RSS Feed

Kisah Anak Derhaka

Posted on

Sahabat yang dirahmati Allah,
Diakhir-akhir ini akhbar arus perdana sering membawa kisah anak derhaka kepada ke dua ibu bapa mereka. Di Perlis seorang anak sanggup meninggalkan seorang bapa yang uzur dan dhaif diperhentian bas dan tidak sanggup hendak menyara kehidupannya lagi. Jabatan Kebajilkan Masyarakat terpaksa mengambilnya dan meletakkan dirumah orang tua.

Di Gemencih Negeri Sembilan seorang anak sanggup membunuh datok, nenek, bapa dan adik perempuannya kerana terpengaruh dengan bisikan syaitan yang mengarahkan pembunuhan tersebut.

Di Serdang, Selangor seorang anak perempuan dan suaminya sanggup menghalau ibu kandungnya sendiri yang berasal dari Kucing Serawak, bahkan beliau tidak mengaku bahawa wanita itu adalah ibunya.

Betapa hancur dan pilunya hati seorang ibu dan mengalir air mata kesedihan, beliau bersusah payah datang dari Serawak, dengan bekalan wang rm150 semata-mata untuk mencari anaknya yang telah menghilangkan diri selama tiga tahun, apabila telah berjumpa, tiba-tiba beliau dihalau seperti binatang dan tidak mengaku sebagai ibunya, ibu tunggal yang miskin ini terpaksa menumpang tidur dirumah kawasan perumahan berhampiran rumah anaknya kerana tidak mempunyai saudara mara disini. Orang ramai yang simpati telah memberi sumbangan untuk membeli tiket penerbangan untuk pulang ke Serawak. Inilah contoh anak derhaka zaman moden.

Kisah ini hampir-hampir sama dengan kisah lagenda Si Tanggang dan Si Malim Kundang yang mendapat balasan dari Tuhan di dunia lagi kerana derhaka kepada ibu mereka setelah mereka menjadi kaya dan menjadi orang ternama.

Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud :” Dosa yang paling besar ialah mensyrikkan Allah , derhaka pada ibu bapa dan membunuh orang”
(Hadis riwayat Anas bin Malik)

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud : “ Barangsiapa membuat ibu bapanya gembira (memberi keredhan), maka sesungguhnya ia membuat redha Allah. Barangsiapa menyakitkan hati ibu bapanya, maka sesungguhnya ia membuat kebencian Allah”
(Hadis riyawat Imam Bukhari )

Sahabat yang dihormati,
Di sini saya ingin membawa satu kisah benar yang berlaku di Sandakan , Sabah pada 1 September, 1994, untuk menjadi iktibar kepada kita bagaimana balasan Allah s.w.t berlaku di dunia lagi kepada anak derhaka kepada ibunya.

“Hairan saya melihat beberapa orang kampung berkumpul di kedai pada tengah hari itu. 1 September 1994. Serius mereka berbual hingga dahi berkerut-kerut. Lepas seorang bercerita yang lain menggeleng-gelengkan kepala. Pasti ada sesuatu yang ‘besar’ sedang mereka bincangkan, kata saya di dalam hati. Setelah enjin motosikal dimatikan, saya berjalan ke arah mereka.

” Bincang apa tu? Serius aku tengok,” saya menyapa.

” Haaa…Din, kau tak pergi tengok budak perempuan tak boleh keluar dari

kubur emak dia? ” kata Jaimi, kawan saya.

” Budak perempuan? Tak boleh keluar dari kubur? Aku tak faham bah,”

jawab saya. Memang saya tak faham kerana lain benar apa yang mereka katakan itu.

” Macam ni,” kata Jaimi, lalu menyambung, ” di kubur kat kampung Batu 10 tu, ada seorang budak perempuan tolong kebumikan emak dia, tapi lepas itu dia pula yang tak boleh keluar dari kubur tu. Sekarang ni orang tengah nak keluarkan dia… tapi belum boleh lagi “.

” Kenapa jadi macam tu? ” saya bertanya supaya Jaimi bercerita lebih mendalam. Patutlah serius sangat mereka berbual..

Jaimi memulakan ceritanya. Kata beliau, memandangkan semalam adalah hari kelepasan semperna Hari Kebangsaan, budak perempaun berumur belasan tahun itu meminta wang daripada ibunya untuk keluar bersama kawan-kawan ke Bandar Sandakan. Bagaimana pun, ibunya yang sudah berusia dan sakit pula enggan memberikannya wang.

” Bukannya banyak, RM 20 aja mak! ” gadis itu membentak.

” Mana emak ada duit. Mintak dengan bapa kamu,” jawab ibunya perlahan.

Sambil itu dia mengurut kakinya yang sengal. Sudah bertahun-tahun dia mengidap darah tinggi,lemah jantung dan kencing manis.

