kayu yang besar,dibina rapat-rapat,tingginya kira-kira 20 hasta dan panjangnya kira-kira sepelaung dengan bentuk menyerupai empat segi bujur. Namun,kubu itu tidak dapat menandingi kubu Kota Naga atau Kota Siputih di Kedah.

“Itu pula Kota Seberang,”Lela Wangsa menjelaskan sambil menunjuk ke seberang sungai.

“Letaknya di Pengkalan Besar atau Pengkalan Raya,pernah menjadi tempat bersemayam almarhum ayahanda Panglima iaitu Sultan Abdullah.Sebab itulah almarhum kadangkala disebut Raja Seberang. Orang Acheh memanggilnya Raden Bahar.”

Bujang mengamati Kota Seberang yang sama bentuknya tetapi kecil sedikit daripada Kota Batu Sawar.Dia mendapati kota itu sudah lama tetapi binaannya masih kukuh.

“Almarhum juga dipanggil Sultan Hammat Shah,”Lela Wangsa bercerita lagi tanpa jemu-jemu.”Almarhum berpindah ke Lingga dan Bentan sebelum mangkat di Pulau Tambelan.”

“Hamba dengar Acheh menyerang Johor selepas itu,”sampuk Bujang.

“Malu hendak diceritakan kerana ayah hamba juga terlibat,”Lela Wangsa sama-sama memandang ke Kota Seberang.”Puncanya almarhum ayahanda Panglima berkahwin dengan puteri Jambi selepas berkahwin dengan almarhum bonda Panglima iaitu puteri bongsu Sultan Iskandar Thani.Acheh pun menyerang Johor. Johor kalah.Isteri kedua almarhum lari balik ke Jambi,almarhum pula membawa bonda Panglima berlindung di Pulau Tambelan.”

“Apa halnya pula dengan Yamtuan Muda Ibrahim?”tanya Bujang.

“Dialah anak almarhum Sultan Abdullah dengan puteri Jambi,”Lela Wangsa menghurai.”Dia lahir dahulu dari Panglima tetapi oleh kerana bondanya isteri kedua,Panglimalah yang lebih layak mewarisi tahta kesultanan Johor.”

“Ertinya hamba dan Yamtuan Muda Ibrahim bersaudara,satu ayah berlainan ibu,”Bujang mula memahami sedikit demi sedikit perkara yang memeningkan kepala itu.

“Betul,Panglima,”akui Lela Wangsa.”Sultan sekarang pula dilantik oleh Sultan Acheh sementara menunggu waris Sultan Abdullah menjadi dewasa. Sekarang waris itu sudah pun dewasa dan berdiri di sebelah patik.”

“Tidak pernah terlintas dalam hati hamba untuk menjadi sultan di mana-mana jua pun,” Bujang membuat keputusan muktamad.”Memadailah hamba bergelar Panglima dalam perjuangan suci ini.”

“Jadi,Panglima bersetujulah sultan sekarang diturunkan tahta dan Yamtuan Muda Ibrahim dinobat sebagai sultan baru?”Lela Wangsa membuat pertanyaan yang amat penting.

“Kalau hamba bersetuju?”Bujang menduga hati Lela Wangsa.

“Akan berperanglah lagi pengikut-pengikut Yamtuan Muda Ibrahim dari Pahang Inderapura dan Jambi dengan kami orang-orang Acheh yang masih setia pada sultan sekarang,”Lela Wangsa berterus-terang.

“Kalau hamba membangkang,sama juga,”Bujang mengeluh.”Ditelan mati emak,diluah mati ayah.Hamba tidak akan masuk-campur dalam perkara ini.”

“Jika berlaku peperangan lagi kerana berebut kuasa,hamba dan ayah hamba akan pulang ke Acheh,”Lela Wangsa berjanji.”Tidak ada gunanya kita saudara seagama berbunuh-bunuhan sesama sendiri,akhirnya Kompeni Belanda juga yang untung.”

“Kalau ramai lagi yang berpendirian seperti kau,aman dunia ini,”Bujang memuji.

Lela Wangsa tersengih.”Oh ya,Panglima,orang-orang kita sudah pun dihantar ke Pulau Besar untuk membawa balik peti besi itu.Dijangka lusa atau tulat,mereka pulang.”

“Bagus,”Bujang mengucapkan.”Hamba mahu semua harta itu digunakan untuk membeli kapal,makanan dan peralatan perang.Kali ini,akan kita gempur Belanda habis-habisan.”

“Kami sudah bersedia,Panglima.Memang seruan itu yang kami tunggu-tunggu selama ini.”

“Kalau begitu,malam ini hamba ada tugas buatmu.”

Tambak dan Galak balik dari gelanggang ketika malam semakin tua.Embun jantan sudah pun menitis dari dedaun.Suasana sunyi sepi diganggu oleh suara perbualan mereka yang tidak tentu buah butir.Sekali-sekala ketawa mereka pecah berderai-derai.Masing-masing membawa pelita damar buat menyuluh jalan.Sebaik sahaja mereka tiba di cabang jalan,mereka dihalang oleh seorang pendekar berpakaian serba hitam dan bertopeng. Di tangan pendekar itu tergenggam sebilah kerambit yang tajam berkilat.

“Awang Kerambit?”jerit Galak.Mereka berdua segera menghunus golok.

“Apa kau mahu,Awang Kerambit?”tanya Tambak pula.

“Hutang darah dibayar darah,”tegas pendekar itu.

“Kami tidak berhutang darah dengan kau!”tengking Galak.

“Bukan dengan hamba tetapi dengan Temenggung,”jelas pendekar itu.

“Kalau Temenggung yang berhutang,biar dia yang membayarnya,”jerkah Tambak.

“Temenggung berkirim salam dengan kerambit ini,”pendekar itu mencabar.

“Cis!Pantang anak lelaki dicabar!”Tambak menempelak.”Rasakan golok ini!”

Tambak terus memarang pendekar itu.Tetapi goloknya hanya melibas angin.Satu sepakan kilat singgah di lengannya,menyebabkan golok itu terpelanting ke dalam semak. Melihat rakannya gagal menyerang pendekar itu,Galak naik angin.Dia terus menikam dada pendekar itu.Pendekar itu mengelak sedikit sambil menepis tangan Galak.Mata golok itu sipi sebiji padi dari dada pendekar itu dan terus terbenam di paha Galak.Galak terlolong sambil terlompat-lompat menahan sakit.Tambak menghayun penumbuknya ke arah muka bertopeng itu. Sekelip mata kemudian,pahanya disiat mata kerambit.Dia juga terlolong-lolong seperti anjing dipijak ekor.

“Hutang darah sudah kubayar,”pendekar itu menyarungkan kerambitnya.Seorang lagi pendekar bertopeng tampil mengikat tangan Tambak dan Galak dengan tali.

“Ke mana kami hendak dibawa?”Tambak cuba membantah.

“Diam!”pendekar itu mengacu sebilah rencong ke leher Tambak.”Jika tidak,di sini juga kubunuh kau berdua!”. Tambak dan Galak tidak berani melawan lagi.

Seri Bija Diraja sudah pun tidur nyenyak.Kerana isterinya datang bulan,dia tidur sebatang karah di atas tikar mengkuang di ruang anjung.Pelita damar yang tergantung pada tiang seri hanya tinggal bara.Dari hidungnya terdengar bunyi dengkuran.Isteri dan anak-anaknya di dalam bilik juga sudah lama berdengkur.Dengkuran itu menghasilkan satu macam irama seperti orang sedang menggergaji pokok.

Entah kenapa,tiba-tiba Seri Bija Diraja terjaga.Angin malam yang menerpa masuk terasa dingin hingga ke tulang hitam.Baru dia sedar sebuah jendela sudah dibuka.Itik angsa berbunyi riuh dari reban.Dia bangun hendak menutup jendela itu.

“Jangan cuba melawan,”terdengar satu bisikan,diikuti oleh rasa sejuk mata kerambit yang menyentuh lehernya.Darahnya tersirap ke kepala,jantungnya berdegup kencang.Dia tidak berani bergerak,malah hendak menelan air liur juga ditahannya takut kalau-kalau mata kerambit yang tajam itu tertusuk ke lehernya.

“Seri Bija Diraja,”bisikan itu kedengaran lagi.”Batalkan sahaja niatmu hendak menggulingkan baginda Sultan.Jika tidak,kepalamu bercerai dari badan.”

Seri Bija Diraja tidak berani bersuara.Kerongkongnya bagaikan tersekat.Bila dirasanya mata kerambit itu tidak lagi menyentuh kulit lehernya,dia berpaling ke arah bisikan tadi.Dia tidak nampak apa-apa,semuanya gelap-gulita.Hanya setelah dia mendengar bunyi orang terjun ke tanah menerusi jendela yang terbuka itu,baru dia bingkas bangun meraba-raba mencari kerisnya yang terselit di bawah bantal.Dia meluru ke jendela.Samar-samar dilihatnya dua lembaga hitam berlari ke dalam gelap dan hilang begitu sahaja.

Paduka Seri Maharaja belum lagi tidur meskipun kabus sudah mula turun. Dia tersandar di atas kerusi rotan merenung pengkalan yang lengang.Api dari tanglung yang digantung pada tiang-tiang kapal kelihatan berkelip-kelip seperti kunang-kunang.Sambil menghisap rokok daun,dia mencongak jumlah kutipan cukai dari kapal-kapal yang berlabuh pada hari itu. Jumlah itu perlu dilaporkan kepada Seri Nara Diraja selaku penghulu bendahari dan juga kepada Datuk Syahbandar sebelum dibentangkan kepada Duli Yang Dipertuan dalam persidangan akan datang.Api dari pelita damar yang tergantung pada tiang serambi kelihatan terliuk-lintuk ditiup angin.

“Orang Kaya,”tiba-tiba suara perlahan menegur dari arah tangga.

“Siapa tu?”Paduka Seri Maharaja terkejut,tangannya mengepal hulu keris.Dia memanjangkan leher menjenguk ke tangga tetapi tidak nampak sesiapa pun.

“Hamba disuruh Tuan Nakhoda menyerahkan cukai ini,”suara itu datang dari arah kiri serambi pula.

“Nakhoda mana?”Seri Maharaja cuba mengenali suara itu.”Nakhoda Lumu dari Deli atau Nakhoda Khoja Ahmad dari Rokan?”

“Nakhoda Lumu,Orang Kaya,”jawab suara itu,kali ini dari arah kanan pula.

“Naiklah,biar aku nampak kamu dengan jelas,”pelawa Seri Maharaja,tangannya masih menggenggam hulu keris sebagai langkah berjaga-jaga.

“Hamba sudah pun naik,”balas suara itu dari belakang Seri Maharaja.

Seri Maharaja terkejut.Dia cuba bangun sambil menghunus kerisnya tetapi sikunya ditahan dari belakang,menyebabkan kerisnya tidak dapat dihunus.

“Sabar dulu,”suara itu menegaskan.”Hamba bukan mencari geruh.”

“Siapa kamu sebenarnya?”Seri Maharaja tidak berani menoleh ke belakang.

“Siapa hamba tidak penting,”balas pendekar tidak dikenali itu.”Batalkan sahaja rancangan Orang Kaya hendak menggulingkan baginda Sultan.”

“Suaramu macam kukenal,”sahut Seri Maharaja.”Siapa yang membuat fitnah ini?Demi Allah, hamba tidak pernah menyokong pakatan jahat ini.Taat setia hamba tetap pada Duli Yang Dipertuan sekarang.Hamba tak pernah bertuankan Yamtuan Muda Ibrahim.”

“Hamba mohon maaf jika tersalah sangka,”pendekar itu seperti merayu.

“Memang tak salah lagi kaulah Panglima Agung,menantu Temenggung dari negeri Kedah itu,”Seri Maharaja masih membelakanngi pegunjung tersebut.”Aku cam suaramu sekarang.

Kalau Panglima menaruh syak,percayalah………Panglima?Panglima!”Merasa sesuatu tidak kena,Seri Maharaja pun menoleh ke belakang.Tidak ada sesiapa di situ.Panglima Agung sudah lesap seperti mambang.Senyap dan pantas.Tanpa disedari.

Rumah Laksamana tersergam sepi di pinggir Kota Batu Sawar dibungkus keheningan dinihari.Laksamana suka bangun awal,biasanya sebelum subuh.Tabiat itu tidak boleh ditinggal-kan sejak berpindah ke Lingga dan Tambelan bersama almarhum Sultan Abdullah dulu.Tabiat-nya membuat dia kelihatan jauh lebih muda dari usianya yang sudah menjangkau 70 tahun. Dia bangun awal untuk membuat latihan silat yang diwarisi dari nenek-moyangnya.Latihan itu kadangkala keras,kadangkala lembut,tujuannya untuk mengekalkan kecergasan di samping mengeluarkan peluh.Latihan yang berterusan sejak berpuluh tahun yang lalu menjadikan diri-nya lebih tangkas dan lebih bertenaga dari kebanyakan anak-anak muda.Gelaran laksamana yang diberikan sultan itu bukan sekadar gelaran dan gelaran Paduka Raja dipangkal namanya membuktikan jasa-baktinya dikenang sultan.

Rumah berbumbung tiga berbentuk seperti rumah Melaka itu memang luas,tiangnya tinggi-tinggi,dipagari pula kayu papan yang kukuh menjadikan kawasan halaman yang luas itu ter-lindung dari luar.Ini memudahkan dia berlatih tanpa dilihat sesiapa.Pergerakan dan langkah-langkah silatnya memang dirahsiakan turun-temurun sejak dahulukala.Dinihari itu dia berlatih lagi.Dimulakan dengan senaman ringan untuk memanaskan badan.Senaman-senaman itu banyak meniru pergerakan harimau,burung rajawali dan ular atau naga. Setelah pecah peluh, baru dia menyambung pula latihannya dengan bunga dan jurus silat.Dia berlatih membuat tangkapan,ikatan dan kuncian seolah-olah berhadapan dengan musuh sebenar.Pergerakannya lincah dan tangkas,langkahnya hidup dan tidak sumbang.Memang selayaknya dia bergelar Orang Kaya Paduka Raja Laksamana Tun Abdul Jamil dari keturunan Hang Tuah.

Puas membuat latihan,dia duduk berihat di atas anak tangga,membiarkan sahaja badannya yang berminyak bermandikan peluh itu dibelai udara dingin.Dia duduk mengembalikan semula pernafasannya serta memulihkan tenaganya.

“Assalamualaikum,”tiba-tiba satu suara garau menegur dari sebelah kanan Laksamana. Laksamana terkejut lalu melompat membuka langkah silat,kuda-kudanya rendah,dadanya yang bidang menghadap ke arah musuh.

“Siapa kau?”sergahnya garang,matanya menyorot tajam pada lembaga berpakaian serba hitam yang tercegat di hadapannya.”Bagaimana kau masuk kemari?”

“Waalaikumussalam,”pendekar itu menjawab salamnya sendiri.

“Kau Panglima Agung?”Laksamana seakan terkejut.”Memang sah kau Panglima Agung. Aku cam suaramu dan sosok tubuhmu.”Dia menoleh ke arah pintu pagar yang masih terkunci rapat dari dalam dan mengulangi pertanyaannya,”Bagaimana kau dapat masuk kemari?”

“Di mana ada kemahuan,di situ ada jalan,”jawab Bujang dengan tenang. Dia perlu berpura-pura dan menyamar sebagai orang lain lagi kerana dirinya sudah dikenali.

“Kau gunakan ilmu sekayu papan?”tanya Laksamana,merujuk pada sejenis kemahiran melompat yang biasanya dimiliki oleh para pendekar kungfu dari negeri China.”Tak ramai hulubalang Melayu belajar ilmu itu.”

“Laksamana,”tegas Bujang tanpa menghiraukan soalan itu.”Biarlah hamba berterus-terang. Hamba datang kemari untuk memberi pesan.Jangan cuba turunkan baginda Sultan dari tahta.”

“Berani kau melarang aku,”Laksamana bersemuka dengan Bujang.”Aku yang menaikkan sultan,aku juga yang berhak menurunkannya. Kau budak berhingus jangan cuba menunjuk-ajar aku yang terlebih dahulu makan garam.”

“Apa hak Laksamana?”Bujang cuba mengorek rahsia,kata-kata nista yang dilemparkan itu tidak diendahkan.”Setahu hamba,setiap keputusan perlu ada muafakat antara semua pembesar.”

“Memang sudah sepakat sebulat suara,”suara Laksamana mengendur.”Bila Sultan Abdullah mangkat di Pulau Tambelan,adindanya kami rajakan sebagai Sultan Johor yang baru kerana puteranya masih kecil.Puteranya dengan permaisuri dari Acheh dilucutkan  hak setelah permaisuri itu diceraikan dan dihantar balik.”

“Permaisuri dari Acheh diceraikan?”tanya Bujang,terkejut dengan maklumat baru itu.

“Memang diceraikan,”Laksamana menegaskan.”Ramai yang jadi saksi dan berani bersumpah menjunjung Qur’an.”Sebab itulah Raja Acheh naik murka dan menyerang Johor untuk menebus malunya.”

“Cerai dan talak tidak boleh dibuat mainan,kelak buruk padahnya,”Bujang mempertahankan maruah almarhum bondanya.”Jangan suka bersumpah,nanti sumpah memakan diri sendiri.”

“Siapa kau yang hendak cuba menegakkan benang basah?”Laksamana naik angin semula.

“Hamba lebih maklum cerita yang sebenar,”Bujang berhujah.”Mertua hamba,Temenggung, telah menceritakan segala-galanya,termasuk perihal Ratu Jambi yang cuba meracun almarhum bonda hamba.”

“Bonda?”suara Laksamana berubah,tembelangnya sudah pecah.”Jadi,kaulah Tengku Alang Iskandar,putera Sultan Abdullah dengan permaisuri dari Acheh itu?Sekarang,kau kembali hendak menuntut hakmu di atas tahta?”

“Jauh panggang dari api,”Bujang menafikan.”Laksamana,hamba hormati Laksamana sebagai orang tua yang sudah masak dengan pengalaman hidup.Hentikanlah niat Laksamana hendak menggantikan sultan sekarang dengan Yamtuan Muda Ibrahim.”

“Raja Ibrahim itu adikmu juga,meskipun dia lebih tua,”Laksamana tetap berkeras.”Dia sudah cukup dewasa.Sultan mesti mengotakannya janjinya.”

“Mengapa duduk sebelum melunjur?”bidas Bujang.”Tunggu sehingga Sultan mangkat,barulah dinobatkan Raja Ibrahim. Ikut adat dan peraturan,masakan ada sengketa.”

“Aku juga tidak suka bersengketa,”Laksamana mendabik dada,”Tapi,pantang kami cucu-cicit keturunan Hang Tuah jika kehendak kami dihalang!Lebih-lebih lagi dihalang oleh anak muda yang masih setahun jagung seperti kamu!”

“Jangan dicemar nama baik teman seperguruan hamba,”balas Bujang tanpa menyedari keterlanjurannya.”Hentikanlah niat buruk ini, Laksamana. Jika tidak,hamba terpaksa campur tangan.”

“Berani kau menentang aku?”Laksamana mula membuka langkah silatnya.

“Bukan menentang,”Bujang menepuk keris pendeknya.”Hanya mencegah kemungkaran.”

“Kau ingat dengan Keris Sempana Riau itu aku takut pada kau?”Suara Laksamana meninggi lagi.”Aku tak gerun dan gentar walau sebesar bulu sekali pun!”

Kerana merasa tercabar,kemarahan Laksamana tidak dapat dibendung lagi.Dia terus menerkam menyerang Bujang dengan sepak-terajang dan tumbukan. Sungguhpun demikian, Bujang sudah bersedia dari awal.Penglihatannya yang tajam dapat membaca setiap gerak-geri Laksamana walaupun di dalam gelap.Setiap serangan yang datang seperti peluru itu dengan mudah dapat dielak dan ditangkis.Langkahnya seirama dengan langkah Laksamana

Tidak cukup dengan menumbuk dan menyepak,Laksamana menghambur pula seperti seekor harimau yang galak,melenting ke hadapan dan ke belakang,ke kiri dan ke kanan,tujuannya untuk mengelirukan Bujang sambil mencari peluang keemasan mengalahkan lawannya yang jauh lebih muda itu.Tetapi,Bujang tidak mudah dikelirukan oleh tipu-muslihat itu. Dia bagai-kan sudah menduga setiap serangan yang datang dan memberi tindak-balas yang sewajarnya.

Dalam mengelak dia menyerang,dalam menyerang dia  mengelak,kedua-dua kakinya seperti tidak berpijak di tanah.

Diperbudakkan berkali-kali,Laksamana hilang sabar. Dia terus menyambar keris panjangnya yang terletak di atas anak tangga itu.Keris itu dihunusnya dengan keras.

“Inilah Keris Taming Sari,keris warisan dari moyangku Hang Tuah,”katanya dengan bangga sambil mengucup bila keris itu.”Dengan keris sakti ini di tanganku,tidak ada biji mata di dunia ini yang mampu melukakan kulitku,apa lagi mengalahkan aku!”

Bujang tersenyum tawar kerana dia tahu Keris Taming Sari yang sebenarnya masih berada di tangan Hang Tuah di alam ghaib.

“Jangan terlalu takbur,Laksamana,”Bujang menghunus Keris Sempana Riau miliknya.

Laksamana tertawa melihat keris di tangan Bujang.”Kalau keris panjang sejengkal,jangan lautan hendak diduga.”

“Kita sama-sama ayam sabung,Laksamana,”tegas Bujang sambil menimang kerisnya.”Kalah atau menang,itulah adat permainan.”

“Cis!”Laksamana melompat melepasi kepala Bujang,hendak diparangnya tengkuk Bujang dengan keris panjang itu.Bujang bergolek ke hadapan mengelak dari serangan itu.Bila Laksamana hinggap semula di atas tanah dan berpaling hendak meneruskan serangannya,dia termasuk ke dalam perangkap Bujang.Bujang memang menanti saat-saat keemasan seperti itu. Macam kilat pantasnya,Bujang menyimbat keris pendeknya,hujung keris itu mengguris dada Laksamana.Laksamana tergamam sambil menekap dadanya.Sebaik sahaja tangan itu dibuka, ada kesan darah pada telapak tangan.

“Ayahanda!”Yamtuan Muda Ibrahim menerkam turun dari atas serambi.

Bujang terkejut dengan kehadiran bakal sultan itu. Dia berundur beberapa tapak dan membiarkan sahaja Yamtuan Muda Ibrahim menyerbu mendapatkan Laksamana.Seorang perempuan muda membuka jendela dan turut menjenguk keluar.

“Ayah luka sikit,hanya kulit yang terguris,”kata Laksamana pada Yamtuan Muda Ibrahim.

“Ayah?”Bujang terperanjat,memerhati mereka berdua,kemudian perempuan di jendela.

“Laksamana ini ayahanda mertua beta,Panglima Agung,”Yamtuan Muda Ibrahim menjelas-kan,berita itu bagaikan halilintar.”Perempuan itu anak Laksamana,baru beta kahwini bulan lepas dan kini berbadan dua.”

Bujang jadi lemah semangat bila sengketa itu melibatkan darah-dagingnya sendiri. Keris pendek itu disarungkan.

“Kenapa,Panglima Agung?”Laksamana mengejek sambil menekan lukanya.”Tak mahu bertikam lagi?Bukankah Yamtuan Muda ini musuh ketatmu?”

“Air dicincang takkan putus,”Bujang berpaling ke arah lain.”Sebusuk-busuk daging,dibasuh dikincah dimakan jua.”Tanpa menoleh lagi ke belakang,Bujang terus ke pagar yang tinggi itu. Teka-teki mengenai cara dia memasuki kawasan itu dengan mudah terjawab dengan sendiri bila dia memanjat sigai buluh yang disandarkan pada pagar itu.Dari atas pagar itu,dia terjun ke luar dan berlari menghilangkan diri ke dalam gelap.

Subuh khamis 15 Zulkaedah 1062Hijrah bersamaan 7 Oktober 1652 Masehi ketika mendayung sampan pulang,Bujang terdengar azan berkumandang dari sebuah perkampungan tidak jauh dari Kampung Panchor. Dia melihat ke sana dan ternampak cahaya terang benderang dari sebuah masjid lama. Dia pun singgah di pengkalan menambatkan sampannya pada tiang pelantar.Pakaian pendekarnya masam dan tengit berbau peluh. Kerana masa terlalu suntuk,dia pun terjun ke dalam sungai dan mandi dengan pakaiannya sekali.Dia menyelam sekali,meng-gosok-gosok badannya,menyelam lagi kemudian naik ke sampan menukar pakaian yang basah itu dengan pakaian sembahyang. Pakaian yang basah itu diperah,ditinggalkan di dalam sampan. Dia mempercepatkan langkah menuju ke mesjid itu.

Masjid itu tidak begitu besar,kubah dan dinding berwarna putih itu memancarkan cahaya menerangi saf-saf jemaah yang sudah berdiri hendak menunaikan sembahyang.Lilin atau pelita tidak kelihatan langsung.Anehnya semua jemaah itu berpakaian serba hijau,berserban dan berjubah.Hatinya berdebar-debar apabila hidungnya tercium bau harum yang semerbak.

“Assalamualaikum,”Bujang memberi salam sebaik sahaja kakinya menjejak pintu masjid.

“Waalaikumussalam,”bergema salamnya dijawab seperti bunyi lebah.Para jemaah mengelak memberi jalan sehingga terbuka sebuah ruang menuju ke tempat imam yang masih kosong. Salah seorang jemaah memberi isyarat dengan ibu jari menyuruhnya ke tempat imam. Tanpa membantah,Bujang tampil mengambil tempat yang ditunjukkan.Para jemaah merapatkan kembali barisan.Seorang jemaah lain pula melaungkan qamat.Subuh itu,Bujang menjadi imam kepada para jemaah yang tidak dikenali itu.

Seperti biasa,dia mudah khusyuk dalam sembahyangnya sehingga segala ingatan yang mengganggu itu terhapus dari lintasan hati.Pandang yang banyak pada yang SATU,pandang yang SATU pada yang banyak.Dia tidak sedar apa-apa sehinggalah dia membaca salam terakhir.Selepas itu dia berwirid,diikuti beramai-ramai oleh para jemaah.Dia bertasbih dan bertahmid.Ketika dia membaca doa selepas sembahyang,doanya diaminkan oleh semua jemaah

sehingga seluruh kawasan dalam masjid itu bergemuruh dengan suara mereka.Sebaik sahaja dia menyapu tangannya ke muka dan berpaling hendak bersalam dengan mereka,tiba-tiba suasana yang terang-benderang bertukar menjadi  gelap,masjid dan semua jemaah berpakaian serba hijau itu ghaib dari pandangan.Dia mendapati dirinya berada di atas sebuah tikar mengkuang di hadapan sebuah istana lama yang sudah runtuh.Hari sudah terang-terang tanah.

“Subhanallah,”pujinya penuh terharu dengan kebesaran Allah itu.

“Panglima?”tegur Lela Wangsa dari sebelahnya,suara itu macam terkejut.

Bujang melihat Lela Wangsa duduk bersila di sebelahnya lalu menghulur tangan bersalam.

“Bila Panglima kemari?Sedar-sedar Panglima sudah tercongok di situ,”tegurnya lagi.

“Kau ke mana gerangan?”Bujang bertanya,masih keliru dengan apa yang berlaku.

“Ke mana lagi,”balas Lela Wangsa.”Bukankah Panglima menyuruh hamba menunggu di Makam Tauhid ini pada waktu subuh?Hamba pun datanglah,tapi Panglima tidak ada. Hamba pun sembahyang seorang diri.”

“Kau ternampak apa-apa keganjilan tentang tempat ini?”tanya Bujang.

“Tak ada pula,Panglima,”ujar Lela Wangsa.”Makam Tauhid ini bekas tapak istana Duli Yang Dipertuan sebelum baginda berpindah ke istana Batu Sawar sekarang.Baginda terpaksa berpindah kerana istana lama ini membawa mala petaka.Raja Bendahara mangkat,Laksamana  dan ramai pembesar jatuh sakit di sini.Memang ganjil dan menyeramkan.Kata orang tua-tua, di sini ada masjid jin,sebab itulah kurang sesuai dibina istana.”

“Selepas ini kita ke mana pula?”tanya Bujang lalu bangun untuk memakai capalnya.

“Hamba tak tahu tentang Panglima tapi hamba nak balik tidur,”Lela Wangsa menggulung tikar untuk dibawa ke sampan.”Semalam suntuk hamba menemani Panglima ke hulu ke hilir menunjukkan tempat Tambak,Seri Bija Diraja,Seri Maharaja dan Laksamana.”

“Eloklah begitu,”Bujang membantu membawa tikar ke sampan.”Hamba juga perlu melelapkan mata barang sepicing-dua.Tidur-tidur ayam pun jadilah.”

Mereka ketawa menuju ke sampan.

“Apa yang menggelikan hati abang?”tanya Chendana sambil lekas-lekas memakai kain batik berkemban untuk menutupi badannya yang masih berpeluh.Wajahnya berseri-seri kepuasan.

“Abang terkenangkan perbuatan kita ini,”Bujang yang baru lepas mengenakan sehelai kain pelikat turut sama berpeluh.”Menjolok mata juga jika diketahui emak dan ayah.”

“Abang memang nakal,pura-pura tidur,”Chendana mengirai rambutnya yang tidak terurus, rambut yang panjang itu dibuat sanggul.”Bila Chendana masuk kemari,teruk abang kerjakan sampai Chendana lemah tidak bermaya.”

Bujang ketawa sambil bingkas bangun. Dihampiri jendela,dibukanya jendela itu agar angin dari luar menerpa masuk menyejukkan badannya.”Emak dengan ayah ke mana perginya sampai tengah hari begini belum balik-balik?”

“Emak mengikut ayah ke istana,”Chendana menggosok bahagian tertentu yang dirasanya masih basah melekit.”Hari ini semua pembesar masuk mengadap ke bawah Duli Yang Dipertuan.Tentunya ada persidangan penting.”

“Bukankah ayah masih sakit?”Bujang mencapai kain basahan.

“Luka ayah semakin sembuh,”Chendana juga mengambil kain basahan.”Ayah sudah boleh berjalan walaupun masih terjengket-jengket.Abang nak ikut ke sana?”

“Buat apa?”Bujang menoleh memandang Chendana.”Bila agaknya mereka balik?”

“Biasanya lewat petang,”Chendana menutup bahunya dengan kain basahan.

“Kita masih ada banyak masa lagi,”Bujang memandang isterinya seperti mahu ditelannya.

“Ya Allah,matilah Chendana,”Chendana cuba melarikan diri tetapi tangannya sempat ditangkap oleh suaminya.Mereka berdua jatuh ke atas katil.Chendana pura-pura cuba meronta.

Sebentar kemudian,Chendana tidak meronta lagi,hanya satu keluhan terpancut dari bibirnya.

Katil itu mula bergoyang,lama-kelamaan semakin kuat sehingga menggegarkan lantai rumah.

Keluhan Chendana semakin memanjang dam semakin mengasyikkan di pagi itu.

“Jemput makan,Mak,”pelawa Bujang.”Mengapa mak balik seorang?Mana ayah?”

Mak Siti memerhati anak dan menantunya yang sedang menjamu selera.Dilhatnya rambut mereka masih basah,terutama rambut anaknya.Dia tersenyum simpul.Fahamlah dia apa yang telah berlaku semasa ketiadaannya.”Lewat juga kau berdua makan nasi,”tegurnya penuh bermakna,soalan menantunya tidak terus dijawab.

Bujang dan Chendana tidak membalas,hanya sekadar senyum-senyum kambing.

Wajah Mak Siti bertukar muram bila teringat kembali soalan Bujang.”Persidangan belum lagi selesai.Ayahmu terpaksa menunggu sampai malam.Banyak persiapan perlu dibuat.Bukan perkara kecil kalau hendak menyerang negeri orang.”

“Menyerang negeri orang?”Bujang tiba-tiba hilang selera.Dia berhenti makan lalu membasuh tangan,”Dengan siapa kita hendak berperang,Mak?”

“Itu Mak kurang periksa,”jawab Mak Siti.”Tentulah negeri-negeri berhampiran yang belum lagi menjadi jajahan takluk Johor.Ayahmu dilantik sebagai panglima perang.”

“Bukankah luka ayah belum sembuh lagi?Ini tidak boleh dibiarkan,”Bujang bingkas bangun menuju ke bilik untuk menukar pakaian.

Persidangan baru sahaja bermula apabila Bujang tiba di balai rong seri istana Batu Sawar. Dia masuk dan duduk di hujung sekali tanpa disedari oleh sesiapa.

“Orang Kaya sekelian,”Sultan Abdul Jalil yang dibahasakan sebagai Duli Yang Dipertuan bertitah dari atas singgahsananya sambil memerhati semua pembesar.”Beta ingin meluaskan lagi jajahan Negeri Johor ini dengan menyerang dan menakluki negeri-negeri berhampiran. Buat permulaan,kita akan serang Rokan dulu,kemudian diikuti oleh Siak dan Inderagiri. Oleh kerana Orang Kaya Paduka Raja Laksamana sedang gering,tugas mengepalai serangan ini beta serahkan sepenuhnya kepada Orang Kaya Temenggung dan beta minta…!”

“Ampun Tuanku beribu-ribu ampun,sembah durhana patik sembahkan,”tiba-tiba Bujang mencelah memotong titah baginda Sultan.Duli Yang Dipertuan menoleh dan buat pertama kalinya melihat Bujang dalam persidangan itu.Begitu juga dengan lain-lain pembesar.

“Oh,Orang Kaya Panglima Agung sudah datang,”tegur baginda Sultan.

“Ampun patik,Tuanku,kerana berdatang sembah tanpa dijemput,”Bujang memohon.

“Tidak mengapa,”baginda Sultan memaafkan.”Orang Kaya Panglima bukan orang lain, menantu kepada Orang Kaya Temenggung juga. Beta perkenankan dan izinkan Orang Kaya berbicara dalam persidangan ini.”

“Menjunjung kasih,Tuanku,”sembah Bujang.”Bukan niat patik hendak masuk-campur dalam urusan negeri ini.Tetapi,jika Laksamana yang masih segar-bugar dikatakan gering,betapa pula ayah patik Datuk Temenggung yang mana lukanya masih belum sembuh sepenuhnya.”

“Orang Kaya Laksamana memang gering,”baginda Sultan menjelaskan.”Luka di dadanya keracunan bisa senjata akibat mempertahankan rumahnya yang dimasuki penceroboh semalam. Sebab itulah,Orang Kaya Laksamana tidak hadir dalam persidangan ini.”

“Betapa pula halnya dengan bapa mertua patik yang belum lagi pulih dari lukanya?”

“Perkara ini sudah beta fikirkan masak-masak,”baginda Sultan memberi penjelasan.”Tidak ada sesiapa lagi di negeri ini yang lebih layak menjadi panglima perang.Orang Kaya Bendahara Seri Maharaja sudah balik ke Sekudai.Siapa lagi yang boleh beta harapkan?”

“Patik sedia berkhidmat ke bawah duli Tuanku,”Bujang menawarkan diri.

“Bukankah baru sebentar tadi Orang Kaya Panglima mengatakan tidak mahu masuk campur dalam urusan negeri ini?”Baginda Sultan memulangkan paku buah keras.

“Dalam perkara seperti ini,kepentingan diri harus diketepikan,sebaliknya kepentingan negeri harus diutamakan,ampun Tuanku,”Bujang memberi hujah-hujahnya.

“Bagus,beta gemar dengan bicara Orang Kaya Panglima,”puji baginda Sultan di hadapan pembesar-pembesar lain.”Memang patutlah Sultan Kedah memberi anugerah gelaran Tengku Laksamana Agung Raja Laut. Oh,jangan terkejut,beta pun ada sama dalam majlis perkahwinan Orang Kaya dengan puteri Sultan Kedah.Beta diajak Tuan Cornelis.Tak dapat beta lupakan peristiwa Orang Kaya membunuh lima orang hulubalang Siam di Balai Besar…!”

“Ampun Tuanku beribu-ribu ampun,”Bujang mencelah sebelum baginda Sultan bercerita lanut.”Memandangkan patik kurang memahami selok-belok perairan sini,sementelah lagi patik masih baru,izinkan Orang Kaya Lela Wangsa  ikut sama sebagai pembantu patik.”

“Beta izinkan dan perkenankan,”balas baginda Sultan.”Orang Kaya Panglima pilihlah siapa sahaja untuk membantu Orang Kaya. Beta tiada halangan.”

“Sekali lagi patik menjunjung kasih,”sembah Bujang.”Segala titah perintah Tuanku terletak di atas batu jemala patik.”

“Orang Kaya sekelian,”baginda Sultan bertitah lagi.”Perkara terakhir ialah perkara hendak meminang puteri Jambi untuk Raja Muda Ibrahim.Disebabkan Orang Kaya Temenggung bukan lagi panglima perang,urusan peminangan ini beta serahkan kepada beliau.Terpulanglah pada Orang Kaya Temenggung untuk menetapkan hari yang sesuai.Orang Kaya Seri Nara Diraja selaku penghulu bendahari boleh keluarkan pembiayaan untuk semua urusan.”Baginda Sultan memerhati para pembesar seketika,kemudian mengakhiri titahnya,”Kesihatan beta tidak begitu baik,beta diserang sakit pinggang.Kalau Orang Kaya sekelian tiada apa-apa lagi,kita bersurai sekarang.”

Ketika lain-lain pembesar mengiringi Duli Yang Dipertuan keluar dari balai rong seri itu, Bujang mendapatkan Temenggung.”Ayah,betulkah Laksamana keracunan bisa senjata?”

“Memang betul tu,Bujang,”akui Temenggung.”Ayah sendiri singgah melihatnya sebelum kemari.Kata Yamtuan Muda,Laksamana masih tidak sedarkan diri,seluruh tubuhnya lebam-lebam seperti terkena patukan ular.Dua-tiga orang dukun sedang mengubatinya sekarang.”

“Rupanya kerambit ini cukup berbisa,”Bujang mengikut ayahnya terjengket-jengket keluar dari balai rong seri itu.

“Jadi,kaulah yang menceroboh beberapa buah rumah semalam?”tanya Temenggung.

“Niat Bujang hanyalah untuk mengajar mereka supaya kita tidak diperbudakkan,”Bujang ternampak Lela Wangsa sedang menunggu di muka pintu.”Jalak,kau temankan Temenggung balik. Hamba hendak singgah di rumah Laksamana.”

Kedatangan Bujang ke rumah Laksamana menyebabkan para pengikut Laksamana yang berkerumun di situ segera menjauhkan diri.Ternyata kecederaan yang dialami Laksamana dan siapa yang menyebabkan Laksamana cedera telah diketahui ramai.Bujang terus naik ke atas rumah tanpa mempedulikan mereka.Laksamana terlantar tidak sedarkan diri di atas katil di dalam biliknya dengan hanya ditemani Yamtuan Muda dan isterinya anak Laksamana.Wajah Laksamana pucat lesi,seluruh badannya dipenuhi lebam,matanya terpejam rapat.

“Bawakan air,”pinta Bujang. Anak perempuan Laksamana menghulurkan sebuah batil tembaga yang berisi air.Bujang mengeluarkan kerambit dan menghunusnya. Mata kerambit itu dicelup ke dalam batil.Serta-merta air dalam batil itu bertukar menjadi kehitam-hitaman.

“Sapu pada lukanya,”Bujang memulangkan batil itu kepada anak Laksamana.”Bila dia sedar nanti,beri dia minum sedikit.Bakinya berikan pada Tambak.”

“Tapi,ini kelihatan seperti racun,”Yamtuan Muda cuba membantah.

“Hanya racun yang boleh melawan racun,”Bujang menyarungkan kerambitnya dan turun ke tanah.Dia terus meninggalkan rumah Laksamana tanpa menoleh ke belakang lagi.

“Walaupun niatmu baik,tindakanmu mungkin mengundang lebih ramai musuh,”ramalan itu disuarakan Temenggung malam itu di serambi selepas mereka habis menjamu selera.”Anak buah Laksamana ramai.Mereka akan membalas dendam,tak dapat tanduk telinga dipulas.”

“Apa boleh buat,ayah,”balas Bujang.”Perbuatan telah terlanjur.Bila ayah hendak ke Jambi menguruskan perkara peminangan itu?”

“Tunggulah sampai kau balik dari Rokan,”Temenggung menyatakan.”Ayah rasa tak sedap hati meninggalkan ibumu dan isterimu tanpa ditemani sesiapa.Kalau ada orang lelaki dalam rumah, lainlah pula halnya.Kau pula bila nak belayar ke Rokan?”

“Sebaik sahaja angkatan perang kita tiba di sini,”Bujang menerangkan.

“Besok hari Jumaat,”Temenggung mencongak.”Mungkin lusa sampailah kapal-kapal perang dari Sungai Charang,Bentan.Paling lewat pun Ahad ini.

“Kalau boleh Bujang mahu pekerjaan ini diselesaikan dengan cepat.”

“Jangan terburu-buru,”nasihat Temenggung.”Berperang memerlukan persediaan yang rapi serta kelengkapan yang banyak.Sekurang-kurangnya tiga hari baru boleh disiapkan.”

“Siapa kata Bujang hendak berperang dengan Rokan?”jelas Bujang.”Jalan perdamaian masih ada.Apa salahnya kita memilih untuk berdamai daripada menumpahkan darah?.Kalau kita tidak menyerang,orang-orang Rokan tidak akan menyerang balas.Bertepuk tangan sebelah takkan berbunyi,ayah.”

“Pendirianmu lain benar dengan pendirian kebanyakan pembesar kita,”Temenggung meluah-kan isi hatinya.”Mereka semua dahagakan darah dan tidak teragak-agak membunuh demi mencapai cita-cita mereka.”

“Terutama sekali Laksamana,”Bujang menokok-tambah.”Dia ibarat api dalam sekam..Ayah berhati-hatilah dengan tindak-tanduknya.”

“Kau juga harus berhati-hati,Bujang,”pesan Temenggung.”Dia selalu mendabik dada konon-nya dia kebal,cucu-cicit Hang Tuah dan macam-macam lagi.Kau telah memalukannya di khalayak ramai,kau telah menjatuhkan maruahnya. Dia pasti berdendam sampai ke mati.”

“Sepatutnya petang tadi dia dibiarkan sahaja mati keracunan,”balas Bujang.”Tetapi,bukan sifat Bujang mengambil kesempatan ke atas musuh yang sudah lemah. Lagi pun banyak juga jasa kebaktiannya pada negeri ini.”

Mak Siti muncul berpakaian lengkap dengan bertudung litup menutupi rambutnya dan berselindang.”Abang tak bersiap lagi ke?Kata tadi nak pergi dengar orang baca kitab.”

“Baca kitab?Bila pula….?”Temenggung terkebil-kebil.Melihat isterinya memberi isyarat dengan mata,baru dia faham.”Oh ya,baru ayah teringat,Bujang.Malam ini ada seorang ulama dari Demak hendak mengajar kitab ‘Hakikat Insan’ di masjid Sultan.”

“Bagus kitab itu,ayah,”balas Bujang.”Bujang pernah membacanya di Acheh dulu.Tetapi,perlu berguru kerana isi kandungannya terlalu dalam pengertiannya.”

“Apa-apa perkara pun kita kena berguru,”Temenggung bangun menyarungkan baju yang di-hulur oleh Mak Siti.”Kalau tidak berguru,kita berguru dengan syaitan.Nauzubillah.”

“Kami pergi dulu,Bujang,”sambung pula Mak Siti.Dia membantu suaminya menuruni tangga.

Chendana yang meninjau dari dapur  tersenyum simpul kerana dia sudah nengetahui awal-awal lagi rancangan emaknya.Senyap-senyap dia masuk ke bilik tidur menunggu Bujang.

Di halaman rumah,Temenggung dan Mak Siti bertembung dengan Lela Wangsa.

“Nak ke mana malam-malam ini,Orang Kaya?”tegur Lela Wangsa.

“Nak pergi dengar orang baca kitab di masjid,”beritahu Temenggung.

“Baca kitab?”Lela Wangsa kehairanan.”Tadi hamba lalu,masjid itu gelap sahaja.”

“Gelap?”Temenggung memandang isterinya minta penjelasan.

“Malam ini malam Jumaat,”Mak Siti berkias.”Sengaja Siti beri peluang pada Bujang dan Chendana.Kau pula,Lela,jangan ganggu mereka.Kau pun ada isteri di rumah.”

“Sekejap sahaja,Datin,”balas Lela Wangsa sambil tersengih lalu segera beredar ke tangga.

“Habis,kita ni ke mana hendak dituju?”tanya Temenggung pada isterinya.

“Kita ke pondok di dusun,”kata Mak Siti lalu membisikkan sesuatu ke telinga suaminya.

Temenggung tersenyum lebar.Jalannya semakin laju meskipun terhencot-hencot.

Lela Wangsa memberi salam lalu naik ke serambi mendapatkan Bujang. Mereka bersalaman.

“Chendana,bawa air minuman,”pekik Bujang ke arah dapur setelah mereka duduk.

“Tak apalah,hamba sudah minum tadi,”Lela Wangsa menolak.”Panglima,hamba membawa berita baik.Peti besi dari Pulau Besar sudah selamat dibawa ke sini oleh orang-orang kita. Sudah hamba asingkan kepingan wang emas dan perak dari lain-lain barang berharga.”

“Baguslah kalau begitu,”jawab Bujang.”Separuh dari harta itu kau berikan kepada pembuat kapal di Pulau Duyong,separuh lagi gunakan untuk membeli kelengkapan perang.”

“Ada lagi berita baik,Panglima,”sambung Lela Wangsa.”Kita menempah sepuluh buah lancang,sebuah sudah pun sampai di Batu Sawar petang tadi,dibawa oleh Nakhoda Kintan.”

“Cepatnya,”sahut Bujang,kagum.

“Lancang itu memang sudah lama siap,”Lela Wangsa menjelaskan.”Ditempah oleh seorang anak raja Bugis tapi belum dibayar cengkeramnya.Jadi,tukang kapal itu pun berikan dulu pada kita sebab kita bayar tunai.Dia juga membuat beberapa ubah-suai ke atas lancang itu khas untuk kegunaan Panglima.Bentuknya seakan-akan sebuah finisi Bugis.”

“Diubah-suai bagaimana pula?”tanya Bujang ingin tahu.

“Pertama,lancang itu memang lebih besar dari biasa kerana asalnya dibina untuk kegunaan kerabat raja Bugis,”jelas Lela Wangsa.”Geladaknya tiga tingkat.Kurungnya di tingkat tengah lengkap dengan pintu dan tingkap.Bukan itu sahaja,di atas geladak pula dibina tempat khas untuk Panglima berihat bersebelahan dengan tempat jurumudi dan nakhoda. Panglima tengok-lah sendiri nanti.”

“Angkatan perang kita berada di Bentan,”Bujang berfikir sejenak.”Kau pilih kawan-kawan kita yang ingin ikut serta dan suruh mereka bersiap-sedia.Besok pagi kita belayar ke sana.”

“Baik,Panglima,”akur Lela Wangsa dengan taat lalu segera minta diri.

Setelah Lela Wangsa pergi,Bujang tidak bertangguh lagi,terus masuk menemui Chendana untuk  memenuhi tanggung-jawabnya sebagai seorang suami.Malam semakin larut.Angin bertiup sepoi-sepoi bahasa, dedaun bergoyang lembut mengikut irama.Akhirnya embun jantan pun turun membasahi daun lalu menitis ke bumi yang segar.Jauh dari hutan,burung kuang berbunyi tingkah-meningkah.Sekali-sekala kedengaran ayam hutan mengekas.

“Lain macam sahaja perangai Chendana,”tegur Bujang pada isterinya ketika mereka berpelukan dalam selimut.

“Tak ada apa-apa,abang,”Chendana cuba menyembunyikan perasaaannya.

“ Tidak cukupkah layanan abang pada Chendana?”Bujang cuba mencungkil.

“Lebih dari cukup,”jawab Chendana bena tak bena.”Semuanya memuaskan.”

“ Habis tu,apa lagi yang tidak kena?”Bujang terus mendesak.

“ Chendana merasa berat hati hendak  melepaskan abang pergi belayar besok,”akhirnya Chendana tidak dapat menahan rasa hatinya lagi.”Tak boleh kah ditangguhkan dulu barang seminggu-dua lagi?”

“Ini titah perintah,tak dapat tidak mesti dipatuhi,”Bujang memberi alasan.”Kerja raja di-junjung,kerja sendiri dikilik.”

“Chendana bermimpi lagi mimpi yang sama,”Chendana menyatakan.”Mimpi dibelit ular…!”

“Ah,…jangan mudah percaya pada mimpi,”Bujang cepat-cepat mencelah.”Bukankah mimpi itu hanya mainan tidur? Berdoa dan bertawakallah kepada Allah. Abang berjanji abang akan segera pulang apabila pekerjaan ini selesai.”

Chendana menatap wajah suaminya lama-lama,rambut suaminya itu dibelai-belai.

“Abang,”katanya perlahan.”Chendana kepingin hendak makan daging pelanduk.”

“Tunggulah sampai abang balik dari Rokan,”jawab Bujang.”Kijang atau rusa boleh tak?”

“Ala abang ni,”balas Chendana seakan merajuk.”Bukan Chendana yang kepingin sangat. Ini semua pembawaan anak dalam kandungan.”

“Anak dalam kandungan?Maksud Chendana?Oh Chendana,”Bujang terus memeluk dan mengucup dahi isterinya dengan gembira sekali.”Tapi,..betulkah semua ini?”

“Tak percaya lagi,”sindir Chendana dengan manja.”Tentulah betul.Dah tiga hari lewat.”

“Apa yang lewat?”tanya Bujang,tidak faham.

“Lewatlah,”balas Chendana.”Orang lelaki mana tahu perkara ini.”

Bujang nampak macam faham tetapi masih bingung.”Chendana pastikah?”

“Tubuh-badan Chendana,tentulah Chendana pasti,”Chendana menekan suaranya.

“Bertuahnya abang,”Bujang memeluk Chendana sekali lagi.”Kedua-dua isteri abang sudah berbadan dua.Tak lama lagi Fatimah akan mendapat adik .”

“Kalau boleh,abang cari pelanduk jantan,ya?”pinta Chendana.

“Kenapa pula mesti pelanduk jantan?”sekali lagi Bujang bingung.

“Kerana Chendana rasa anak kita ini anak lelaki,”ujar Chendana.

“Baiklah,”Bujang berjanji.”Kerana Chendana,abang sanggup berkorban apa sahaja.”

“Macam itulah,”Chendana memeluk suaminya erat-erat.”Apa kata kita raikan sekali lagi kegembiraan kita?”

“Pantang kucing menolak ikan,”balas Bujang yang sentiasa kemaruk dan tidak pernah jemu.

Chendana mengilai manja apabila Bujang menindihnya……..!

Keesokan paginya pada hari Jumaat 23 Zulkaedah 1062 Hijrah@15 Oktober 1652 Masehi, lancang yang dinaiki Bujang mula belayar meninggalkan pengkalan Batu Sawar.Semua anak kapal melambai-lambai ke arah kaum-keluarga,sanak-saudara dan sahabat-handai yang datang berpusu-pusu untuk mengucapkan selamat jalan.Ramai yang menitiskan air mata. Suasana bertambah sayu apabila Nakhoda Kintan melaungkan azan sebagai tanda perpisahan.

Dari atas geladak,Bujang melihat Chendana tidak henti-henti mengesat air mata sambil menangis tersedu-sedu,dipujuk oleh kedua-dua orang tuanya.Hatinya turut merasa sebak dan hiba.Namun,air mata bukan penghalang,malah azamnya bertambah kuat,untuk meneruskan rancangan yang telah dipersetujui bersama.Pantang pendekar berundur setelah melangkah. Dia pun beredar ke hadapan sekali,memerhati dengan tenang lancang itu membelah ombak sungai menuju ke kuala.Lain-lain pendekar dan hulubalang mencontohi perbuatannya dan menumpu-kan perhatian pada pekerjaan utama mereka yang dititahkan sultan.Awak-awak sibuk mengendalikan kemudi dan tali-temali layar di bawah pengawasan Nakhoda Kintan.

“Berapa ramai angkatan kita yang menunggu di Sungai Charang?”Bujang bertanya setelah Lela Wangsa berada di sisinya.

“Enam puluh buah lancang,”jawab Lela Wangsa.”Lebih kurang enam ribu orang pendekar dan hulubalang,Panglima. Lengkap dengan segala peralatan perang.”

“Angkatan perang Rokan?”tanya Bujang,fikirannya mula membuat rancangan.

“Tak sampai seribu orang,diketuai oleh Panglima Berantai,”Lela Wangsa menjelaskan.

“Rajanya?”tanya Bujang lagi sambil membimbit kampit kulitnya.

“Seorang raja dari Minangkabau yang bergelar Raja Hitam,”jelas Lela Wangsa.”Panglima Berantai itu ayam tambatannya kerana ilmu persilatannya terlalu tinggi.Kalau Panglima Berantai dapat dikalahkan,mudah sahaja kita menakluki Rokan.”

“Kurung Panglima di sana,”Lela Wangsa menunjuk ke arah sebuah bilik berbumbung di belakang bilik kemudi.”Kawasan itu kawasan larangan,tak siapa pun boleh masuk.Panglima berihatlah dulu,nanti hamba tunjukkan semua tempat dan kelengkapan di lancang ini.”

“Baiklah,”Bujang pun berjalan menuju ke tempat yang ditunjukkan.Kurungnya itu bertingkap dua dan berpintu,dipasang kisi-kisi supaya mudah angin keluar-masuk.Di dalamnya kelihatan seperti sebuah bilik yang sederhana besar,lengkap dengan katil,meja,bangku,almari dan sebuah rak bertingkat.Lantainya dihampar dengan tikar mengkuang.Terdapat sebuah lagi bilik kecil yang dipisahkan oleh bidai buluh,siap dengan tempayan air dan gayung,dijadikan tempat mandi.Bilik mandi itu dipasang saluran ke bawah lantai geladak,seterusnya ke buritan lancang untuk mengalirkan air kumbahan dan najis.Dia juga melihat sebuah peti besi dengan anak kuncinya ditinggalkan dalam lubang kunci.Dibukanya peti besi itu untuk memeriksa saki-baki barang berharga yang belum digunakan,kemudian dikuncinya peti besi itu.Kuncinya diambil, digantung pada dinding.Dia meletak kampitnya di atas peti besi itu dan mencuba katil yang disediakan.Katil yang disediakan dengan tilam kekabu cukup selesa.Semua perabot dalam bilik itu dipasak dan dipaku pada lantai geladak supaya tidak bergerak.Dilihatnya terdapat sebuah lagi tingkap kecil yang bersambung ke tempat kemudi.Tingkap itu boleh disorong dan ditarik, dari tingkap itu kelihatan Jurumudi dengan cerakah kemudinya seperti roda kereta lembu.Dia mengangguk pada Jurumudi dan Nakhoda,kemudian menutup semula tingkap gelongsor itu lalu keluar semula ke geladak.

Lancang kepunyaannya itu memang kelihatan seperti finisi Bugis dengan empat tiang layar serta dilengkapkan dengan dua puluh pucuk meriam tembaga yang sederhana besarnya.Di hadapan dan di belakang lancang itu dipasang pula meriam pemuras untuk menembak peluru penabur.Kurung tempat penginapan Nakhoda Kintan,Jurumudi,Jurubatu dan tukang dibina di atas geladak juga iaitu di bahagian buritan lancang.Bila Bujang turun ke bawah geladak,dilihat-nya lebih banyak kurung untuk menempatkan awak-awak,pendekar dan hulubalang,siap dengan meja panjang dan bangku di ruang makan,sebuah tandas dan sebuah bilik mandi.Di situlah ditempatkan semua meriam dengan muncungnya yang disumbat sabut itu terjulur keluar melalui lubang angin.Pelantar meriam itu diikat kukuh dengan tali dan rantai.Peluru dan ubat bedil diletakkan di sebelah supaya mudah dicapai jika keadaan memerlukan.Bujang turun lagi ke bawah untuk memeriksa tempat simpanan senjata,bahan-bahan makanan dan lain-lain peralatan yang diperlukan

dalam pelayaran.Barang-barang itu disusun kemas dalam petak masing-masing,dialas dengan kayu tebal di atas lantai.Suasana di perut lancang itu agak panas dan gelap kerana kekurangan udara dan cahaya.Dia pun naik semula ke atas geladak.

Ketika berjalan-jalan memeriksa keadaan lancang tadi,dia terserempak dengan ramai orang tetapi dia sekadar mengangkat tangan atau mengangguk kerana kebanyakan mereka tidak dikenalinya.Namun,mereka semua mengenalinya. Matahari semakin terik membakar muka dan badannya..Dia pun kembali berihat di kurungnya.

Tengah hari itu,Lela Wangsa membawakan makanan untuknya.

“Kau dah makan,Jalak?”tanya Bujang sambil membasuh tangan.

“Baru  nak makan,Panglima,”sahut Lela Wangsa dari pintu kurung.”Kami semua makan beramai-ramai di bawah,termasuk Nakhoda Kintan.Hanya Panglima sebagai tuan punya lancang ini diberi keistimewaan.”

“Hamba kurang gemar diberi layanan istimewa,”Bujang menyatakan.

“Inilah peraturan yang sudah ditetapkan oleh Undang-Undang Laut Melaka sejak dari dulu lagi,Panglima,”jelas Lela Wangsa.”Raja berkuasa di darat,nakhoda berkuasa di laut.Bisanya pemilik kapal atau lancang juga dianggap sebagai nakhoda,arahan dan perintahnya mesti dipatuhi.Panglima kenalah belajar tentang ilmu pelayaran dari Nakhoda Kintan.”

Setelah Lela Wangsa pergi,Bujang berfikir panjang sambil menjamu selera.Lalu dia pun mengambil keputusan.Selesai sahaja makan dan sembahyang jamak yang diqasarkan,dia terus bertandang ke tempat Nakhoda Kintan di bilik kemudi. Nakhoda Kintan ketika itu sedang berihat dan menghisap rokok daun sambil mengawasi jurumudi menjalankan tugasnya.

“Ah,Panglima Agung,silakan duduk,”tegur Nakhoda Kintan dengan ramah.

“Terima kasih,Tuan Nakhoda,”balas Bujang,namun dia masih berdiri memerhati keadaan di dalam tempat itu.

“Panglima dah biasa belayar?”tanya Nakhoda Kintas sambil menyedut rokoknya.

“Biasa juga,”ujar Bujang.”Tapi hamba tak pernah masuk ke tempat seperti ini.”

“Bilik kemudi memang tempat yang penting,nadi sebuah lancang dan kapal,”Nakhoda Kintan menceritakan tanpa diminta.”Masa hamba lebih banyak dihabiskan di sini bersama Jurumudi. Kami terpaksa berhati-hati.Silap sikit membuat perhitungan,mala petaka jadinya.”

“Banyakkah perkara yang perlu dipelajari dalam ilmu pelayaran?”tanya Bujang memerhati lakaran kertas besar yang dilekatkan ke dinding.

Nakhoda Kintan memandang tepat ke arah Bujang.”Kalau Panglima ingin belajar,hamba boleh tolong ajarkan,”dia mempelawa diri.”Pertama sekali Panglima perlu belajar cara melihat peta dan kompas.Untuk itu,Panglima kena tahu tulisan Rumi yang digunakan oleh Belanda.

Mereka menggunakan jam dan teropong serta lain-lain alat pelayaran.Taqwim mereka dikira mengikut tahun Masehi,bukan tahun Hijrah seperti yang kita gunakan.”

“Tahun Masehi?”Bujang bingung.

“Tahun mereka dikira mengikut kelahiran Nabi Isa yang dipanggil Al-Masih,”Nakhoda Kintan menerangkan lebih lanjut sambil bangun menunjukkan sebuah taqwim besar di dinding itu.”Contohnya hari ini hari Jumaat 23 Zulkaedah tahun Hijrah 1062 dikira sebagai 16 Oktober tahun Masehi 1652.” Nakhoda Kintan menunjukkan pula sebuah jam yang tergantung pada dinding itu.”Sekarang sudah hampir pukul 2.30 petang mengikut kiraan jam. Dan,yang di sebelah Jurumudi itu pula dipanggil kompas.Kompas menunjukkan arah utara,selatan,timur dan barat,ditulis dengan angka Rumi dan amat penting dalam pelayaran sedangkan kebanyakan kita masih menggunakan matahari dan bintang sebagai pedoman.”

“Dari mana Tuan Nakhoda belajar semua ini?”tanya Bujang kagum.

“Dari saudagar cina,Arab,keling dan juga  saudagar barat di samping saudagar-saudagar kita di Alam Melayu ini,”jelas Nakhoda Kintan.

“Termasuk Belanda dan Portugis?”tanya Bujang,curiga.

“Bukan semua orang barat datang ke Alam Melayu untuk menjajah kita,Panglima,”bidas Nakhoda Kintas.”Ramai juga yang datang untuk berniaga.Mereka tidak suka berperang dengan kita dan mereka tidak lokek mencurahkan ilmu kepada kita jika kita rajin bertanya.Contohnya Tuan Locq,Tuan James,Tuan Jourdain dan beberapa orang lagi yang hamba kenali.Untuk pergi jauh dan bertambah maju,kita perlu belajar dari orang-orang barat.”

“Bertuah hamba mendapat Tuan Nakhoda mengendalikan lancang ini,”Bujang memuji ikhlas.

“Orang yang berilmu seperti Tuan Nakhoda memang sangat-sangat diperlukan dalam perjuangan hamba.”

“Hamba pun sudah tua,tak larat lagi hendak belayar jauh-jauh,”Nakhoda Kintan menolak tawaran itu.”Bila sudah ada pengganti yang lebih muda,hamba akan balik ke kampung-halaman hamba di Trengganu.Tapi,sementara itu,hamba bolehlah berikan sedikit tunjuk-ajar,petua dan pantang-larang ilmu pelayaran.”

“Hamba sudah bersedia,Tuan Nakhoda,”sambut Bujang lalu duduk di sebelah nakhoda itu.

Nakhoda Kintan tertawa.”Baiklah,Panglima.Kita mulakan dengan taqwim Belanda ini.”

Mulai petang itu hingga ke waktu senja,Nakhoda Kintan pun mencurahkan segala ilmunya kepada Bujang dalam waktu yang singkat itu.Bujang ditunjukkan cara menggunakan kompas dan peta serta cara membaca taqwim dan mengira waktu mengikut kaedah orang barat. Akhir sekali,Bujang diajar menulis dalam tulisan Rumi menggunakan kalam buluh dan dakwat.

Banyak perkara baru yang dipelajarinya dari nakhoda itu walaupun tidak sepenuhnya. Rasa sedih kerana terpaksa berpisah dengan  Tunku Balqis dan Chendana terubat jua.

Malam itu semua pendekar dan hulubalang berada di atas geladak menyaksikan Pulau Bentan yang semakin hampir.Ditemani oleh orang kanannya Lela Wangsa,Bujang membiarkan sahaja Nakhoda Kintan dan awak-awak mengendalikan lancang memasuki muara Sungai Charang dan menumpukan perhatian kepada angkatan perang Johor yang sedang berlabuh di perairan itu.

Enam puluh buah kapal semuanya,lengkap dengan kelengkapan peperangan.Lampu berkelip-kelipan dari setiap tiang layar dan pengkalan. Di darat,lebih ramai lagi para pendekar dan hulubalang mengerumuni beberapa unggun api yang menerangi kawasan pantai.Kelihatan juga beberapa kumpulan sedang berlatih silat.

“Panglima,boleh hamba berikan isyarat kepada mereka?”tanya Lela Wangsa.

“Isyarat?”Bujang terpinga-pinga.

“Isyarat ini penting supaya kita tidak disangka musuh,”jelas Lela Wangsa.

“Hamba ibarat budak yang baru belajar,”balas Bujang.”Lakukanlah apa yang perlu.”

Lela Wangsa pun menjerit memberi perintah kepada anak buahnya.Sebentar kemudian, kedengaran tiga das bedilan meriam dilepaskan,gegak gempitanya bergema memecah kesunyian malam itu. Bendera dan panji-panji juga dinaikkkan ke hujung tiang layar. Dari salah sebuah kapal yang berlabuh itu kedengaran bedilan balas tiga das juga.

“Mereka sudah maklum kedatangan kita,”kata Lela Wangsa.

“Malam ini kita berihat dulu,”Bujang memberi perintah.”Besok pagi,hamba mahu berjumpa dengan semua ketua hulubalang dari setiap kapal perang.”

“Hamba akan hantar utusan memberitahu mereka tentang jemputan Panglima itu,”jawab Lela Wangsa lalu pergi menemui salah seorang anak buahnya di situ.Bujang menunggu seketika. Setelah sauh selamat dilabuhkan dan layar mula digulung,dia pun kembali ke kurungnya untuk menunaikan sembahyang jamak-qasar.

Pada hari Sabtu 24 Zulkaedah 1062 Hijrah bersamaan dengan 16 Oktober 1652 Masehi keesokan harinya,semua ketua hulubalang dari kapal-kapal lain sudah menunggu di atas geladak apabila Bujang keluar dari kurungnya dengan memakai persalinan lengkap seorang panglima serta berkeris dua.Dia bersalam-salaman dengan mereka,kemudian menyuruh mereka duduk. Setelah mereka duduk dalam satu bulatan besar,dia pun duduk bersila di sebelah sahabatnya Lela Wangsa. Dia memerhati mereka satu persatu sekali imbas.Enam puluh orang ketua hulubalang yang diberi kepercayaan memimpin enam ribu pendekar dan hulubalang yang akan menyerang Rokan.

“Assalamualaikum,”Bujang memulakan ucapan.Setelah salamnya dijawab,dia pun menarik nafas lalu meneruskan.”Nampaknya tuan hamba sekelian tidak-tidak sabar lagi hendak berbakti kepada Duli Yang Dipertuan Sultan Johor.Begitu juga dengan hamba. Tetapi….!”

Bujang bangun,keris panjangnya yang masih tersarung itu dipegang kukuh.

“Kita tidak akan menyerang Rokan,”Bujang menegaskan,matanya memandang tajam ke arah mereka yang duduk di kelilingnya.”Apa dosa orang-orang Rokan maka kita perlu mengorbankan nyawa mereka?Sebaliknya kita akan mengepung mereka dan memberi mereka kesempatan melalui jalan perdamaian.”

“Orang Kaya Panglima Agung,”sampuk seorang ketua hulubalang.”Bukankah kita dititahkan Duli Yang Dipertuan supaya memerangi Rokan?Melanggar titah itu bererti durhaka.”

“Baginda tidak ada di sini,”tegas Bujang.”Ini lancang hamba.Semua angkatan perang ini di bawah tanggung-jawab hamba.Hamba yang berkuasa sekarang. Melanggar perintah hamba bererti maut.”

“Kalau begitu,hamba sedia melanggar perintah Orang Kaya,”ketua hulubalang itu bangun menghunus kerisnya mencabar Bujang.Yang lain-lain saling berpandangan.Ada yang diam tanpa berkata sesuatu,ada yang menggelengkan kepala dan ada juga beberapa orang yang mengangguk kepala tanda menyokong ketua hulubalang itu.

Melihat keadaan agak kecoh,Lela Wangsa segera tampil ke hadapan.

“Tun Dalam,sarungkan kerismu,”perintah Lela Wangsa kepada ketua hulubalang yang cuba membantah rancangan itu.”Tahukah kamu siapa yang berdiri di hadapan kamu sekarang?Inilah Panglima Agung dari Kedah.Panglima Agung bijaksana orangnya dan celik akal budinya.Tentu ada muslihat tertentu  yang hanya Panglima Agung yang mengetahuinya.”

“Jadi,apa yang harus kita lakukan,Lela?”tanya Tun Dalam,kerisnya masih terhunus.

“Kita ikut sahaja dengan rancangan Panglima Agung,”Lela Wangsa menggesa.”Kita kepung dulu perairan Rokan. Jika mereka enggan berdamai,baru kita serang.”

Melihat ramai ketua hulubalang lain mengangguk tanda bersetuju dengan cadangan Lela Wangsa itu,Tun Dalam pun menyarungkan kerisnya lalu duduk semula.Lela Wangsa juga kembali duduk setelah berjaya memujuk rakan-rakannya.

“Benar seperti kata Lela Wangsa,”Bujang meneruskan seolah-olah tidak ada sebarang gangguan.”Kita akan mengepung perairan Rokan.Hamba sendiri akan naik ke darat menemui Raja Hitam dan Panglima Berantai.Tuan hamba semua boleh ikut hamba jika mahu.Sekarang baliklah ke kapal masing-masing.Kita akan belayar ke Rokan sekarang juga.”

Mereka pun bangun bersalaman dengan Bujang,kemudian turun ke perahu masing-masing yang tertambat pada lancang itu.

“Tun Dalam,”kata Bujang pada ketua hulubalang yang paling akhir.”Lain kali,perintah hamba jangan disanggah,cakap hamba jangan dibantah.”

Tun Dalam seperti hendak menjawab tetapi tidak jadi.Dia terus turun ke perahunya.

Bujang melihat ramai pendekar dan hulubalang menunggu di atas geladak,semua kapal perang sudah bersiap-sedia hendak menarik sauh dan mengembangkan layar.Cuaca pagi itu cukup baik dengan angin bertiup tidak henti-henti.Dia pun mengangguk pada Lela Wangsa. Lela Wangsa pula memberi isyarat pada Nakhoda Kintan supaya belayar.

“Kita belayar ke Rokan,”jerit Nakhoda Kintan dengan lantang.”Jurubatu,tarik sauh ke atas!Awak-awak,turunkan semua layar!Jurumudi,jaga cerakah kemudi! Cepat,jangan buang masa!!” Anak buah Nakhoda Kintan bercempera menjalankan tugas masing-masing. Tidak lama kemudian,lancang itu mula bergerak ditiup angin,diikuti oleh kapal-kapal perang lain. Mereka belayar dalam satu barisan panjang menghala ke arah Selat Melaka.Kerana cahaya matahari belum lagi panas,ramai yang masih berkeliaran di atas geladak  menyaksikan kebiruan laut yang luas terbentang dan beberapa buah pulau di sekitar mereka.

“Kita akan singgah sekejap di perairan Singapura untuk bergabung dengan Orang-orang Laut yang diketuai oleh Raja Negara,”Lela Wangsa menerangkan sambil menuding dengan jarinya ke

arah pulau tersebut.”Kemudian kita akan belayar ke arah Pulau Karimun sebelum menyeberangi Selat Melaka dan terus ke Pulau Bengkalis berhampiran Rokan di tanah besar Sumatera.”

“Berapa lama pelayaran ini?”tanya Bujang,tiba-tiba teringatkan pada Chendana.

“Bergantung pada keadaan cuaca,Panglima,”Lela Wangsa membuat ramalan sambil memerhati laut dan awan-gemawan.”Kalau cuaca baik dan tiada angin mati,dua-tiga hari lagi sampailah kita di Pulau Bengkalis.”

Bujang memandang ke arah tanah besar Johor di mana letaknya Batu Sawar.Dalam khayalan terbayang wajah Chendana yang bertahi lalat dan berlesung pipit,senyuman manis bak madu.Baru sehari berpisah terasa bagaikan setahun. Dia tersenyum sendirian.

Telatahnya diperhati oleh Lela Wangsa yang mengerti perasaannya.

“Sabarlah,Panglima,”Lela Wangsa memujuk.”Selesai sahaja perkerjaan ini,kita akan terus belayar pulang.Hamba dan rakan-rakan lain pun turut merasa rindu pada anak-isteri.”

Bujang hanya mengangguk,terhibur dengan pujukan sahabatnya itu.Diam-diam dia beredar ke tempat Nakhoda Kintan untuk menyambung pelajarannya yang tertangguh.

Menjelang tengah hari,angkatan mereka disertai pula oleh Raja Negara dengan sepuluh buah perahu layar membawa kira-kira seratus Orang Laut yang bersenjatakan golok,seligi dan buluh sumpitan. Perahu layar yang dinaiki Raja Negara membawa bendera Johor dan belayar di sebelah lancang Bujang.Panas terik matahari tidak mereka hiraukan langsung.Bujang yang sedang belajar menulis dalam kurungnya merasa kagum dengan kemahiran Orang-orang Laut  mengendalikan perahu mereka yang kecil tetapi laju itu.Mereka memang pelaut sejati.

Ketika matahari separuh terbenam di kaki langit dengan cahaya merahnya berkilau-kilauan di permukaan laut,angkatan perang itu memasuki kawasan perairan Pulau Karimun.Bujang yang sedang bermain sepak raga bersama Lela Wangsa dan beberapa orang pendekar berhenti sejenak untuk menikmati keindahan pulau yang bagaikan tidak berpenghuni itu.

“Pulau Karimun,Panglima,”beritahu Lela Wangsa yang turut  berhenti bermain.”Di sanalah Raden Mas Ayu dan ayahnya Pangeran Agung tinggal sebelum mereka berpindah dan menetap di Singapura.”

“Siapa gerangan Raden Mas Ayu?”tanya Bujang yang tidak mengetahui kisah itu.

“Dia dan ayahnya berasal dari keturunan Betara Majapahit,”Lela Wangsa dengan rela hati bercerita.”Dek kerana merajuk kerana isterinya mati dibunuh,mereka pun membawa diri ke rantau orang.Waktu itu Raden Mas Ayu masih lagi bayi.Malangnya ketika di Singapura,mereka menjadi korban fitnah.Makam Raden Mas Ayu masih ada di sana. Kata orang,makam itu keramat kerana Raden Mas Ayu seorang gadis yang berhati suci,matinya kerana teraniaya.”

“Banyak juga yang kau pelajari sejak menetap di Johor,”puji Bujang pada Lela Wangsa.

“Hamba pun cuma mendengar cerita orang,”Lela Wangsa merendah diri.”Sebenarnya sejak Singapura masih bernama Temasik,sudah ada raja-raja Melayu dari Bukit Siguntang yang memerintah.Raja pertamanya bernama Sang Nila Utama,makamnya masih ada di Bukit Larangan.Raja terakhir Singapura yang bernama Permaisura itulah yang membuka negeri Melaka.Bila dia memeluk agama Islam,namanya ditukar kepada Sultan Iskandar Syah.”

“Kau sepatutnya jadi tukang tulis,bukan hulubalang,”puji Bujang lagi.

“Siapa kata hamba tidak menulis?”Lela Wangsa mendedahkan.”Setiap peristiwa yang hamba alami dari Acheh hingga ke Johor,semuanya hamba tulis dalam kitab.Hamba belajar cara-cara-nya dari Tun Seri Lanang,bekas Bendahara Johor yang ditawan dan dibawa ke Acheh.Dialah tukang tulis kitab ‘Sejarah Melayu’ yang termahsyur itu. Panglima boleh menulis?”

“Boleh,tapi cuma tulisan Jawi,”ujar Bujang.”Hamba baru belajar menulis Rumi.”

“Rumi atau Jawi tidak penting,asalkan tulisan boleh dibaca,”jelas Lela Wangsa.”Malam nanti datanglah ke kurung hamba,boleh hamba tunjukkan kitab yang telah hamba tulis.Kalau Panglima mahu,hamba boleh hadiahkan sebuah kitab kosong supaya Panglima boleh belajar.”

“InsyaAllah,hamba akan ke sana nanti,”Bujang berjanji.”Boleh juga hamba abadikan  segala pengalaman hidup buat tatapan anak-cucu di kemudian hari kelak.”

Dua hari kemudian iaitu pada petang  Isnin 26 Zulkaedah 1062 Hijrah bersamaan dengan 18 Oktober 1652 Masehi,angkatan perang itu pun berlabuh tidak jauh dari pesisir pantai Pulau Bengkalis. Kawasan itu belum didiami manusia kerana terlindung dari Rokan dan tanah besar Sumatera. Ramai yang naik ke darat untuk mandi-manda,beristirehat dan bersantai. Awak-awak pula ditugaskan mencari kayu api,bekalan makanan dan bekalan air tawar.Mana-mana yang tinggal di kapal memeriksa tali-temali,menjahit layar yang koyak dan membaiki apa-apa yang rosak. Bujang mengambil kesempatan itu untuk mengadakan persidangan dengan semua ketua hulubalang,termasuk Raja Negara. Seperti biasa dia ditemani oleh Lela Wangsa.

“Malam ini kita akan belayar ke Rokan dan berlabuh di sana tanpa disedari oleh penduduk,”Bujang memberitahu mereka yang duduk di atas pasir di hadapannya.”Besok pagi, hamba bersama beberapa orang pendekar akan mengadap Raja Hitam.Yang lain-lain tunggu di atas kapal,sesiapa pun tidak dibenarkan naik ke darat selagi hamba belum memberi perintah.”

“Bolehkah kami ketua hulubalang ikut sama sebagai wakil setiap kapal?”tanya Tun Dalam.

“Enam puluh orang terlalu ramai,”bantah Bujang.”Nanti kita disalah-sangka pula.”

“Kalau difikirkan,enam puluh orang terlalu sedikit,”Tun Dalam berselisih pendapat.”Khabar-nya bilangan pendekar Rokan hampir seribu orang.Kita akan dikeroyok kalau berlaku peperangan sebelum orang-orang kita dari kapal datang membantu.”

“Jangan lebih sudu dari kuah,Tun Dalam,”Bujang memberi amaran,matanya merenung tajam pada Tun Dalam.”Kedatangan hamba bukan untuk berperang tetapi untuk berdamai.Kalau kita terlalu ramai naik ke darat,orang-orang Rokan akan menyangka kita datang hendak berperang.”

Tun Dalam membalas renungan Bujang dengan berani.Mata mereka bertembung dalam satu suasana yang mencemaskan seperti telur di hujung tanduk.Lela Wangsa,Raja Negara dan lain-lain bersiap-sedia menghadapi sebarang kemungkinan.

“Baiklah,”akhirnya Bujang mengalah dan memberitahu mereka semua.”Hanya seorang dari setiap kapal,tidak lebih dari itu.”Bujang kembali merenung Tun Dalam,”Kamu pula kalau ingin turut serta,jaga budi-bahasamu dan tutur-katamu.Jangan kerana nila setitik,rosak pula susu  sebelanga.”

“Cis!Terlalu lancang mulut Panglima!”Tun Dalam bingkas bangun menghunus kerisnya.

“Biarkan!”Bujang menahan bila yang lain-lain bangun hendak menghalang Tun Dalam.

“Sudah dua kali dia menjual,kali ini hamba membelinya,”sambung Bujang dengan tenang.

Mereka pun berundur beberapa langkah memberi ruang kepada Bujang dan Tun Dalam menunjukkan kehandalan masing-masing.Pendekar dan hulubalang lain yang berada di pantai itu mula berkerumun.

“Terlajak perahu boleh diundur,terlajak kata buruk padahnya!”jerit Tun Dalam dengan lantang sambil menimang-nimang kerisnya.

Bujang mara dua-tiga langkah mendapatkan Tun Dalam,kedua-dua kerisnya tidak disentuh.

“Hamba tahu kamu hulubalang handalan,ilmu penuh di dada,”Bujang menyindir.”Kamu banyak pengalaman,tahan lasak dan tahan diuji.Kamu sudah membunuh ramai musuh. Sedangkan hamba masih mentah,usia baru setahun jagung,ubun-ubun masih lembik.”

“Kalau begitu,biar hamba mengajar Panglima supaya menghormati orang yang lebih tua,” Tun Dalam mencebik,kerisnya ditayang ke kiri dan ke kanan mengikut tarian silat.

“Dengan segala hormatnya dipersilakan,wahai guruku,”Bujang menyindir lagi.

Tun Dalam tidak menjawab lagi,hanya misainya bergerak-gerak menahan marah.Sambil mempamerkan tarian bunga silat yang cantik dan penuh berseni,dia mula mengatur langkah menghampiri Bujang.Bujang tidak berganjak walau seinci,masih tercegat berpeluk tubuh,mata-nya meneliti setiap gerakgeri Tun Dalam.

“Hunus keris Panglima!”Tun Dalam mencabar.”Belum pernah hamba bertikam dengan orang yang tidak bersenjata!”

“Orang seperti kamu tidak layak dilawan dengan senjata,”tegas Bujang.

Mendengar kata-kata Bujang itu,Tun Dalam semakin naik darah. Dia terus menikam. Namun, kerisnya hanya menikam angin.Sekelip mata kemudian,satu tamparan kencang hinggap di mukanya,menyebabkan dia jatuh terlentang di atas pasir.

“Kenapa,Pak Guru?”Bujang bertanya selamba.”Pak Guru tersandung akar?”

Sambil mengesat bibirnya yang berdarah,Tun Dalam bingkas bangun lalu meluru ke arah Bujang seperti kerbau terlepas dari kandang. Dia terus menikam dan menyimbat dengan sekuat tenaganya.Dengan tenang Bujang menepis dan mengelak setiap serangan,langkahnya diatur rapi.Tiba-tiba Tun Dalam jatuh tersungkur mencium pasir akibat sepakan kuat dan padu di belakangnya.Bila dia cuba memalingkan badannya,tangannya yang memegang keris dipijak.

“Hamba rasa cukuplah pelajaran hari ini,”tegas Bujang sambil merampas keris Tun Dalam. Keris itu dilontar lalu terpacak pada sebatang pokok tidak jauh dari situ.”Muda jangan disangka anak,tua jangan disangka ayah. Kalau berguru kepalang ajar,ibarat bunga kembang tak jadi.”

Bujang menghulur tangan kepada Tun Dalam untuk bersalam.Mula-mula Tun Dalam agak terkejut dengan tindak-tanduk Bujang yang tidak disangka-sangka itu.Akhirnya dia malu alah lalu bersalam dengan Bujang tanda bermaaf-maafan.Bujang menarik tangan Tun Dalam dan membantunya bangun.

Kemudian Bujang beralih memandang mereka yang berkerumun.”Lepas sembahyang maghrib,kita belayar ke Rokan,”katanya tenang.Dia pun menuju ke perahu,diikuti oleh Lela Wangsa.Mereka berdayung kembali ke lancang.Di belakang mereka,pendekar dan hulubalang mula bercakap-cakap sesama sendiri tentang kejadian yang baru berlaku.

Tepat seperti kehendak Bujang,selepas matahari terbenam beberapa ketika,angkatan perang itu pun membongkar sauh dan belayar ke Rokan.Dari kurungnya,Bujang yang baru selesai membaca doa berpuas hati melihat semua kapal perang berbaris mengekori lancangnya.Seperti biasa, lancang Bujang diiringi oleh Raja Negara dan anak buahnya.

Menjelang tengah malam,Bujang sudah berada di atas geladak bersama pendekar dan hulubalang memerhati daratan Rokan  yang kelihatan gelap seperti puntung kayu hanyut.

“Padam semua lampu,”perintahnya.Beberapa orang pendekar dengan segera memadam tanglung dan pelita ayan yang digantung pada tiang layar.Suasana di atas lancang itu menjadi gelap gelita.Tidak lama kemudian,kapal-kapal lain mencontohi perbuatannya.

“ Awasi kawasan pantai,”katanya pada Lela Wangsa lalu menuju ke tempat Nakhoda Kintan.

Dia turut memerhati dengan teliti Jurumudi menjalankan tugasnya sambil meneropong ke daratan yang masih gelap itu.”Perlahan sikit,”katanya pada Nakhoda Kintan.

“Layar dua..layar tiga…Gulung!”perintah Nakhoda Kintan pada awak-awak. Perintah itu dengan segera dilaksanakan.Dengan hanya menggunakan layar hadapan,lancang itu semakin perlahan menuju ke arah daratan.Semua awak-awak berhati-hati kalau-kalau terdapat batu karang atau beting pasir yang boleh menyebabkan lancang itu terkandas.Bujang terus meneropong ke daratan kalau-kalau ternampak musuh.

“Berhenti di sini,”perintah Bujang pada Nakhoda Kintan tidak lama kemudian.

“Berlabuh!”jerit Nakhoda Kintan kepada anak buahnya.Layar hadapan digulung,sauh pun dicampakkan ke laut.Akhirnya lancang itu berlabuh dengan selamat.Tanah daratan Rokan masih sayup-sayup di kejauhan,masih diselubungi kegelapan malam. Kapal-kapal lain juga mula melabuhkan sauh di kiri-kanan lancang itu dan berbaris di sepanjang kawasan perairan Lokan.

Bujang kembali mendapatkan Lela Wangsa.”Sediakan dua-tiga orang pengawal berjaga-jaga, yang lain-lain bolehlah berihat sampai subuh.”

Sementara Lela Wangsa memilih dan mengatur  barisan kawalan,Bujang meneropong lagi ke tanah daratan,seolah-olah tidak berpuas hati dengan apa yang dilihatnya.Keadaan di sana terlalu sunyi,terlalu lengang,tiada kelihatan langsung kelibat binatang,apa lagi manusia. Sekali pandang semua penduduk Rokan seperti nyenyak tidur diulit mimpi tetapi hati kecilnya mengatakan ada sesuatu yang tidak kena.

“Hamba tercium perangkap,”kata Bujang bila Lela Wangsa kembali ke sisinya.

“Perangkap?”Lela Wangsa seperti tidak percaya.

“Cuba tengok di sana,”Bujang hulurkan teropong kepada Lela Wangsa. Lela Wangsa pun meneropong ke darat dengan teliti.

“Hamba tak nampak apa-apa pun,Panglima,”keluh Lela Wangsa.

“Tengok betul-betul,”gesa Bujang.”Perhati di celah perdu kelapa.”

Lela Wangsa meneropong lagi.Tiba-tiba dia berteriak,”Hamba dah nampak!Muncung meriam….satu,dua,tiga,..ada kira-kira lima puluh pucuk meriam disembunyikan di balik perdu kelapa dan pokok-pokok kayu. Semua muncung dihala ke laut. Hamba juga nampak kelibat manusia bersembunyi di dalam semak dan belukar.”

“Bijak,”Bujang memuji.”Mereka memang bijak.”

“Bagaimana mereka tahu kedatangan kita?”tanya Lela Wangsa memulangkan teropong.

“Mulut tempayan boleh ditutup,”balas Bujang.”Tentu ada yang membocorkan rahsia.”

“Orang-orang kita dalam angkatan Fisabilillah tidak akan berani melanggar sumpah,”Lela Wangsa memberi pendapatnya.“Hamba rasa tentu ada salah seorang perajurit kita yang menjadi musuh dalam selimut dan bersubahat dengan Rokan.Kalau kita mara lebih hampir ke pantai, sudah tentu kita akan diserang-hendap.Licik betul si-pengkhianat ini.”

“Bukan itu sahaja,hamba yakin sepanjang kawasan pantai ini telah dipasang jerat dan perangkap,”Bujang memandang tajam menembusi kegelapan itu.

“Habis,apa rancangan kita sekarang,Panglima?”tanya Lela Wangsa.

“Kita tunggu besok pagi,”balas Bujang lalu berpaling kembali ke kurungnya.

Pagi Ahad 25 Zulkaedah 1062 Hijrah bersamaan dengan  17 Oktober 1652 Masehi ketika terang-terang tanah,semua pendekar dan hulubalang sudah bersiap-sedia di atas geladak dan di tempat masing-masing. Ketua-ketua hulubalang seramai enam puluh orang di bawah pimpinan Tun Dalam juga sudah menunggu dalam perahu mereka,hanya menunggu perintah.

Bujang muncul dari kurungnya dengan berpakaian lengkap seorang panglima,berbaju layang serta berkeris dua.Dia disambut oleh Lela Wangsa dan Raja Negara yang sedia menanti. Bujang turun ke perahu,diikuti diam-diam oleh dua orang pengiringnya itu.Dia duduk di hadapan sekali.Perahu itu didayung oleh seorang anak buah Raja Negara,terus menghala ke pantai. Perahu-perahu yang membawa semua ketua hulubalang mengekori dari belakag.

Bujang sudah menduga kedatangan mereka pasti ditunggu.Kawasan pantai semakin hampir. Tidak lama kemudian,tampak dengan jelas deretan pendekar dan hulubalang Rokan yang berbaris sepanjang pantai,lengkap dengan peralatan senjata.Semua meriam sudah dihala ke arah laut dengan sumbu terpasang,siap-sedia untuk memuntahkan peluru.Seorang hulubalang yang memakai baju berantai tercegat gagah memegang pancang yang diikat dengan bendera kerajaan Rokan.Bujang bangun berdiri berpeluk tubuh,baju layangnya mengerbang ditiup angin.Lela Wangsa juga bangun memegang panji-panji kerajaan Johor manakala Raja Negara membantu anak buahnya mendayung perahu.

“Kita semakin hampir,Panglima,”Lela Wangsa bersuara sambil menoleh melihat perahu-perahu lain yang masih mengekori di belakang.

“Teruskan,jangan berhenti,”jawab Bujang tenang.

Raja Negara dan anak buahnya terus juga mendayung.

“Hamba rasa kedatangan kita tidak akan disambut dengan baik,”Lela Wangsa mula curiga.

Bujang tidak menjawab,hanya perhatiannya tertumpu ke pantai.

Tiba-tiba satu das tembakan meriam meletus dari pantai tetapi peluru itu tersasar jauh.

“Bawa bertenang,”pesan Bujang bila melihat suasana mulai kecoh.

“Serang!”terdengar jeritan lantang suara Tun Dalam. Serentak dengan itu,semua perahu yang dinaiki oleh ketua-ketua hulubalang Johor mula didayung dengan laju menuju ke pantai.

Tiba-tiba satu dentuman lagi meletup dari darat. Sebutir peluru meriam hinggap di sisi perahu Bujang menyebabkan perahu itu teroleng-oleng hendak karam.

“Allah,”Bujang berseru.Sekali lonjak,dia sudah tercegat di hadapan hulubalang Rokan yang berbaju rantai itu.Keadaan hingar-bingar menjadi senyap,tembakan meriam tidak kedengaran lagi.Masing-masing tergamam dengan kehadiran Bujang secara tiba-tiba itu.Bujang menoleh ke belakang.Melihat orang-orangnya sudah hampir ke gigi air,dia mengangkat tangan menahan mereka dari melakukan serangan.Mereka berlompatan ke darat tetapi tidak ada yang berani melanggar perintah Bujang. Lela Wangsa dan Raja Negara mara menghampiri Bujang.

Bujang memerhati pula barisan pertahanan Rokan yang juga tidak menyerang meskipun senjata terhunus di tangan. Diapit oleh Lela Wangsa dan Raja Negara,Bujang melangkah dengan tenang menghampiri ketua hulubalang Rokan.

“Assalamualaikum,”Bujang memberi salam tanda perkenalan.

“Waalaikumussalam,”ketua hulubalang berbaju berantai itu tampil di hadapan Bujang.”Hamba Panglima Berantai,penjaga Pantai Dumai ini.”

“Hamba bergelar Panglima Agung,”Bujang memperkenalkan diri.”Pacal yang berdua ini anak buah hamba,Lela Wangsa dan Raja Negara.”

“Kami utusan dari Duli Yang Dipertuan Johor,”sambung Lela Wangsa pula sambil menjulang panji-panji kerajaan Johor.

“Kami datang hendak mengembalikan hak ketuanan Johor ke atas Rokan,”kata Bujang.

“Apa hajat Sultan Johor menghantar budak-budak kemari?”sindir Panglima Berantai.”Hendak menjajah Rokan lagi?”

“Kami datang hendak berdamai,bukan hendak menjajah,”jelas Bujang.

“Berdamai?”Panglima Berantai ketawa kecil.”Kalau hendak berdamai,takkan membawa enam puluh buah kapal perang dengan beribu-ribu perajurit?Baik disambut baik,kalau jahat disambut jahat!”

“Siapa yang menyerang dahulu?”Bujang mula mengeraskan suara.

“Kami bertindak menyerang sebelum diserang kerana bilangan kami tidak seramai perajurit Johor,”Panglima Berantai memberikan alasan.

“Kalau kami datang hendak berperang,sudah lama Rokan menjadi padang jarak padang tekukur,”tegas Bujang.

“Hei,kamu!”Panglima Berantai menuding jarinya tepat ke muka Bujang.”Datangmu tidak diundang,pergimu tidak dihantar.Panglima Agung atau Panglima Besar,kami peduli apa?”

Lela Wangsa ingin mencelah tetapi ditahan oleh Bujang.

“Sekali kamu melompat tinggi seperti helang,jangan ingat kami gentar,”sambung Panglima Berantai lagi dengan angkuh.”Kami juga ada ramai pendekar sakti yang tak mampan dek senjata. Pulanglah ke Johor! Rokan jangan diganggu!”

“Kami hendak berbaik-baik,mengapa sengketa yang dicari?”tanya Bujang.

“Sudah lama benar Rokan dijajah Johor,”keluh Panglima Berantai.”Kami tidak mahu lagi dijajah oleh orang luar.Kami mahu bebas dan merdeka.Kami sudah ada raja sendiri yang dibawa dari Pagar Ruyong.Namanya Raja Jempul,bergelar Raja Hitam.Kami mahu menjadi sebuah negeri yang berdaulat,bukan masih bergantung pada Johor.”

“Itulah tujuan utama kami kemari,”akal Bujang pantas berfikit.”Biarlah kami bantu Rokan menjadi sebuah negeri yang bebas lagi berdaulat di Alam Melayu ini.”

Panglima Berantai merenung tepat ke mata Bujang,kebengisan di wajahnya beransur-ansur hilang  berganti dengan senyuman.”Kalau begitu niat kalian,kami sambut dengan baik. Berihat-lah dulu.Kalian akan diiring ke istana dan disambut dengan meriah.”

Panglima Berantai berpaling memberi isyarat tangan kepada semua anak buahnya sebagai tanda berdamai.Pendekar dan hulubalang Rokan menyarungkan senjata mereka dan mula bersurai,kecuali beberapa orang yang ditugaskan menjaga meriam.Melihat keadaan kembali aman,Tun Dalam dan lain-lain ketua hulubalang dari Johor turut sama menyarungkan senjata masing-masing lalu datang mengerumuni Bujang,Lela Wangsa dan Raja Negara.

Seorang pendekar Rokan membawa seekor kuda kepada Panglima Berantai. Panglima Berantai pun naik ke atas kuda itu.”Tunggu sehingga kalian dijemput,”katanya ringkas lalu memecut kuda itu menuju ke istana. Bujang dan orang-orangnya pun duduk berihat di bawah pokok sambil dijamu air kelapa muda oleh beberapa orang pendekar Rokan yang baik hati.

“Bijak sungguh Panglima melembutkan hatinya,”puji Lela Wangsa ketika mereka mengalas perut.”Sangka hamba tadi,kita akan mati dikeroyok oleh perajurit Rokan.”

“Betul,Panglima,”tambah Raja Negara.”Balik ke Batu Sawar nanti,Panglima tentu dinaikkan pangkat dan dianugerahkan tanah pegangan.Entah-entah Panglima diberi jawatan penting dalam istana.”

“Tidak,”Bujang menjawab tegas.”Inilah khidmat hamba yang pertama dan terakhir pada Sultan Johor.Harta dan pangkat bukan tujuan hidup hamba.Mati syahid dalam memerangi orang-orang kafir,itulah matlamat hamba.”

“Panglima,macam mana Panglima boleh melompat dari perahu ke darat tadi?”tiba-tiba Tun Dalam menyampuk mengubah tajuk perbualan.”Apa ilmu yang Panglima pakai?”

Bujang,Lela Wangsa dan Raja Negara terkedu.Mereka tahu lain-lain ketua hulubalang sedang memesang telinga hendak mendengar jawapan dari mulut Bujang sendiri.

“Tun Dalam,”tegur Lela Wangsa,telinganya merah.”Kalau hendak berumah biar dindingnya papan,kalau hendak dihormat biar dirimu bersopan.”

“Tidak mengapa,Lela,”Bujang menghalang sebelum berlaku perang mulut antara Lela Wangsa dengan Tun Dalam.”Tun Dalam,kamu faham maksud ayat yang berbunyi:wamaromai-

ta-izromaita-wala-kinnallah-haroma?”

“Hamba kurang faham,”balas Tun Dalam perlahan.

“Kita manusia bersifat baharu,”Bujang menerangkan,ditujukan kepada semua yang berkerumun di situ.”Dibakar kita hangus,dibunuh kita mati.Allah Yang Maha Berkuasa yang membantu kita,yang menerbangkan kita,yang menyelamatkan kita.Kenali diri sendiri,nescaya kita akan mengenali Allah.”

Jawapan Bujang yang ringkas tetapi padat dan bernas itu menyebabkan mereka termenung seketika menghayati kata-kata itu.Tun Dalam juga seperti berfikir.

“Tun Dalam,”Bujang memberi nasihat.”Kamu boleh pergi jauh jika kamu kurang bercakap dan banyak berfikir.Kata orang,kerana pulut santan binasa,kerana mulut badan binasa.”

“Hamba faham,Panglima,”sahut Tun Dalam,suaranya merendah.Dia malu pada diri sendiri kerana ditegur oleh orang yang jauh lebih muda darinya.Semacam ada kesalan pada wajahnya.

Perbualan pendek itu terganggu oleh kedatangan pendekar-pendekar berkuda yang diarah menjemput mereka.Malangnya mereka hanya membawa empat ekor kuda untuk kegunaan tetamu yang baru tiba di Rokan itu.Bujang memilih seekor kuda jantan berwarna putih, manakala Lela Wangsa dan Raja Negara memilih kuda hitam.Kuda perang masih kosong.

Tun Dalam memandang pada Bujang.Melihat Bujang mengangguk,dia pun melompat ke atas kuda perang itu dengan gembira lalu berkata kepada kawan-kawannya,”Kamu semua tunggu di sini sampai kami balik.”

Mereka berempat pun diiringi pendekar-pendekar berkuda menuju ke istana Raja Hitam yang terletak di atas sebuah bukit kecil yang landai.Sepanjang perjalanan itu,mereka menjadi tontonan ramai yang keluar dari rumah,memerhati dari bawah rumah atau meninjau dari tingkap. Bujang menjadi tarikan utama kerana pakaiannya berbeza dari tiga lagi tetamu dari Johor itu,sementelah pula dia menunggang kuda putih yang melambangkan kebangsawanan.

Dari jauh,istana Raja Hitam tidak banyak berbeza dengan rumah-rumah lain di situ kecuali bentuknya yang lebih besar,lebih tinggi serta dipagari pula oleh kubu batu dengan pintu gerbang yang berukir cantik. Istana itu berbumbung tiga.Dinding kayu,tingkap dan kisi-kisi berukir cantik. Kuda yang jinak berkeliaran di merata tempat seperti tidak bertuan.

Tiba di pintu gerbang,keempat pendatang dari Johor itu turun dari kuda masing-masing. Bujang mendahului anak buahnya masuk ke pekarangan istana yang luas itu. Mereka disambut

oleh barisan pendekar Rokan yang bersenjatakan lembing,masing-masing berbaris di kiri-kanan jalan menuju ke pintu masuk istana. Panglima Berantai dengan pakaian yang cantik sedang menunggu di pintu itu.

“Selamat datang ke istana Yang Mulia Raja Hitam,”sambut Panglima Berantai.”Sila ikut hamba ke Balai Gadang untuk mengadap ke Bawah Duli Yang Mulia.”

Bujang,Lela Wangsa,Raja Negara dan Tun Dalam pun mengikut panglima Rokan itu masuk ke istana. Mereka dibawa ke sebuah balai besar di tengah-tengah istana itu.Raja Hitam dan beberapa orang pembesar baginda sudah menunggu.Raja Hitam duduk bertahta di atas sebuah singgahsana berukir cantik serta berbentuk seperti kepala singa.Canang dipalu menandakan ketibaan mereka.Panglima Berantai masuk mengadap,diikuti oleh Bujang,Lela Wangsa,Raja Negara dan Tun Dalam.Raja Hitam tersenyum mempersilakan mereka duduk bersama pembesar-pembesar lain.Tetapi Bujang ditahannya.

“Panglima Agung,”titah Raja Hitam.”Beta berkenan mendengar perutusan dari Johor.”

“Ampun Tuanku beribu-ribu ampun,sembah patik harap diampun,”Bujang bertelut menyusun jari sepuluh.”Ada pun patik membawa perutusan dari baginda Sultan Johor tentang perkara hendak menjalinkan persabahatan dengan negeri Rokan ini.Ampun Tuanku.”

“Persahabatan itu beta terima,”titah Raja Hitam.”Sultan Johor harus ambil ingatan bahawa kami di Rokan ini beraja ke Johor tetapi bertuan ke Minangkabau.Adat perpatih kami amalkan di sini.Hukum bersendi adat,adat bersendi syarak.”

“Ingatan itu akan patik persembahkan ke bawah duli Sultan Johor,”sembah Bujang.

“Baiklah,Panglima Agung,”Raja Hitam mempersilakan Bujang duduk.Bujang menyusun sembah penuh takzim lalu duduk bersila di antara Lela Wangsa dan Raja Negera.Kedengaran bunyi canang dipukul sekali.Beberapa orang biduanda masuk membawa talam berisi ayapan dan kudap-kudapan. Semua itu dihidangkan di hadapan para pembesar dan tetamu manakala Raja Hitam dilayan oleh dayang-dayang baginda.Setelah semua bersedia,Raja Hitam pun mempersilakan pembesar dan tetamu menjamu selera.

Sebentar kemudian,masuk sekumpulan penari jelita dan pemain alat  bunyi-bunyian membuat persembahan sebagai mengiringi majlis santapan itu. Para penari menggunakan piring dan lilin yang masih menyala,badan meliuk-lintuk mengikut rentak lagu yang dimainkan.Kemudian penari-penari itu mempamerkan tarian yang berbentuk bunga silat,gerak-langkah mereka teratur rapi,setiap gerak-geri membawa maksud yang tersirat.Ketika persembahan itu berlangsung,Bujang lihat Panglima Berantai keluar tergesa-gesa dengan hanya menjamah sedikit kudap-kudapan.Setelah persembahan tarian selesai dan semua penari melangkah keluar, barulah Panglima Berantai kembali menyatakan sesuatu kepada Raja Hitam.Raja Hitam bertepuk tangan untuk menarik perhatian,kemudian bertitah,”Tetamu dari Johor,sila beredar ke gelanggang silat.Terimalah persembahan istimewa dari Rokan.”

Bujang pun bangun mengikut Panglima Berantai,diikuti oleh Lela Wangsa,Raja Negara dan Tun Dalam.Mereka dibawa keluar dari balai itu menuju ke belakang istana.Di situ terdapat sebuah padang dengan beberapa buah pondok beratap rumbia yang tidak berdinding.Sekitar padang itu dikelilingi oleh pagar buluh yang tinggi. Salah satu pondok itu menempatkan sekumpulan pendekar berpakaian hitam berselindang merah. Panglima Berantai mempersilakan mereka masuk ke sebuah pondok kosong di sebelah pondok itu. Raja Hitam masuk tidak lama kemudian bersama beberapa orang pembesar serta penduduk Rokan yang datang sebagai penyokong.Mereka memenuhi pondok-pondok lain.Bujang duduk di atas pangkin yang disedia-kan.

Bila gong dipalu,keluarlah kumpulan pendekar berselindang merah tadi ke tengah gelanggang

Membuat satu bulatan besar.Mereka menghunus golok masing-masing.Sangkaan Bujang, mereka akan membuat pertunjukan silat dengan bermain golok.Sebaliknya,mereka mula  menetak,menikam dan menghiris muka,tangan,tengkuk dan lain-lain anggota badan tanpa sedikit pun meninggalkan kesan.Kemudian,mereka serang-menyerang antara satu sama lain, namun tiada yang luka.Kulit mereka kebal tidak dapat dilukai oleh senjata tajam.

“Itulah Pencak Silat Debus dari Minangkabau,”Panglima Berantai menerangkan.”Setengah tempat dipanggil Dabus.Semua anak murid hamba itu kebal,boleh bergolek di atas kaca dan boleh dijirus dengan air panas tanpa sebarang kesan.Lihat pula kebolehan mereka seterusnya.”

Bagaikan diperintah,tiba-tiba semua pendekar itu melompat setinggi pokok kelapa lalu mengapung di udara seperti burung,kemudian turun semula ke tanah.

“Kalau Panglima Agung boleh melompat tinggi,kami sepuluh kali lebih mampu,”Panglima Berantai mendabik dada.”Barangkali ada yang tak mampu dilakukan oleh orang Johor.” Panglima Berantai pun terjun dari pangkin itu menuju ke arah anak muridnya.Dia berkata sesuatu kepada mereka,kemudian kembali mendapatkan Bujang. Bujang tertarik hati untuk melihat adegan seterusnya apabila semua pendekar itu membuka baju dan selindang lalu baring meniarap di atas padang.

“Panglima sangsi pada Ilmu Debus?”tanya Panglima Berantai.”Panglima rasa ilmu itu terkeluar dari ajaran Islam?”

Bujang hanya diam memerhati gelagat pendekar-pendekar itu di tengah padang.

“Kira-kira 34 tahun yang lalu,Sultan Maulana Hassanuddin dan Patih Tirtayasa telah mengembangkan ilmu Debus di Banten sebagai satu cara menyebar agama Islam,”Panglima Berantai menerangkan lagi tanpa diminta,” Ramailah orang kafir masuk Islam kerana tertarik dengan ilmu itu,hingga tersebar ke seluruh Sumatera. Yang Mulia Raja Hitam membawa Ilmu Debus ini ke Rokan.”

“Ilmu itu bertunjak dari mana?”tanya Bujang.

“Dari keturunan Wali Songo di Tanah Jawa,”dakwa Panglima Berantai,kemudian menunjuk ke tengah padang.”Mereka sedang meneran.Sekejap lagi,ekor akan tumbuh,kuku dan taring menjadi panjang,seluruh tubuh badan mereka ditumbuhi belang dan mereka akan bertukar menjadi harimau.”

“Harimau?”terpancut kata itu dari mulut Tun Dalam.Lela Wangsa dan Raja Negara saling bertukar pandangan lalu mengesot lebih rapat ke sisi Bujang.Perhatian Bujang masih tertumpu sepenuhnya ke tengah padang.Sebentar kemudian,semua anak murid Panglima Berantai bangun

menanggalkan seluar mereka yang koyak-rabak.Mereka telah bertukar sepenuhnya menjadi harimau belang tetapi masih berdiri seperti manusia.

“Orang Johor boleh buat begitu?”sindir Panglima Berantai pada Bujang.

Bujang tahu mereka berempat sengaja ditunjukkan permainan luar-biasa itu untuk membukti-kan kekuatan dan kelebihan perajurit Rokan ke atas hulubalang Johor.

“Wali Sembilan tidak pernah mengajar ilmu seperti itu,”balas Bujang.

Panglima Berantai tersenyum pahit,kemudian memetik jarinya ke arah anak buahnya.

Kumpulan harimau jadian itu menguap,menggeliat dan mengaum lantang sebelum merangkak menuju ke pondok tempat Bujang  berada.Tun Dalam dan Raja Negara bangun memegang hulu keris masing-masing. Bujang dan Lela Wangsa tidak berganjak dari tempat mereka.

“Jangan takut,mereka harimau baik-baik,”sindir Panglima Berantai lagi.

Baik atau jahat,harimau-harimau itu menderam lantas menyerbu ke pondok Bujang dengan rupa yang bengis.Mereka menyeringai ke arah tetamu itu,menampakkan taring yang tajam. Mata mereka mengerdip seperti manusia.

“Sudah!Pergi balik,”Panglima Berantai pura-pura marah.”Kamu sudah menakutkan tetamu kita dari Johor.Cukuplah,sekarang kita sudah tahu setinggi mana ilmu mereka.”

Berubah air muka Bujang dan Lela Wangsa tetapi mereka diam seribu bahasa.

Harimau-harimau itu terus menyeringai ke arah Bujang dan enggan mendengar kata.

“Mereka mencabar Panglima Agung menunjukkan kejantanan di tengah gelanggang,” Panglima Berantai mencabar,”Demi menjaga maruah Johor,silakanlah.”

“Gayung bersahut kata bersambut,”Bujang terus membalas.

“Tapi,Panglima…,”Lela Wangsa cuba membantah.

“Tidak mengapa,Lela Wangsa,”tegas Bujang sambil menyingsing lengan bajunya.” Telah datang kebenaran,sesungguhnya kepalsuan pasti binasa dengan izin Allah.”

Harimau-harimau itu mengaum lantang,kemudian kembali ke tengah gelanggang. Di situ mereka berpaling menghadapi Bujang sambil mengodek-ngodek ekor dan mencakar tanah seolah-olah tidak sabar lagi hendak membaham Bujang.

Dari atas pangkin itu,Bujang melompat ke tanah. Dengan tidak semena-mena kedengaran bunyi letupan yang kuat dan seluruh kawasan di tempat harimau-harimau itu berada dipenuhi asap seperti berlaku kebakaran.

“Apa yang berlaku?”jerit Panglima Berantai lalu melompat ke tanah. Tun Dalam,Raja Negera dan Lela Wangsa tercengang-cengang mendapatkan Bujang.

Sebaik sahaja asap itu hilang ditiup angin,semua harimau itu bergelimpangan di tengah padang dalam keadaan rentung seperti dipanah petir,badan mereka masih berasap.Panglima Berantai berlari untuk memeriksa anak buahnya yang sudah bertukar rupa itu.

“Apa yang Panglima lakukan?”tanya Tun Dalam,cemas.

“Hamba tidak melakukan apa-apa,”jelas Bujang dengan jujur.

Saki-baki anak buah Panglima Berantai turut mengerumuni rakan-rakan mereka yang telah menjadi mangsa itu.Begitu juga dengan Raja Hitam dan beberapa orang pembesar baginda.

“Hamba rasa lebih baik kita balik ke lancang,”Lela Wangsa mencadangkan sambil menuding ke arah pintu gelanggang yang masih tertutup.

“Satu cadangan yang baik,”Bujang menyokong.Raja Negara dan Tun Dalam angguk kepala.

Ketika suasana masih kecoh dengan kejadian yang tidak diduga itu,mereka berempat diam-diam membuka pintu gelanggang dan segera keluar dari situ. Di luar,mereka ternampak beberapa ekor kuda yang tertambat pada sebatang pokok. Seperti sudah sepakat,mereka terus menuju ke kuda itu,melompat ke atas kuda masing-masing dan memecut laju menghala ke pantai.Sebentar kemudian,mereka sampai di tempat ketua-ketua hulubalang lain sedang berihat. Tanpa berlengah,mereka terus melompat ke tanah dan membiarkan kuda yang mereka pinjam itu berlari balik ke tempat asal.

“Cepat!Naik perahu!Kita balik ke kapal!”jerit Tun Dalam kepada rakan-rakannya.

Mereka yang tercengang-cengang itu patuh pada perintah.Namun,belum sempat mereka tiba ke perahu masing-masing,kedengaran bunyi kuat kuda berlari menuju kemari.

“Mereka datang hendak membalas dendam,Panglima,”Lela Wangsa berpaling menghadapi Panglima Berantai dan anak buahnya yang sudah hampir.”Kita amuk?”

“Ya,”Bujang menghunus keris panjangnya,diikuti oleh Lela Wangsa.”Nampaknya kita bergeruh hari ini.”

“Siap-sedia semua!”perintah Tun Dalam kepada rakan-rakannya.Mereka segera berpatah balik menempatkan diri di kiri-kanan Bujang dengan senjata terhunus di tangan.

Berepa orang anak buah Panglima Berantai melompat dari belakang kuda lalu mengapung di udara seperti burung. Bujang mencantas udara dengan keris panjangnya,mulutnya kumat-kamit membaca sesuatu. Tiba-tiba semua perajurit yang berapungan itu jatuh tergolek ke tanah seperti layang-layang putus tali.Melihat rakan-rakan mereka tewas,lain-lain perajurit melompat turun dari kuda masing-masing dan terus menyerbu ke arah barisan pendekar dan hulubalang Johor.

“Jangan!Berhenti semua!”jerit Panglima Berantai dengan lantang.Tetapi jeritan itu tidak dipedulikan.Mereka terus mara menyerang Bujang dan anak buahnya.Pendekar dan hulubalang dari Johor itu tidak ada pilihan lain lagi melainkan terpaksa berperang demi mempertahankan diri.Bujang tidak menunggu lawannya menyerang,sebaliknya dia terus menyerang melibas dan menikam dengan keris panjangnya,kakinya seperti tidak berpijak di atas bumi.Lela Wangsa dan Raja Negara juga bertindak mengikut cara tersendiri.Begitu juga dengan Tun Dalam serta rakan-rakannya. Kilauan senjata yang terkena pancaran cahaya matahari bertukar menjadi merah oleh kesan darah.Suara mengaduh kedengaran di sana-sini,musuh tumbang satu demi satu seperti batang pisang.Tidak sampai senafas,pertarungan itu pun berakhir.Beberapa orang perajurit Rokan

tergolek di atas pasir,dua-tiga orang lagi terbaring sambil mengerang kesakitan. Lain-lain perajurit tidak berani menyerang lagi. Di pihak Bujang,seorang rakan Tun Dalam tertiarap di gigi air dengan tidak bergerak,seorang lagi menekan perutnya yang luka ditembusi senjata.Bujang,Lela Wangsa,Raja Negara dan Tun Dalam tidak mendapat sebarang kecederaan. Kecuali Bujang,mereka semua kelihatan termengah-mengah melepas penat.

Panglima Berantai meluru dengan kudanya ke arah mereka.

“Berundur!Berundur semua!”perintahnya pada saki-baki anak buahnya  yang masih tinggal.

Setelah melihat mereka mula berundur,Panglima Berantai turun dari kudanya dan memerhati mayat-mayat perajuritnya yang terkorban. “Degil!Tak dengar perintah!”marahnya pada mereka yang telah kaku itu,”Bawa semua mayat itu pergi!”

Bujang membasuh keris panjangnya dengan air laut,kemudian menyarungkannya. Dia menghampiri Panglima Berantai,mereka sama-sama melihat mayat-mayat itu diusung pergi. Mayat ketua hulubalang yang terbunuh diletakkan dalam perahu bersama rakannya yang cedera di perut.

“Sudah hamba cuba menghalang tetapi mereka terlalu degil,”rungut Panglima Berantai,suara-nya mengandungi kekesalan.”Kemarahan menjadikan mereka pekak dan tuli.”

Bujang,Lela Wangsa dan Raja Negara tidak berkata apa-apa.

“Nyatalah sudah ilmu Panglima Agung terlalu tinggi,”Panglima Berantai memuji.”Tujuh orang anak murid hamba yang menjadi harimau itu hangus seperti kena bakar.”

“Hamba langsung tidak menyentuh mereka,”Bujang mengulangi kata-katanya.

“Maksud Panglima,mereka bukan mati kerana ilmu Panglima?”tanya Panglima Berantai.

“Mereka mati kerana sudah sampai ajal,”balas Bujang.”Semuanya kehendak Allah.”

“Mustahil ilmu kami bercanggah dari ajaran Islam,”Panglima Berantai masih cuba menegakkan benang basah.”Kami menggunakan ayat-ayat suci Al-Qur’an.Hamba mendapat-nya secara langsung dari Sultan Maulana Hassanuddin di kraton Banten bersama Yang Mulia Raja Hitam.Kami warisi semua ini dari Wali Songo.Takkan para wali tersilap.”

“Mungkin cara penggunaannya dimurkai Allah,”Bujang membuat andaian.

“Maksud Panglima?”Panglima Berantai tidak mengerti.

Bujang memberi isyarat kepada semua pendekar dan hulubalang supaya naik ke perahu.

“Allah melaknat orang-orang yang bersifat takbur,”Bujang menjelaskan.

“Itulah yang hamba titik-beratkan kepada semua anak murid hamba,”Panglima Berantai masih membela diri.”Setiap pesilat Debus dilarang sama sekali bersifat takbur,angkuh,sombong dan riak kerana semua ilmu kepunyaan Allah.”

“Berkata memang mudah,”balas Bujang.”Pokok-pangkalnya bergantung pada niat.Jika niat kita baik,Alhamdulillah.Tetapi,syaitan amat bijak menipu manusia.Perbuatan yang jahat dan buruk dihiasinya supaya nampak baik dan indah.Sedangkan Nabi kita yang maasum pun kerap diganggu syaitan,inikan pula kita manusia biasa.”

“Barangkali benar juga kata Panglima,”Panglima Berantai memandang ke arah angkatan perang Johor yang berlabuh di tengah laut.”Kami sering membuat pertunjukan untuk menarik minat orang.Tidak mustahil syaitan akan menyelit di dalam hati supaya timbul perasaan yang tidak elok itu.Niat kami baik tetapi caranya kurang baik.”

“Maafkan hamba kerana cuba menunjuk-ajar Datuk Panglima yang terlebih dahulu makan garam dari hamba,”Bujang memohon dengan penuh keikhlasan.

“Kalau untuk kebaikan,hamba berlapang dada dan terima dengan hati yang terbuka,”balas Panglima Berantai dengan jujur.”Bertuah bumi Johor mendapat seorang hulubalang seperti Panglima.Sampaikan salam hamba dan Yang Mulia Raja Hitam kepada Sultan Johor. Rokan masih ingin bernaung di bawah panji-panji kedaulatan Johor. Insyaallah,sebulan-dua lagi kami akan belayar ke sana mempersembahkan ufti.”

“Alhamdulillah,”Bujang melihat semua orang-orang sudah bersedia dalam perahu.”Maafkan hamba kerana mungkir janji.”

“Mungkir janji?”tanya Panglima Berantai kehairanan.

Bujang hanya mengeluh sambil memandang ke tengah laut.

“Sebenarnya Panglima Agung berjanji akan menjalankan pekerjaan ini tanpa menumpahkan setitik darah jua pun,”jawab Lela Wangsa.”Malang sekali,bukan setitik,malah banyak darah yang tumpah ke bumi pada hari ini.”

“Apa nak dikesalkan,Panglima Agung,”Panglima Berantai memegang bahu Bujang.”Bukan salah Panglima,salah anak buah hamba juga yang terlalu menurut nafsu. Lupakan saja apa yang berlaku.Anggaplah ini sebagai takdir yang tak dapat ditolak lagi.”

Bujang mengangguk lalu menghulur tangan bersalam,”Panjang umur,insyaAllah kita akan berjumpa lagi,Datuk Panglima,”suara Bujang tertahan-tahan.”Assalamualaikum.”

“Waalaikumussalam,”suara Panglima Berantai agak sebak. Perpisahan mereka jauh bezanya dengan pertemuan mereka pagi tadi. Setelah Lela Wangsa dan Raja Negara bersalam dengan Panglima Berantai,Bujang pun terus ke perahu mereka.Enam puluh buah perahu kembali ke kapal masing-masing,membawa satu mayat dan seorang rakan mereka yang terkorban. Di atas lancang,anak buah Bujang juga tidak banyak bercakap,seolah-olah turut bersedih di atas kejadian berdarah yang baru berlaku.Bujang sendiri tercegat memandang ke tanah Rokan yang banyak meninggalkan kenangan.Dalam satu segi pekerjaannya itu boleh dianggap berhasil kerana Rokan dan Johor kembali berdamai.Namun,perdamaian itu terlalu mahal harganya kerana telah memakan korban yang banyak.Apa boleh buat,dia hanya mampu merancang,Allah jua yang menentukannya. Nakhoda Kintan nampaknya faham benar kehendak Bujang.Tanpa menunggu perintah,dia terus mengarahkan anak buahnya membongkar sauh belayar pulang. Sebaik sahaja lancang itu bergerak dipukul angin,lain-lain kapal dalam angkatan perang itu mula mengekori mereka.

Lantaran terlalu sibuk dengan pekerjaannya,Bujang nyaris-nyaris terlupa pada pesanan Chendana supaya mencari daging pelanduk jantan.Dengan segera dia menghampiri Nakhoda Kintan yang sedang mengawasi Jurumudi menjaga haluan lancang.

“Tuan Nakhoda,”pinta Bujang.”Isteri hamba mengidam hendak makan daging pelanduk jantan.Boleh kita singgah di mana-mana untuk berburu?”

Nakhoda Kintan tersenyum.”Hamba faham,Panglima.Kehendak perempuan mesti dituruti. Kalau tidak kempunan pula,”balasnya.”Kita boleh singgah di Pulau Bengkalis  dekat sini. Tapi hamba rasa Pulau Karimun lebih sesuai kerana di situ masih banyak hutan belantara.”

“Ikut suka Tuan Nakhodalah,”Bujang bersetuju.”Hamba mengikut sahaja.”

“Kalau begitu,Panglima tak perlu naik ke darat,”ujar Nakhoda Kintan.”Nanti hamba kerahkan dua-tiga orang anak buah hamba pergi memburu di sana.Panglima tentu penat,berihatlah.”

“Baiklah,”akur Bujang.”Berterima kasih hamba pada Tuan Nakhoda.”

Sepanjang pelayaran balik,Bujang lebih banyak menghabiskan masa terperap dalam kurung-nya dengan sembahyang sunat,membaca kitab suci Al-Qur’an dan berzikir.Kenangannya dihantui oleh peristiwa di istana Raja Hitam dan pertempuran di pantai Rokan yang telah meragut banyak nyawa.Di samping itu,dia sering terkenangkan pada Chendana dan merasa tidak sabar-sabar lagi hendak bertemu dengan isterinya.Kalaulah dia bersayap,mahu dia terbang balik ke Kampung Panchor di saat itu juga.Entah kenapa,berbagai gambaran buruk terlintas dalam hatinya.Dia beristighfar banyak-banyak dan minta dijauhi segala mala petaka.Makan-minumnya dihantar oleh Lela Wangsa yang setia.Sekali-sekala dia keluar juga mengambil angin di geladak dan berbual-bual kosong dengan sahabatnya itu tetapi dia lebih suka mengurung diri dan hanyut dalam dunianya sendiri.Bila Nakhoda Kintan memaklumkan bahawa mereka berjaya menjerat seekor pelantuk jantan,menyembelihnya dan menyalainya, Bujang hanya sekadar mengangguk dan mengucapkan terima kasih. Perubahan perangainya itu disedari oleh awak-awak,pendekar serta hulubalang tetapi ramai berpendapat bahawa dia masih lagi bersedih dan berkabung di atas kejadian berdarah di Rokan itu.

lancang Bugis

8 thoughts on “HIKAYAT PANGLIMA AGUNG: Bab 3 – Mencari Chendana

  1. Assalamualaikum pakcik.. saye lagi ni hehehe.. nak betanye lagi sikit,bukan nak nyari lantai tejungkit,sekedar bertanye aje.. sewaktu bujang belawan dengan laksemana,die memakai keris sempena riau,dan laksemane terluka oleh keris itu,tetapi mengapa kemudian kerambit yg jadi penawar racun keris ? makasih pakcik.. wassalam…..

  2. Assalamu alaikum.. Sudah beta..cehhh.. Hahahahaha.. Tahniah pada saudara.. Sudah lama tidak membaca penulisan yang bagus seperti ini(selepas tamar jalis). Apakah tiada keinginan dari saudara untuk membukukannya.. Dan saya memohon agar dibenarkan untuk men”copy”kan link karya saudara ini didalam FB saya dan juga FB Dunia Seni Silat Melayu.. Sayang jika karya sebaik ini tersimpan begitu sahaja.. Assalamu alaikum..

    1. Ini hanya versi draf sebagai tugasan saya. Versi penuh dan asli masih ada dalam simpanan saya dari Bab 1 hingga Bab 30. InsyaAllah akan dibukukan tidak lama lagi. Namun,maaf jika versi draf pun nak di copy n paste,saya tak izinkan. Maaf sekali lagi. Hak pencipta terpelihara.

      1. As-salam crt hikayat panglima agung ni tuan dah siap buku kan ke?dan klu dah siap mcm mn saya nk dapatkan??

      2. Salam tuan bila nk dibukukan dan mohon selpas dibukukan nyata kan cr pembelian nya mcm mn trm ksh.

  3. Pingback: Baju Lanun Johor

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s