Maaak… kawan-kawan semuanya keluar. Saya pun nak jalan jugak,” kata gadis itu.

” Yalah, mak tau… tapi mak tak ada duit,” balas ibunya.

” RM 20 aja! ” si gadis berkata.

” Tak ada,” jawab ibunya.

” Emak memang kedekut! ” si gadis mula mengeluarkan kata-kata keras.

” Bukan macam tu ta…” belum pun habis ibunya menerangkan, gadis tersebut menyanggah, katanya,

” Ahhh…sudahlah emak! Saya tak mau dengar! “

” Kalau emak ada du… ” ibunya menyambung , tapi belum pun habis kata-katanya, si gadis memintas lagi, katanya ;

” kalau abang, boleh, tapi kalau saya minta duit, mesti tak ada! “

Serentak dengan itu, gadis tersebut menyepak ibunya dan menolaknya ke pintu. Si ibu jatuh ke lantai.

” Saida.. Sai.. dddaaa..” katanya perlahan sambil mengurut dada.

Wajahnya berkerut menahan sakit.

Gadis tersebut tidak menghiraukan ibunya yang terkulai di lantai. Dia masuk ke bilik dan berkurung tanda protes. Di dalam bilik, dibalingnya bantal dan selimut ke dinding. Dan sementara di luar, suasana sunyi sepi.

Hampir sejam kemudian, barulah gadis tersebut keluar. Alangkah terkejutnya dia kerana ibunya tidak bergerak lagi. Bila dipegang ke pergelangan tangan di bawah leher, tidak ada lagi nadi berdenyut. Si gadis panik. Dia meraung dan menangis memanggil ibunya,tapi tidak bersahut. Meraung si gadis melihat mayat ibunya itu. Melalui jiran-jiran, kematian wanita itu diberitahu kepada bapa gadis yang bekerja di luar.

Jaimi menyambung ceritanya; ” Mak cik tu dibawa ke kubur pukul 12.30 pm tadi.
Pada mulanya tak ada apa-apa yang pelik, tapi bila mayatnya nak dimasukkan ke dalam kubur, ia jadi berat sampai dekat 10 orang pun tak terdaya nak masukkannya ke dalam kubur. Suaminya sendiri pun tak dapat bantu.”

” Tapi bila budak perempuan tu tolong, mayat ibunya serta-merta jadi ringan. Dia seorang pun boleh angkat dan letak mayat ibunya di tepi kubur.”

Kemudian gadis berkenaan masuk ke dalam kubur untuk menyambut jenazah ibunya. Sekali lagi beramai-ramai penduduk kampung mengangkat mayat tersebut dan menyerahkannya kepada gadis berkenaan. Tanpa bersusah payah, gadis itu memasukkan mayat ibunya ke dalam lahad. Namun apabila dia hendak memanjat keluar dari kubur tersebut, tiba-tiba kakinya tidak boleh diangkat. Ia seperti dipaku ke tanah. Si gadis mula cemas.

” Kenapa ni ayah? ” kata si gadis. Wajahnya serta-merta pucat lesi.

” Apa pasal,” Si ayah bertanya.

” Kaki Saida ni.. tak boleh angkat! ” balas si gadis yang kian cemas.

Orang ramai yang berada di sekeliling kubur mula riuh. Seorang demi seorang menjenguk untuk melihat apa yang sedang berlaku.” Ayah, tarik tangan saya ni. Kaki saya terlekat……. tak boleh nak naik,”

Gadis tersebut menghulurkan tangan ke arah bapanya. Si bapa menarik tangan anaknya itu, tetapi gagal. Kaki gadis tersebut melekat kuat ke tanah. Beberapa orang lagi dipanggil untuk menariknya keluar, juga tidak berhasil.

” Ayah…kenapa ni??!! Tolonglah Saida, ayah..” si gadis menangis memandang ayah dan adik-beradiknya yang bertinggung di pinggir kubur.

Semakin ramai orang berpusu ke pinggir kubur. Mereka cuba menariknya beramai-ramai namun sudah ketentuan Allah, kaki si gadis tetap terpasak di tanah. Tangisannya bertambah kuat.

” Tolong saya ayah, tolong saya…….kenapa jadi macam ni ayah? ” kata si gadis sambil meratap.

” Itulah, kamu yang buat emak sampai dia meninggal. Sekarang, ayah pun tak tau nak buat macam mana,” jawab si ayah selepas gagal mengeluarkan anaknya itu.
Dia menarik lagi tangan gadis yang berada di dalam kubur tapi tidak berganjak walau seinci pun. Kakinya tetap terpahat ke tanah.

” Emak…ampunkan Saida emak, ampunkan Saida…” gadis itu menangis. Sambil itu dipeluk dan dicium jenazah kiblat. Air matanya sudah tidak boleh diempang lagi.

” Maafkan Saida emak, maafkan , Saida bersalah, Saida menyesal… Saida menyesal…… Ampunkan Saida emak,” dia menangis lagi sambil memeluk jenazah ibunya yang telah kaku.
Kemudian gadis itu menghulurkan lagi tangannya supaya boleh di tarik keluar. Beramai-ramai orang cubamengeluarkannya namun kecewa. Apabila terlalu lama mencuba tetapi gagal, imam membuat keputusan bahawa kubur tersebut perlu dikambus.

” Kita kambus sedikit saja, sampai mayat ibunya tak dapat dilihat lagi.

Kita tak boleh biarkan mayatnya macam tu aja… kalau hujan macam mana?“ kata imam kepada bapa gadis berkenaan.

” Habis anak saya ?” tanya si bapa.

” Kita akan terus cuba tarik dia keluar. Kita buat dua-dua sekali, mayat isteri awak disempurnakan, anak awak kita selamatkan,” balas imam.

Lelaki berkenaan bersetuju. Lalu seperti yang diputuskan,upacara pengebumian terpaksa diteruskan sehingga selesai, termasuk talkinnya. Bagaimana pun kubur dikambus separas lutut gadis saja, cukup untuk menimbus keseluruhan jenazah ibunya. Yang menyedihkan, ketika itu si gadis masih di dalam kubur. Bila talkin dibaca, dia menangis dan meraung kesedihan. Sambil itu dia meminta ampun kepada ibunya dengan linangan air mata. Selesai upacara itu, orang ramai berusaha lagi menariknya keluar. Tapi tidak berhasil.

Untuk diringkaskan cerita,embun mula menitis. Saida kesejukan pula. Dengan selimut yang diberi oleh bapanya dia berkelubung. Namun dia tidak dapat tidur. Saida menangis dan merayu kepada Allah supaya mengampunkan dosanya. Begitulah yang berlaku keesokannya. Orang ramai pula tidak susut mengerumuni perkuburan itu. Walaupun tidak dapat melihat gadis berkenaan tapi mereka puas jika dapat bersesak-sesak dan mendengar orang-orang bercerita.

Setelah empat atau lima hari terperangkap, akhirnya Saida meninggal dunia. Mungkin kerana terlalu lemah dan tidak tahan di bakar kepanasan matahari pada waktu siang dan kesejukan di malam hari. Mungkin juga kerana tidak makan dan minum. Atau mungkin juga kerana terlalu sedih sangat dengan apa yang dilakukannya.

Allah Maha Agung…sebaik Saida menghembuskan nafas terakhir, barulah tubuhnya dapat di keluarkan. Mayat gadis itu kemudian disempurnakan seperti mayat-mayat lain. Kuburnya kini di penuhi lalang. Di bawah redup daun kelapa yang melambai-lambai, tiada siapa tahu di situ bersemadi seorang gadis yang derhaka.”

Sahabat yang dimuliakan,
Di dunia lagi Allah s.w.t. akan membalas dan menghukum setiap anak yang derhaka kepada ke dua ibu bapanya. Di akhiratnanti hukuman Allah lagi dahsyat sehingga anak yang derhaka ini tidak akan dapat mencium bau Syurga.

Nabi s.a.w. berwasiat kepada Sayyidina Ali k.w : “Wahai Ali ! Saya melihat tulisan pada pintu Syurga yang berbunyi “Syurga itu diharamkan bagi setiap orang yang bakhil (kedekut), orang yang derhaka kepada kedua orang tuanya, dan bagi orang yang suka mengadu domba (mengasut).”

Firman Allah s.w.t.yang bermaksud :
“Dan kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya) dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun;(dengan yang demikian) bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua ibu bapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan).”
(Surah al-Luqman ayat 14)

Oleh itu marilah sama-sama kita tingkatkan iman dan takwa kita untuk menghormati dan mengasihi ibu bapa kita yang telah membesarkan kita dan dibelai dengan penoh kasih sayang.Jika mereka masih hidup ziarahlah mereka dan tunjukkanlah kasih sayang kita yang tak berbelah bagi. Jika ibu bapa kita telah meninggal dunia banyakkanlah berdo’a dan memohonkan keampunan daripada Allah s.w.t. kepada ibu bapa kita.

Seorang dari suku Bani Salimah datang dan bertanya kepada Rasulullah s.a.w, “Kedua orang tuaku telah mati, apakah ada cara untuk aku berbakti kepada mereka?”

Jawab Nabi s.a.w, “Ya, membaca istighfar untuk kedua mereka, melaksanakan wasiat mereka, menghormati sahabat-sahabat mereka, dan menghubungkan keluarga mereka.”

About Ismail Omar

Pendidikan Ilmu Pendidikan/TESOL 4 year course in USM(2009-2013)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 34 other followers

%d bloggers like this: